Powered by Bravenet Bravenet Blog

24-6-2008

9:56 AM (2315 days, 3h, 58min ago)

Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani

 
Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani
http://www.zamdurrani.dumei.com/index.htm
 
 
 
Pengarah/Pengurus Bersama
En. Helmy Nizam / Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie
En. Fakiruddin
 
Link berkaitan
Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis
Pusat Rawatan Islam DARUL RUQIYYAH
Darussyifa Nur Ehsan
Pusat Rawatan Islam MANARAH
 
2008 ® Hak cipta Selebet International ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
100 komen.

Posted by Nizam:

Seminar/Kursus dan Aktiviti Terkini

1)SEMINAR /KURSUS PERUBATAN ISLAM
BERSAMA AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE
TAJUK : KAEDAH & RAWATAN MENGIKUT AJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
(MENYINGKAP RAHSIA SAKA & KETURUNAN / PENYAKIT LUMPUH
(RIHUL AKHMAR) DAN ILMU SUSUK)

-Berkenalan dengan Alam jin
-Membincangkan definasi penyakit SAKA dan keturunan
-Amalan masyarakat melayu sebelum Islam
-Amalan Tok Bomoh/dukun/pawang dalam masyarakat melayu
-Angkara saka (jin) rumahtangga hancur
-sejarah rihul akhmar (Penyakit Lumpuh)
-Rawatan/Petua menghindari penyakit Lumpuh
-Defenasi Susuk dan jenis-jenis susuk
-Perbincangan susuk dalam perubatan kecantikan traditional dan moden
-Kaedah Rawatan Al-Quran (SAKA/SUSUK/LUMPUH)
-Pengijazahan Ayat-Ayat amalan dan Al-Quran
-Sesi Rawatan (petang selepas seminar)

Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi Bukit Damansara
Kuala Lumpur.
Tarikh : 26hb Julai 2008 (Sabtu) pkl 9.00 pagi- Pkl 4.30 petang
Pendaftaran : RM60-00 (termasuk buku seminar sarapan pagi/Tgh Hari dan
Petang)
Untuk pendaftaran sila hubungi pihak SINAR ZAMDURRANI
Pendaftaran boleh dibuat melalui sms/email (Nama penuh dan No. H/P)
Untuk maklumat penyertaan sila hubungi :-
En. Helmy 017-6955909/017-6499818
En. Khari 019-9100911/017-4411070
En. Syariman 012-3048910


2)SEMINAR PERUBATAN ISLAM
BERSAMA AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE AT-TOBIBI
ANJURAN BERSAMA MASJID PUTRA NILAI
Tajuk : Pengenalan SAKA-(Siri 1)
Tempat : Dewan Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh : 02 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Pendaftaran Sila Hubungi Ustaz Mazlan Bin Abu Bakar 019-3217641


3)KURSUS PERUBATAN ISLAM
KAEDAH & RAWATAN SIHIR,HISTERIA,RASUK DAN BENTENG DIRI.
Tempat : Dewan Perpustakaan Tawau, Sabah.
Tarikh : 16hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00ptg
Untuk Pendaftaran sila hubungi Pihak Sinar Zamdurrani atau Ustaz Amin
(Tawau) 013-5515880

4)SEMINAR PERUBATAN ISLAM
PENGENALAN (RAHSI
04-7-2008 @ 2:17 AM (2305 days, 11h, 37min ago)

Posted by Ummuharith:

Assalaamualaikum
(sedikit pengumuman)

Darul Ruqiyah (klinik Ustaz Suhaimi Rozali) akan berpindah ke primis baru di alamat berikut & akan mula beroperasi pada 1hb Ogos 2008

10-1, Jalan 4/27F,
off Jalan Genting Kelang,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Waktu Rawatan (di Kuala Lumpur)
Jumaat - 3:00pm - 11:00pm
Sabtu - 10:00am - 3:00pm
Ahad - Hanya beroperasi di Kg. Panjang, Bukit Jenun, Pendang, Kedah Darul Aman.
14-7-2008 @ 2:40 AM (2295 days, 11h, 14min ago)

Posted by Ummuharith:

Darul Ruqiyah (klinik Ustaz Suhaimi Rozali) akan berpindah ke primis baru di alamat berikut & akan mula beroperasi pada 1hb Ogos 2008

10-1, Jalan 4/27F,
off Jalan Genting Kelang,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Waktu Rawatan (di Kuala Lumpur)
Jumaat - 3:00pm - 11:00pm
Sabtu - 10:00am - 3:00pm
Ahad - Hanya beroperasi di Kg. Panjang, Bukit Jenun, Pendang, Kedah Darul Aman.
14-7-2008 @ 2:46 AM (2295 days, 11h, 8min ago)

Posted by abd haslam b abd salam:

askum.tiada ke kelas sepenuh masa untuk perubatan islam ini....?tak berminat ke buka di daerah tuaran? oklah,terima kasih...haslam,tuaran....!!!!!!!!!!!!!!
19-8-2008 @ 12:35 PM (2259 days, 1h, 19min ago)

Posted by Nizam:

SEMINAR PERUBATAN ISLAM
BERSAMA AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE AT-THOBIBI
Pengamal Perubatan Islam

TAJUK : RASUK OH RASUK

ANGKARA SIHIR & SAKA, MENAGANI MASALAH GANGGUAN JIN, CARA BERHADAPAN
DAN BERDIALOG ........SERTA RAWATAN

Pengijazahan Ayat-Ayat amalan
Sesi Rawatan (petang selepas seminar)
Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi
Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Tarikh : 31hb JANUARY 2009 (Sabtu)
pkl 9.30 pagi- Pkl 4.30 petang

(termasuk buku seminar sarapan Pagi/Tgh Hari)

SIJIL PENYERTAAN DISERTAKAN

Untuk pendaftaran sila hubungi pihak SINAR ZAMDURRANI
atau layari www.zamdurrani. dumei.com

Pendaftaran boleh dibuat melalui sms/email (Nama penuh (UTK.SIJIL
PENYERTAAN dan No. H/P)

Untuk maklumat penyertaan sila hubungi :-
En. Helmy 017-6955909/ 017-6499818
En. Khari 019-9100911/ 017-4411070
En. Syariman 012-3048910
20-1-2009 @ 9:25 PM (2104 days, 15h, 29min ago)

Posted by maya:

tolong beritau tetang ilmu susuk, emang ada ilmu susuk yng bisa di bawa solat

Jawab Wagiman:

Tiap ilmu yang melibatkan unsur ghaib adalah haram disisi Islam. susuk adalah salah satu ilmu yang dilaknat Allah. Mengamal kan mentera dan memasukkan sesuatu untuk kelihatan cantik (susuk muka) melanggar adab manusia yang hanya wajib memohon kepada ALLAH tanpa melibatkan jin atau syaitan.

untuk maklumat lanjut lawati http://www.rawatan.com/
06-11-2009 @ 5:20 AM (1815 days, 7h, 35min ago)

Posted by nazlien said:

ingin ketemu sahabat lama (kusza),al fadhil ust syarhan
03-1-2010 @ 6:13 PM (1756 days, 18h, 42min ago)

Posted by nurdini:

04-5-2010 @ 9:22 PM (1635 days, 16h, 33min ago)

Posted by kamariah:

ingin tahu alamat pusat rawatan islam di cheras pada hari ahad selepas sembahyang jumaat untuk bung susuk
20-5-2010 @ 4:08 PM (1619 days, 21h, 47min ago)

Posted by noorzie:

Assalamua'laikum ustaz,
saya nak tanya bagaimana hendak mendapatkan buku dan CD rawatan gelombang yang ustaz edarkan? saya berminat untuk membelinya.
21-5-2010 @ 9:38 AM (1619 days, 4h, 16min ago)

Posted by mariati:

asslamualaikun,
saya berminat dengan cara perubatan Ustaz Sharhan dgn menggunakan ayat2 al-Quran,
soalan saya:
Saya dan suami saya berniaga kedai makan semenjak 2 minggu ke belakanagn ni.. kedai kami buka tapi ramai pelanggan yg datang. bertanya kenapa kedai kami tutup mula kami tak mengesyaki apa sbb 2,3 org pelanggan yg bertanya. Tetapi hampir setiap pelanggan yg datang bertanyakan soalan yg sama. saya dan suami berasa musykil tentang hal ini. Bagaimana utk berhung dgn Ustaz Sharhan.. utk pertanyaan lebih lanjut tentang perniagaan kami.
01-6-2010 @ 9:00 PM (1607 days, 16h, 55min ago)

Posted by mohd khairy b. samsudin:

:-? saya mempunyai masalah gangguan tidur pada anak yg b'usia 3+ thn, bila khidmat rawatan akan diadakan dikawasan perak utara?
08-6-2010 @ 1:40 PM (1601 days, 0h, 15min ago)

Posted by dsarew:

o:):oo:):-?;):(:-(:):o
08-6-2010 @ 9:23 PM (1600 days, 16h, 31min ago)

Posted by aling:

salam ustaz..
saya aling dari sarawak..saya nk tanya samada yg non muslim dbenarkan ke x untuk dirawat?
09-6-2010 @ 11:12 AM (1600 days, 2h, 42min ago)

Posted by sya:

assalamualaikum,ustaz saya nak bertanya boleh ke seorang bomoh memanggil kembali roh masuk ke dalam badan manusia yang masih hidup??untuk mengubat pesakit lain...boleh ustaz jelaskan adakah perbuatan itu syirik??
10-6-2010 @ 4:28 PM (1598 days, 21h, 26min ago)

Posted by Normah binti Alias:

Assalamualaikum ustaz bolih beri tarikh untok rawatan dgn ustaz
11-6-2010 @ 9:37 AM (1598 days, 4h, 17min ago)

Posted by umi:

ingin tahu no telefon pusat rawatan di bandar tasik selatam...ingin pergi esok..
17-6-2010 @ 1:42 PM (1592 days, 0h, 12min ago)

Posted by mohd ryzal:

saya ada cadangan ape kata ustaz sarhan buat seminar/ceramah kat teluk intan,perak..saya sangat berminat hendak mengikuti seminar itu...
22-6-2010 @ 10:04 PM (1586 days, 15h, 50min ago)

Posted by lynn hazlywaty bte baharom:

salam. baru-baru ini saya ada menonton rcngan WHI berkenaan santau angin.Kebanyakkan tanda2 yg ustaz berikan terdapat pada saya cthnya sakit yg amat sgt di bahagian belikat/bahu, terasa sakit dalam perut seolah2 ada sesuatu bergerak(menurut dr. angin), bisa anggota badan, terasa dibenci oleh semua org dan gatal2 di bahagian sensitif(terutama hujung mggu ketika suami pulang bercuti- suami tnggal asing disbbkan urusan kerja). boleh ustaz bantu.:):-?
23-6-2010 @ 4:19 PM (1585 days, 21h, 35min ago)

Posted by Fauzi,Batang Kali:

salam...
maaf ustaq saya nk tya ckit dari segi duit sumbangan.maaf la ustaq saya keje kilang..byk duit saya habis ustaq..masalah isteri saya ada gangguan difahmkan ader saka..
dh puas saya brubat smua prubatan islam...
tlong saya ustaq...o:)
03-7-2010 @ 8:23 AM (1576 days, 5h, 31min ago)

Posted by Yusri:

Saya nak tanya alamat klinik ustaz Sharhan di Kedah. Alamat dan No Telefon.
03-7-2010 @ 12:45 PM (1576 days, 1h, 10min ago)

Posted by ummu:

salam ust,t.ksh atas sgl usaha yg dlakukan demi ummat sejagat.Mohaon maaf andai persoalan sy agak keterlaluan.Persoalan sy,mgapakah yuran pendaftaran dklinik ust terlalu tinggi iaitu RM80? Blh tk andai dkaji semula kadarnya utk kebaikan semua pihak.Sy amat tersentuh hati apabila beberapa kali bertemu dgn pesakit dklinik ust yg dtgnya dri jauh,trpaksa naik turun bas dan teksi,dgn diuji Allah dgn penyakit dan dtambah lg dgn sgl kpayahan dn ksempitan hdup,hrpn sy agar kita sama2 prihatin dn membantu mrk yg memerlukan.Jazakallahu khoir....
03-7-2010 @ 10:45 PM (1575 days, 15h, 9min ago)

Posted by rosee bt abd majid:

salam ustaz saya nak tya dulu sy kena badi org meninggal x rasa dah ok sikit tp masih tak blh nak tgk klu org meniggal dan klu nak jalan jauh masing tkt mcm nak jadi apa apa mcm mana nak buat. di saya pernah berubat lslam bersama dak cm yg saya ceta dgn ustaz yang blm ok lg
04-7-2010 @ 8:08 AM (1575 days, 5h, 46min ago)

Posted by SUHINIM BT. SHERIFF:

Assamkum, ustaz, saya ingin membawa suami saya mendapat rawatan dengan ustaz yang telah masuk 3 tahun sakit tapi tak dapat dikesan sakitnya di hospital bermacam-macam rawatan telah dicuba tapi belum diizinkan oleh Allah Subhanahu Wataala. Suami saya juga tidak dapat bekerja seperti orang lain. Harap mendapat pertolongan ustaz.
05-7-2010 @ 1:15 PM (1574 days, 0h, 39min ago)

Posted by SUHINIM BT. SHERIFF:

Salam, saya baru menghantar email saya ingin mendapat rawatan untuk suami di utara kerana saya tinggal di Perlis. Bila boleh suami saya mendapat rawatan dan berapa bayaran yang diperlukan. terima kasih.
05-7-2010 @ 1:23 PM (1574 days, 0h, 32min ago)

Posted by Zuraina:

Salam, ada tak cawangan klinik ustaz di johor bahru?
05-7-2010 @ 4:47 PM (1573 days, 21h, 7min ago)

Posted by lili:

apakah sebab jika seseorang mengalami kesakitan yang amat sangat dalam perut sedangkan doktor mengesahkan tiada penyakit sehingga meraung-meraung.harap ustaz dapat menjelaskan
05-7-2010 @ 8:23 PM (1573 days, 17h, 31min ago)

Posted by Hafeez:

Assalamualaikum USTAZ SHARHAN,saya peniaga baru saya igin bertanya bagaimana cara untuk membeli buku2 dan vcd2 perubatan ustaz secara pukal..sebab di sini banyak permintaan berkenaan buku2 ilmu perubatan ustaz..from jb,wssalam;)
08-7-2010 @ 1:26 PM (1571 days, 0h, 28min ago)

Posted by yaya:

salam ustaz,..sy student di s.alam..sy nk tnya pihak ustz,kwn sy menghidap penyakit kulit yg amat teruk hinggakn seprti salin kulit.die mula kne pnyakit ni bila berita die ingin brtunang.adakah ni salah satu bentuk yang die telah trkena buatan org?krn dr sdut sains die telah disahkn tidak mghidapi sebarang penyakit,.drp segi perubatn kmpg pula,ada yang tidak snggup untuk mmbantunya,knon ilmu yg die kena trlalu kuat,.hrp ustz dpt mnjawab.
08-7-2010 @ 3:40 PM (1570 days, 22h, 14min ago)

Posted by nora@ai binti mohamad shafee:

Salam ust... jika ibu hamil terkena sihir anak yg lahir akan menjadi hiper aktif soalan saa bagaimana kaedah rawatn yg digunakan bagi merawat hiper aktif tersebut atau adakah doa2 yg boleh diamalkan dan dibaca untuk merawat anak2 yg hiper aktif akibat dari gangguan pd siibu ketika hamil?:-(
08-7-2010 @ 5:28 PM (1570 days, 20h, 26min ago)

Posted by axierra:

salam, ari 2 sy ad menonton whi mengenai santau angin. sy b`minat utk mmbeli bku dan cd yg ustaz tnjkkn itu tp sy xtaw tajuk bku t`sbut..bley ustaz bgtw tjuk bku dan cd utk mmudahkn sy mmcrinyer..
09-7-2010 @ 12:20 AM (1570 days, 13h, 34min ago)

Posted by zainol:

Salam.saya mengalami masaalah gangguan emosi[hati tidak tenteram]ketika berada di pejabat.Ini meyebabkan tumpuan kerja saya terganggu.Bagaimana cara utk saya mengatasi masaalah saya ini.Semoga ustaz dapat membantu.
10-7-2010 @ 4:39 PM (1568 days, 21h, 15min ago)

Posted by mariam bt yusoff:

salam.ustaz,saya ada soalan ingin bertanya pada ustaz.suami saya terkena santau angin.kami sudah berubat merata tempat.tp,semuanya tak menjadi.sekarang,badan suami saya panas macam kena bakar,sesak nafas yang berpanjngan,sakit kepala.saya igin tahu pusat rawatan islam yg mana boleh saya berubat.pusat rawatan islam darul ruqiyah atau pusat rawatan islam zamdurani?terima kasih ustaz.
12-7-2010 @ 1:31 AM (1567 days, 12h, 23min ago)

Posted by mariam bt yusoff:

salam ustaz.pusat rawatan islam yg manakah boleh mengubat santau angin?
12-7-2010 @ 1:35 AM (1567 days, 12h, 19min ago)

Posted by Salwa:

Salam. Saya mengalami gangguan dalam bentuk mimpi. Ianya bermula dari saya mengandung anak pertama (untuk mengambil bayi yg saya kandung) & ianya juga berlaku pd anak saya yg kedua)dan sehingga skrang saya selalu mengalami gangguan mimpi yg mengancam diri (ianya bergantung kekuatan saya menghadapi gangguan mimpi tsebut). Suhanaallah...hanya Allah shja yg mengetahui bgaimana sakit & menakutkan apabila saya terpaksa berurusan dgn sesuatu yang berlaku diluar kemampuan saya wlaupun saya mengamalkan bacaan doa..... Boleh ustaz bantu saya.;)
13-7-2010 @ 6:55 PM (1565 days, 18h, 59min ago)

Posted by siti aishah mohd illias:

Saya baru menonton semanis kurma, saya ingin bertanya saya telah bercerai hampir 16 tahun kerana suami berkawin dengan pembantu rumah indonesia. Semenjak itu, saya selalu sakit berkaitan dengan saraf, kalau ikut pakar, saya mengidap sawan pada usia lambat. Saya ingin berkawin lain tetapi macam tak ada orang nampak atau berminat. Bukan saya tak berkenalan tapi jumpa 1 atau 2 kali, berlalu bergitu aja. Tolonglah ustaz, saya ini buntu. Bekas suami saya dulu adalah seorang yang penyayang tapi semenjak dengan perempuan dia makin angkuh dan sombong. Dia saya langsung tak nak cakap dan dengan anak nak bagi duit berkira. Anak saya nak kawin tak lama lagi, sikit pun dia tak hulur.
15-7-2010 @ 11:19 PM (1563 days, 14h, 36min ago)

Posted by shima:

Salam, permasalahan yg hendak saya ajukan tentang lambat dikurniakan zuriat.Utk pengetahuan ustaz saya telah berkahwin selama 6 tahun,sehingga kini masih belum dikurniakan zuriat.jadi disini saya berminat untuk mendapatkan rawatan dr ustaz.Apa yg perlu saya bawa dan dgn siapa patut saya berhubung bagi sebelah utara Kedah.
17-7-2010 @ 9:33 PM (1561 days, 16h, 21min ago)

Posted by zahidi saeid:

salam ustaz..keturunan saya memang ada saka dari sebelah mak..atuk saya dulu bomoh.kami adik beradik 7 orang dah sepakat nak buang saka dari mak..berapa kosnya dan bila masa yang boleh ditetapkan.apa peraturan yang perlu
18-7-2010 @ 1:06 AM (1561 days, 12h, 48min ago)

Posted by zahidi saeid:

salam ustaz..tak de perancangan ke adakan seminar di tangkak,johor..
18-7-2010 @ 1:11 AM (1561 days, 12h, 43min ago)

Posted by baya:

adakah u.sharhan akan datang ke terengganu?
18-7-2010 @ 9:47 PM (1560 days, 16h, 7min ago)

Posted by Azizie:

Salam Ustaz..bagaimana caranya mendapatkan buku n cd gelombang tu...apa tajuk buku tu ya...saya berminat nak membeli dan mendapatkannya...Kalau di Kota Kinabalu Sabah ada tak cawangan/tpt merawat...terima kasih
19-7-2010 @ 12:10 PM (1560 days, 1h, 44min ago)

Posted by Zila:

bagaimana caranya untuk menghubungi pusat rawatan ini. Saya ingin mendapatkan rawatan untuk ibu saya.
19-7-2010 @ 3:47 PM (1559 days, 22h, 7min ago)

Posted by Ismail:

Salam.Saya ingin tahu bagaimanakah caranya mengubati seorang suami yang terkena buatan isteri Kerana saya dapati abang saya tidak berani menegur isterinya yang bermain kayu tiga.
21-7-2010 @ 10:22 PM (1557 days, 15h, 32min ago)

Posted by Ismail:

Salam. Bagaimana nak dapatkan buku & CD gelombang yang ditunjukkan dalam Al-Kuliyah TV3 tempoh hari
21-7-2010 @ 10:26 PM (1557 days, 15h, 28min ago)

Posted by noor:

salam ustaz .. bapa mertua sudah mengidap penyakit sudah lebih 20 thn.mengikut kebanyakan bomoh kata saka dan menuntut tak habis.. kini badan kurus mcm lidi makan kuat, suka telanjang dan maki orang.
bagaimana menghubungi pusat rawatan ini ...tetapi bapa mertua saya tidak mahu pergi berubat .. boleh kah ustaz datang ke tempat saya di pulau pinang ....utk pengetahuan ustaz telah berpuluh bomoh dan ustaz telah ditemui namun hanya sementara saja....
22-7-2010 @ 5:08 PM (1556 days, 20h, 46min ago)

Posted by arina:

apa hukumnya melakonkan watak pari2 dan syaitan dlm drama. sy sorang guru yg mengajar drama utk pertndingan drama sekolah2. Hrp jawap secepat mungkin
30-7-2010 @ 3:14 PM (1548 days, 22h, 41min ago)

Posted by Norzie:

assalammualaikun ustaz..sy dah berkawin selama hampir 30 tahun..akhir2 kebelakangan ni sy dpt rasa perhubungan sy dan suami semakin renggang..hati sy merasa tak tenteram terhadap suami..klu tdo dgn suami sy jd tak lena,tp sebalik nya klu tido bersendiran masyaallah mendapat kualiti tidur yg sempurna..suami pun bila tido mcm org tak lena kkadang ber cakap2 dlm tdo..dan byk lg perkara2 pelik terjadi terutama pd suami..ank2 pun merasa heran melihat keadaan yg byk berubah..buat pengetahuan ustaz suami byk ber kawan dengan pompuan sblum ni maybe musuh pun byk..apa kah sy dan suami megalami gangguan,sy harap2 sgt ustaz dpt memberi penjelasan.T/K
30-7-2010 @ 4:15 PM (1548 days, 21h, 39min ago)

Posted by abuza yasin:

ayah saya ada masalah x boleh tido mlm n skrg ni kurang bermasyarakat. adik saya pun sama, saya ada merujuk pada seorang ustaz, katanya ia berkaitan saka. apa pandangan ustaz dan bolehkah ustaz membuang saka tersebut...
08-8-2010 @ 3:54 PM (1539 days, 22h, 0min ago)

Posted by mohdsalehuddin bin hj baharudin:

salam,sy nk tnya mgnai mslah staff slalu lari pada tadika sy,lari smua skli,kami byr gaji tpat dn jaga kbijikan staff,kjadian ne dh blaku sbnyk 3 kali,sy nk mta btuan ustaz,blh jpa ustaz x?bila blh buat appointment?skian terima kasih.:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?
08-8-2010 @ 4:48 PM (1539 days, 21h, 6min ago)

Posted by RIDZUAN:

assalamualaikum ustaz..bolehkah ustaz membuka klinik rawatan di kelantan..masalah sihir telah menimpa keluarga saya sehingga kematian adik baru-baru ini dan terpaksa pindah rumah sendiri dan menyewa di daerah lain kerana sihir..
11-8-2010 @ 2:50 PM (1536 days, 23h, 4min ago)

Posted by Wan Rohani Bt Wan Mahmud:

Assalamualaikum ustaz. Saya dari Kuantan. Kawan saya telah kematian suami bbrapa bulan dulu tanpa dpt dikesan sakitnya. Kini anaknya yang berusia 2 bulan lebih sering menangis seperti ada gangguan dari makhluk lain. Saya berharap ustaz boleh membantu rakan saya, lebih-lebih lg dia kini menjadi ibu tunggal.
12-8-2010 @ 8:39 AM (1536 days, 5h, 15min ago)

Posted by syuhaida:

Assalamualaikum ustaz, apakah pada bulan puasa ini masih ada gangguan dari makhluk-makhluk ini..

jawab wagiman:
Pada zahirnya tiada, spt yg dinyatakan dlm al-Quran dan Hadis sahih. Yang tidak bertuan akan dirantai tetapi yg dimiliki seseorang akan lepas bebas mengikut arahan tuannya. Apa pun semuanya berlaku atas kehendak Allah.
16-8-2010 @ 11:05 AM (1532 days, 2h, 49min ago)

Posted by jasnita:

salam, saya dah dah banyak buat rawatan tapi tak sembuh, bleh ustaz tolong saya

Jawab wagiman:
Jangan putus asa. Terus mencari. Jika pusat rawatan terakhir tidak mendatangkan kesembuhan, cari perawat lain. Tidak salah jika mendapatkan rawatan dibeberapa tempat dlm satu masa. Yang penting jangan jumpa bomoh, pawang dan sebagainya
17-8-2010 @ 10:09 PM (1530 days, 15h, 46min ago)

Posted by lina:

Assalamualaikum ustaz. saya nak tanya. rawatan pada hari jumaat ini bermula pada jam berapa hingga pukul berapa. Ini kerana saya ingin mendapatkan khidmat rawatan di tempat ustaz. saya sering mengalami sakit kepala dan bahagian belikat badan. walaupun dah makan ubat tp masih sakit terutama kepala. saya juga mengalami susah tidur malam. skrg ini sudah hampir 3 malam saya tidak tido. dan ianya juga membuatkan saya agak susah untuk pergi ke tempat kerja. sakit yang saya alami ini telah lama iaitu selama hampir 3 tahun. kekadang ada rasa berdebar-debar bila pergi hospital. doc tak dpt mengesan debaran di dada saya. Malah kandungan saya juga turut hilang pada bln Januari lepas pada usia kandungan hampir 4 bln. Saya rasa hilang kerana tiada sebarang darah turun menandakan kandungan saya gugur malah bila doktor scan dia dapati kantung janin ada tp janin yg tiada sebelum itu juga saya ada bermimpi ada lembaga hitam besar bermata merah bercakap didalam mimpi saya bahawa dia nak ambil anak saya.... Saya ingin mendapat zuriat lagi tapi agak sukar untuk hamil
11-10-2010 @ 1:41 PM (1476 days, 0h, 13min ago)

Posted by siti hadijah:

Assalamualaikum ustaz, saya ni baru memulakan perniagaan dalam 9 bulan.Pada awal perniagaan semuanya berjalan seperti biasa tetapi selepas 3 bulan kemudian pekerja saya semuanya hanya bertahan paling lama selama sebulan dan bermula dr itu pekerja saya sering bertukar ganti, tiadayg tetap bertahan lama.perniagaan saya juga semakin surut.Saya ada berjumpa bomoh dan dia mengatakan kedai saya telah disiram air mandi mayat dan ditanam sesuatu didepan kedai.Saya agak risau.Saya mohon jasa baik ustaz untuk melihat kedai saya ini.Kedai saya terletak di Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.Bolehkah ustaz datang ke sini?
12-10-2010 @ 11:47 AM (1475 days, 2h, 7min ago)

Posted by wagiman:

Puan Lina dan Sdri. Siti hadijah. Ada baiknya puan menghantar terus email ke blok Sinar Zamdurani... ajukan masalah puan kepada beliau. Sy sendiri xdpt menghubungi ustaz Sarhan ... malahan ada beberapa soalan yg sy hantar kepada beliau masih tidak berjawap. Maaf kerana sy tidak dapat membantu.
13-10-2010 @ 11:24 AM (1474 days, 2h, 30min ago)

Posted by dyana:

as'kum ustaz..saya nak tnye sikit ni..dlu wktu sy bngun shje dr tdur sy trnmpak lbam pd paha sy..dan lbam itu d kelilingi oleh bintik merah..boleh ustaz trangkan apakah itu..adakah itu adalah gngguan smasa tidur??:-?

jawab Wagiman:-
Jika lebam itu berwarna biru kegelapan kebiasaanya adalah lebam dari "gigitan" makhluk ghaib. Jika kes ini berterusan (kerap berlaku) ada eloknya sdri berjumpa ngan mana2 pusat rawatan untuk keterangan lanjut. Bertindak ketika ianya masih diperingkat awal. Insya Allah
14-10-2010 @ 9:09 AM (1473 days, 4h, 45min ago)

Posted by hishamuddin:

assalamualaikum sy sngat brminat dgn prubatan cara islam dgn mnggunakn al quran blh ke sy jd ank murid blajar dgn ustaz..

Jawab Wagiman
Masuk ke link Pusat Rawatan Alternatif dan pilih pusat rawatan Islam mana yg anda suka. Biasanya banyak pusat rawatan akan mengadakan seminat atau kursus mengenai rawatan. Rajin2 cari
27-10-2010 @ 10:37 PM (1459 days, 15h, 18min ago)

Posted by Shah Johan Hj Sarip:

Assallamualaikum

Ada tak pusat rawatan islam di kawasan tampoi dan nilai

Jawab Wagiman

SIla masuk dalam link Pusat Rawatan Alternatif dan pilih pusat rawatan yg berhampiran dengan anda
28-10-2010 @ 5:30 PM (1458 days, 20h, 25min ago)

Posted by hajijah:

Assalamualaikum ustaz. Saya sejak 1 tahun ni mengalami fenomena yg menyakitkan sehingga kehabisan kwgan. Apa2 yg saya buat bila nak penamat pasti xdpt jdi seolah-olah ada penghalang. Difhmkan ada sesuatu mmg ditanam dirmh sehingga anak pun susah nak dpt kerja. Saya rasa tertekan betul wlupun dah berusaha ada kurang tapi msh belum berjaya mengembalikan sepenuhnya. Tlg ustaz bagi pndapat kes saya yg benar2 menyeksa kehidupan saya lebih2 lg kewangan saya.

Jawab Wagiman
Masuk dlm link Rawatan Alternatif disitu ada beberapa pusat rawatan Islam. Pilih mana yg berhampira dengan rumah anda. InsyaALlah xsalah berusaha
08-11-2010 @ 9:01 AM (1448 days, 3h, 53min ago)

Posted by ila:

salam,saya nak tanya bagaimana nak mngubati anak yang bermasalah pembelajaran kt sekolah,blh ustaz bagi ayat2 yang blh saya amalkan doa2 kt anak saya dan saya blh mngamalkan dao2 tersebut.blh tak ustaz bgi doa untk saya amalkan pada anak saya bermasalah.trima ksih ustaz salam...

Jawab wagiman
Masuk dalam link Ustaz Harun Din disebelah kiri blog ini
08-11-2010 @ 9:07 AM (1448 days, 3h, 47min ago)

Posted by ziana evans:

assalamualaikum.. thanks 4 everythings
11-11-2010 @ 8:51 AM (1445 days, 4h, 3min ago)

Posted by salina:

Salam....sudah 8 tahun lebih saya berkahwin namun rumahtangga belum dikurniakan zuriat.Kami dambakan kehadiran permata hati kami. Bila jumpa doktor pakar, kami berdua tiada masalah.tapi bila jumpa perubatan Islam..ada masalah berkaitan gangguan. ada yang kata SAKA dan ada yang kata kami berdua diSIHIR.ada beza ker sihir dengan saka...perlu penjelasan

Jawab Wagiman
Banyak beza antara sihir ngan saka. Secara ringkas. Sihir itu ilmu hitam (guna2) yg dihantar oleh seseorang menggunakan jin tertentu mungkin kerana iri hati. Saka pula jin belaan dalam keluarga yg selalu digunakan untuk menjaga rumah atau kebun
17-11-2010 @ 6:32 PM (1438 days, 18h, 22min ago)

Posted by siti:

ustaz,sy mengalami sakit misteri secara bterusan slama 12thn tanpa ada ruang rehat sdkitpun.jauh sy bjalan cr ubat,hampir 100org perawat sy dibawa tmasuklah rwatan islam.tp sejak akhir2 ni sy hentikan usaha berubat dgn perawat.sy ambil usaha sendiri dgn mengamalkn surh2 rukyah.Alhamdulillah,adalah prubahan positif cuma tak sepenuhnya.utk pengetahuan ust,sy dikenakan dgn pelbagai jenis sihir dan ada masuk campur saka jg dr kuturunan nenekmoyang dl.ini menmbahkan keperitan sy mjalani khidupan sy.tp ujian berat ini telah membantu sy mendekatkan diri pd Allah.cumu,sy jg mpunyai impian utk nikmati hidup spt org lain.sy bdoa agar Allah bukakan jln utk sy bjumpa ust sharhan.

Jawapan wagiman
Alhamdulillah. Ada manis dalam setiap yg pahit cuma adakalanya kita tak menyedarinya. Masuk kelaman blog Ust. Sarhan
18-11-2010 @ 3:39 PM (1437 days, 21h, 15min ago)

Posted by anna:


assalamualaikum..
bagaimana nak menyedarkan org yg dah terkena sihir tapi beliau tidak mempercayainya dan mengganggap perkara tersebut adalah tahyul..adakah rawatan yang boleh menyedarkan beliau?

Jawab Wagiman
ADa banyak kemungkinan dalam hal ini. Sesetengah pesakit tidak mereasa dia sakit sehinggalah dia sendiri merasa dia sememangnya sakit dan ada juga yg sakit dan memang percaya dia sakit dan berusaha menyelesaikannya. Jika dirawat jenis org yg pertama ini adak sukar sedikit kerana dia akan megangap dia sihat dan tak perlu rawatan dan dlm proses itu tidak semsetinya dia akan percaya. Bagi org jenis kedua pula adalah sebaliknya. Tetapi itu semua urusan Allah adalah lebih baik dibawa untuk rawatan agar tidak menjadi sebati ngan diri pesakit.


06-12-2010 @ 10:49 PM (1419 days, 14h, 5min ago)

Posted by farah hanisah:



ustaz,mak saudara saya sering mengalami msalah apabila hendak makan.apabila makan,dy merasakan lidahnya kelu dan tidak boleh bergerak.beliau penah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menelan dan meluah kembali makanan yang bimakan. alhamdulillah beliau tidak merasa sakit.cuma sebelum makan beliau terpaksa minum air yassin.beliau pernah pergi ke klink untuk mendapat rawatan dan doktor menyatakan tiada apa2.adakah ini juga dikatakan gangguan jin.sebelum ini,anak sulungnya juga sering mengalami masalah seperti dirasuk jin.pada tahun lepas,semasa beliau menduduki peperiksaan spm,beliau sering dirasuk sehinggakan tidak dapat menduduki peperiksaan dengan baik.saya sebagai saudara paling rapat ingin sekali menayakan tentang pendapat ustaz.



Jawab Wagiman
Simptom yg cik sebutkan memang menjurus kpd gangguan jin. Adalah lebih baik jika cik membawa pesakit untuk rawatan sebelum ianya menjadi sebati ngan pesakit dan ini akan lebih menyukarkan proses rawatan. tk
09-12-2010 @ 4:40 PM (1416 days, 20h, 14min ago)

Posted by azli:

salam ustaz,soalan sy
1-saya sering kene tindih,cara nk hindar dari berterusan kene tindih,
2-sy kerap mimpi perempuan(bersetubuh),
14-12-2010 @ 2:40 PM (1411 days, 22h, 14min ago)

Posted by saiful ikmal:

Assalamualaikum,saya ingin bertanya bagaimana saya ingin menghubungi ustaz sarhan,saya ingin mengetahui tentang pengakit ibu saya,saya dapati ibu saya mempunyai masalah ganguan.saya harap ust dapat membantu saya...ibu saya telah berusaha dengan pelbagai cara dan berjumpa dgn ustaz2 utk mengubati penyakit ibu saya..saya berharap sangat agar ustaz sarhan dapat membantu ibu saya...saya juga berharap ustaz dapat memberi cara2 untuk saya menghubungi ustaz.: saiful Ikmal / Padang Serai Kulim.
18-12-2010 @ 8:13 PM (1407 days, 16h, 42min ago)

Posted by Nor:

Salam ustaz, saya nak bertanya mcmana saya nak dapatkan rawatan untuk anak saya di Pulau Pinang. Anak saya berumur 5 tahun, anak saya jenis yang boleh dikatakan hyperaktif dan sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika ada yang tidak puas hati seperti histeria dan sering memukul saya. Saya sudah pergi mendapatkan rawatan tradisional dan mengatakan ada benda mengacau dirinya iaitu saka. Diharap ustaz dapat memberi penjelasan selanjutnya. Terima kasih
20-12-2010 @ 7:51 AM (1406 days, 5h, 3min ago)

Posted by farah:

Salam.ustaz, mak saya mengidap penyakit hampir 26 tahun(seusia adik saya). sudah byk kali rawatan dan wang digunakan untuk mengubat mak tapi mak tetap sakit. ayah saya mualaf telah meninggal dunia 23 tahun lepas.mak pernah tidak sedar diri dan kerap diganggu seperti melihat lembaga menakutkan dan suara yg berbisik.kami adik beradik juga kerap bermimpi sekiranya terdapat perkara yang akan berlaku dalam keluarga.mak pernah dirawat di tanjung rambutan dan di tahan di balai polis. saya simpati dengan mak saya kerana kadangkala mak saya bercakap perkara yang orang normal sukar nak percaya.sekarang mak saya kerap sakit. dahulu mak pernah dirasuk dan menamakan dirinya siti, berusia seratus tahun..sekarang penyakit ibu seakan sudah lali bagi kami adik beradik. Selagi diiznkan Allah saya ingin melihat ibu sembuh.waktu muda, ibu dimaklumkan sebagai orang yang tabah dan kuat semngat.tidak seprti sekarang.Saya amat berharap sekiranya ustaz dapat memaklumkan sesi rawatan terbaik untuk ibu saya.

-Salam.
28-12-2010 @ 10:44 AM (1398 days, 2h, 10min ago)

Posted by zawiyah md salleh:

salam.ustaz saya nk tnye ada x klinik ni di perlis?saya nak alamat dan no tel ustaz...
31-12-2010 @ 6:21 PM (1394 days, 18h, 34min ago)

Posted by jz azi:

assalamualaikum...uztaz apa ubat bagi suami yg dahulunya penyayang tapi kini bertukar bengis sehingga sanggup memukul isterinya setelah bernikah lain tanpa pengetahuan isteri pada mulanya walaupun kini isteri tersebut redha dgn perbuatan suaminya?mohon ustaz perjelas....
05-1-2011 @ 8:24 PM (1389 days, 16h, 30min ago)

Posted by Noriah:

asslamualaikun,
saya berminat dengan cara perubatan Ustaz Sharhan dgn menggunakan ayat2 al-Quran,
soalan saya:
Saya dan anak saya berniaga di gerai makan semenjak 2 minggu ke belakanagn ni.. kedai kami buka tapi ramai pelanggan yg datang. bertanya kenapa kedai kami tutup mula kami tak mengesyaki apa sbb 2,3 org pelanggan yg bertanya. Tetapi hampir setiap pelanggan yg datang bertanyakan soalan yg sama. saya dan anak berasa musykil tentang hal ini. Bagaimana utk berhung dgn Ustaz Sharhan.. utk pertanyaan lebih lanjut tentang perniagaan kami.

Jawap wagiman
Sila lawati blog Ustaz Sharhan untuk keterangan lanjut
25-2-2011 @ 6:40 AM (1339 days, 6h, 14min ago)

Posted by hidayu othman:

assalamualaikum..kakak saya selalu mimpi buang air besar, mimpi sungai laa banjir laa..pa mknenyer, adakah ia membawa mksud yg x elok..?? baru2 ni pula, kakak sy mimpi lg iaitu di kejar ular bila kakak sy azan dlm mimpi 2, trus trsedar dr tidur..sebelum mimpi ular 2, kakak ad mimpi yg bapa mertua die mintak isterinya belikan kain kapan dlm kuantiti yg banyak..bolehkah ustaz trgkan serba sdkit pa mksud mimpi2 tersebut...

Jawap wagiman
Sy bukan ustz Sarhan dr Sinar Zamdurani. Ada baiknya sdri berhubung terus dengan ust Sarhan utk makluman lanjut.
28-4-2011 @ 1:26 AM (1277 days, 12h, 29min ago)

Posted by nur hidayah:

assalammualaikum, ustaz...saya keliru dgn sakit yg saya alami..saya telah menderita sakit sejak 3 tahun lamanya..sebelum ini merupakan seorg yg aktif,..apabila berjumpa dgn doktor pakar,beliau menyatakn saya telah menderita sakit saraf bahagian tengkuk..sakit semakin bertambah2..sehingga menganggu kerja harian.,dan menyebabkan saraf sblah kiri saya mjadi tegang,kepala menjdi berat,dan paling merumitkan keadaan apabila susah hendak mengawal kepala,susah hendak menegakkan .adakh pnyakit saya ada kaitan dgn ganguan makhluk halus??..bantulah saya ustaz..

jawab wagiman
Sy bkn ustz Sarhan. Secara peribadi adalah elok sdri mencari mana2 pusat rawatan Islam untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi. jgn sekali kali berjumpa ngan bomoh atau pawang.. tiap penyakit pasti ada ubatnya.
20-5-2011 @ 11:00 AM (1255 days, 2h, 54min ago)

Posted by nurul ashikin binti wahab:

assalammualaikum....saya sedikit keliru dengan cara pembayaran dlm perubatan skg ini...di tmpt saya ada satu pusat rawatan perubata islam yg mengenakan bayaran,kami jg diminta untk mengambil pendinding diri mengikut peringkat2 tertntu
bermula dr rm350,rm550,hingga ke rm 1700.adakan dlm perubatan islam kita diwajibkn mengambil pendinding diri seperti ditmpat saya yg mengenakn bayaran ini

Jawab Wagiman
Nasihat peribadi sy pd sdri ... jangan buang duit tak tentu hala melainkan jika sdri memang banyak duit dan tak tahu mana nak letak. Xpayahlah berdinding jika ianya melibatkan bayaran yg amat besar. Xdinafikan ... semenjak dua menjak ini memang banyak pusat rawatan yg mengambil kesempatan dr masalah org spt sdri ini ... jika mereka meletakkan harga sehingga sebegitu tinggi ... sy berani beri jaminan bahawa mereka telah memperdagangankan ilmu yg xseberapa itu utuk kepentingan diri sendiri dan meraka tidak samasekali memikirkan pesakit yg datang berjumpa mereka. Hindarkan manusia2 hipokrit seperti mereka ini.

This comment has been moderated by the blog owner

10-6-2011 @ 6:14 PM (1233 days, 19h, 40min ago)

Posted by suria shaaban:

salam...ustaz
saya ingin mendapat beberapa maklumat...
pertama boleh berikan saya alamat rawatan islam yang hampir dengan kota damansara
dan yang kedua....saya sudah berkahwin hampir lapan tahun tapi masih belum ada rezeki mendapatkan zuriat...saya ini dah byk usaha ...tapi masih belum ada...sebenarnya saya pernah mimpi seperti melahirkan bayi,kena kejar anjing dan dipatuk ular hitam...saya ingat itu hanya mainan tidur tapi selepas baca beberapa sumber..rasa perlu buat sesuatu...dan masalah saya bila hendak perlu saya akan memberikan seribu satu alasan.saya berharap pandangan dari ustaz..
terima kasih.

Jawab Wagiman
w'salam .. pembetulan sy bukan ustaz. Sy faham apa masalah puan dan dr simptom yg puan nyatakan tidak mustahil 'ada sesuatu' spt yg puan maksudkan. Sy cadangkan puan merujuk ke Pusat Rawatan Darul Ruqiyah - Gombak (Ustaz Suhaimi), Pusat Rawatan Darus Salam - Gombak (Ustaz Ismail Kamus) dan Pusat Rawatan AKRINE - Kuang (Ustz Majid) atau klik pada link Rawatan Alternatif: Rawatan Islam d an cari sendiri dimana yg paling hampir. Bagi saya jarak sesuatu tempat tidak menjadi halangan kerana apa yg penting kesembuhan perlu dicari.

This comment has been moderated by the blog owner

13-6-2011 @ 8:53 AM (1231 days, 5h, 2min ago)

Posted by aniza:

bagaimanakah cara untuk 'sacn' di mana ada syaitan. ustazo:)

Jawab Wagiman
Kaedah scan bagi mengesan penyakit gangguan makhluk ghaib (syaitan) hanya boleh dilakukan oleh perawat yg terlatih. Ada baiknya sdri datang sendiri ke pusat rawatan yg berhampiran dengan sdri

This comment has been moderated by the blog owner

13-6-2011 @ 3:15 PM (1230 days, 22h, 39min ago)

Posted by ZAIDYRAZALI:

;);););););););););););););)

This comment has been moderated by the blog owner

20-6-2011 @ 8:32 PM (1223 days, 17h, 22min ago)

Posted by nur:

Salam..saya sedang mengandung,baru 4 bulan.Saya ada bermimpi tapak kaki kiri di patuk ular.boleh mintak pandangan ustaz?

Jawab wagiman
Apapun cerita pasal mimpi ni memang banyak diperkatakan orang ... yg paling penting jangan kita terbawa bawa dengan mimpi itu. Jika apa yg dimimpikan jadi nyata (ketika jaga) itu adalah secara kebetulan saja. Tiada pula mana2 Hadis atau ayat2 Al-Quran yg menyatakan bahawa apa yg berlaku dlm mimpi pasti diterjemahkan di alam jaga. Lainlah jika seseorang itu bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Tetapi jika iapun bermimpi bertemu Junjungan kita itu ... tidaklah pula elok kita menjajanya merata tempat kerana riak itu suatu rasa yg tersembunyi dan mampu merosakkan keimanan seseorang secara perlahan dan tanpa disedarinya. Teruskan kehidupan tanpa meyakini bahawa sesuatu mimpi itu mampu merubah kehidupan kita. Maaf kerana tidak dapat membantu.

This comment has been moderated by the blog owner

13-7-2011 @ 8:14 AM (1201 days, 5h, 40min ago)

Posted by nor:

Anak saya berusia 15thn dia sering seolah-olah hilang akan diri sebenar.Berlaku dalam 10 ke 12 hari dan akan terus kembali sihat seperti sediakala selepas itu.Saya mohon ustaz dapat menolong masaalah saya ini.

Jawab Wagiman
Assalamualaikum Puan Nor, sudahkah membawa anak puian ke hospital ... jika belum ada baiknya puan berbuat demikian sebagai satu langkah permulaan .. bertitik tolak dari keputusan doktor bolehlah puan mencari rawatan seterusnya.

This comment has been moderated by the blog owner

20-7-2011 @ 8:35 PM (1193 days, 17h, 19min ago)

Posted by Muhamad Amin:

slwt slm kpd semua muslimin muslimt..setiap mnusia brbeda ujianya..semuanya ujian menaikkan lgi drjat,ksih syg allah s.w.t pda dri kita,menaikkn keimanan..bkn kemenangan sekrng yg kita cri,klau boleh kedua 2 insyallah..pling pnting 1- cra kita mnerima setiap ujian,msalah itu 2-jgn sesekali prasngka buruk di ats kejdian yg brlaku 3-ikut turutn check klinik comformkn 4-perubtn islam 5-cuba dhulu+bca,amal, 6-setiap pesakin mestilah tanam kenyakinan setiap bacaan,amaln yg dberi+doa+taubat+sabar+mintak petunjuk ,setiap penyakit ada ubatnya,buruk@baik kejadian itu dri allah,pkoknya hti mesti mau cuci sklai oo sifat2 azazil..masalah dlaman@rhsia2,salah silap sebelumnya sdr@ x,allah mha mndngar,dizinkn sekiranya masih lgi ado jdoh pengubtn lain2,sekiranya dkhabulkn doa mintk petunjk,insyallah akn trjdilah miracle allah s.w.t.aitu di utuskn hamba2 special give,bkn pwg@bomoh..insyallh allah akn temukan jodoh kpd penyakit kita itu..inyallah,,sedia brkongsi tips2 nsihat,setkat mna yg terdya,mungkin dpt membntu meringankn,memberi moral support kpd muslimin,muslimah..d antara hmba2 allah yg kurniakan sedkit anugerah,bgi membntu hmba2 lain yg lebih memerlukn..laatakof walaatahzan..ini juga jihat krn allah,bkn palestin shja..robbana 'aatinafiddunyaa hasanah waafil'aakhiroti hasanah..wassalm..

Jawab Wagiman
Tarima kasih Paksu Amin. Perawat terbaik adalah diri sendiri. TK

This comment has been moderated by the blog owner

22-7-2011 @ 4:33 AM (1192 days, 9h, 22min ago)

Posted by LINA:

benarkan ada pusat perubatan islam di Nilai NS yg diusahakan oleh adik Ustaz Sharhan?

Jawab Wagiman
Maaf sy tidak mengetahui mengenai perkara ini. Ada baiknya sdri menghubungi sendiri Ustz Sharhan. Tk

This comment has been moderated by the blog owner

24-7-2011 @ 6:27 PM (1189 days, 19h, 27min ago)

Posted by iza:

salam ust.saya ni memang kerap mimpi,mimpi dikejar ular,monyet,beruang,harimau,mimpi berada di awangan,mimpi jatuh dr tmpt tinggi,mimpi mayat,kubur,tempat2 kotor,mimpi dikelilingi air,mimpi api,bayi,selalu mimpi lelaki tak dikenali,mimpi srpihan kaca jatuh atas bdn saya,pernah saya ternampak bayangan hitam ,prnah tarbau busuk,susah tido mlm,terjaga tngh mlm,kadang bila tido mcm kena tindih,seolah2 menjerit tp tiada org dngar,perasaan takut bila mlm dan seolah diperhatikan,kadang bila mula nak tidur selalu terkejut,selalu pening,sakit ibu jari kaki dan tangan,kadang2 dibelakang rasa tak selesa.blh ust bg tau saya apakah tanda2 saya alami ni?

Jawab Wagiman
W'salam sdri Iza, sudahkan sdri berjumpa doktor? Jika belum ada eloknya sdri mencari rawatan modern kerana bagi ilmu modern simptom yg sdri hadapi itu menjurus kepada stress dm kehidupan seharian sdri. Mungkin tekanan ditempat kerja atau dirumah. Jika dilihat dr sudut rawatan Islam, simptom sdri ada melibatkan gangguan makhluk ghaib (jin). Namun begitu sy tidak dpt mengesahkan 100% apa masalah sdri, jika berkesempatan atau berkelapangan carilah mana2 pusat rawatan Islam bagi mengesahkan atau apa jua masalah yg sdri hadapi. InsyaAllah kesembuhan sentiasa ada asalkan kiat tidak berputus asa dlm mencarinya. TK

This comment has been moderated by the blog owner

25-7-2011 @ 7:55 PM (1188 days, 18h, 0min ago)

Posted by mohamad rozi bin isa:

salam..ustaz saya ingin tahu tentang dvd ustaz..bagaimanakah saya ingin tahu dvd tg tulin? saya harap ustaz dpt beri jawapan...anak perlis

Jawab Wagiman
W'salam. Sy bukan ustaz spt yg sdra maksudkan.

This comment has been moderated by the blog owner

06-9-2011 @ 11:37 PM (1145 days, 14h, 17min ago)

Posted by fazrini:

Assalammualaikum...adik saya disahkan berpenyakit kanser darah,namun begitu,bila dibawa berubat rawatan islam..terdapat sepihan kaca yang keluar dari dalam badannya dan sekarang bahagian tengah perut adik saya mengeras. boleh saudara bagi ulasan mengenai masalah ini.

Jawab Wagiman
w'salam. Ada eloknya sdri terus berubat dgn perawat berkenaan jika penyakit adik sdri ada kesan2 sembuh. Tidak salah utk mencari rawatan lebih dr seorang perawat dlm satu satu masa. Apa yg penting aliran (perawat) itu betul bukan bomoh. pawang atau dukun. Dan adalah lebih elok jika sdri mohon penjelasan lanjut dr perawat berkenaan.

This comment has been moderated by the blog owner

18-9-2011 @ 3:18 PM (1133 days, 22h, 36min ago)

Posted by kalsum sulaiman:

salam ustaz,
Perasaan saya selalu berdebar, kadang2 jantung saya berdebar terlalu kuat hingga nak lena (tidur) pun susah kerna gegaran amat kuat, ini telah menggangu saya, dan juga pernafasan saya tersekat-sekat susah nak bernafas, cuba ustaz jejaskan apakah jenis penyakit saya ini, dan apakah ubat, boleh ustaz membantu saya dan bagaimana caranya nak jumpa ustaz, wassalam amin.

Jawab Wagiman
W'salam. Sy bukan ustaz Sarhan. Sudahkan sdri berjumpa dengan doktor kesihatan? Jika belum ada baiknya berjumpa sekarang .. kerana rawatan Islam sealiran dengan rawatan modern. Tetapi jgn sekali kali berjumpa bomoh, pawang atau bomoh.

Selepas solat amalkan zikir Ya Latiff sebanyak mana yg sdri mampu. Begitu juga ketika hendak tidur, zikirkan sehingga lena. Bila bangun pagi sebelum melakukan apa apa aktivi ... cuba tarik nafas perlahan lahan dan lepaskan juga secara perlahan sambil berdiri menghadap kiblat. Lakukan selama 2 minggu. Pada waktu yg sama makan juga ubat2an modern. Tk

This comment has been moderated by the blog owner

04-10-2011 @ 3:17 PM (1117 days, 22h, 37min ago)

Posted by linda:

asalamulakum,ustaz nak tanya alamat kat mane. kata pj ada ke.sekian terima kasih,

Jawab Wagiman
Assalamualaikum. Saya bukan ustaz Sarhan. Klinik beliau spt alamat dibawah:
Pejabat Utama SINAR ZAMDURRANI
No.12-1, Jalan Velodrom,
Jalan Dataran Velodrom,
Bandar Tun Razak Cheras KL
(Rawatan akan diadakan setiap Hari Rabu bermula pd pkl 10.30pagi-8.30mlm) Hubungi 017-6499818/016-2563616/017-3035975.

This comment has been moderated by the blog owner

21-12-2011 @ 11:59 PM (1039 days, 12h, 55min ago)

Posted by wan nor:

saya mengalami batuk berdarah dan sebelum ni saya pernah bermimpi.doktor mengesahkan tiada apa2.

This comment has been moderated by the blog owner

23-12-2011 @ 9:30 PM (1037 days, 15h, 24min ago)

Posted by najihah:

assalamualaikum ustaz...
Bagaimane cara seorg isteri utk m'lembutkn hati suaminye,yg mane setiap hari d'beri mkn oleh isteri ke-2nye dgn tujuan utk m'lupekn isteri pertamenye.Apakah ayat2 yg boleh m'nyembuhkn hati suaminye yg mkn mknn yg d'sihir??

Jawab Wagiman
W'salam. Saya bukan ustaz Sarhan. puan boleh menghantar soalan terus ke blog beliau. Jika puan rasakan yg suami puan telah terkena sihir oleh madu puan, ada eloknya bawa suami puan itu utk rawatan. Dan yg paling penting .. pesakit sendiri perlu tahu bahawa dirinya sakit dan cuba merawat diri sendiri bukan hanya mengharapkan org lain (spt isteri, ibu bapa atau perawat)

This comment has been moderated by the blog owner

24-12-2011 @ 2:25 PM (1036 days, 22h, 29min ago)

Posted by Dasir:

Assalamu'alaikum wr wb
Ustat saya mau tanya:anak saya umur 17 tahun kalau jalan sempoyongan seperti orang mabok,
kalau pegang sesuatu terkadang terjatuh. Kata dokter karna gangguan saraf delapan atau saraf keseimbangan. Apa atau bagaimana pengobatan menurut islam yang b bisa kita lakukan

Jawab Wagiman
W'salam. Tentunya di Indonesia banyak pusat rawatan Islam spt di Malaysia. Ada baiknya dibawa anak tuan untuk rawatan. Teruskan juga rawatan di hospital. Maaf tidak dpt membantu

This comment has been moderated by the blog owner

31-12-2011 @ 5:56 PM (1029 days, 18h, 58min ago)

Posted by SALIHA:

salam ustaz. saya nak tnya, sekiranya bayi menangis pada waktu malam dan matanya terpejam, adakah itu tanda2 ada gangguan?

Jawab Wagiman
Baca artikel Ustaz Amran Kasimin dan Dr. Haron Din yg ada dlm blog ini. Berusahalah utk dapat ilmu.

This comment has been moderated by the blog owner

28-1-2012 @ 1:27 PM (1001 days, 23h, 27min ago)

Posted by rahimah:

salam. ustaz sy nk tnya nie bgaimana klau sseorg itu ada saka..pas itu mcm mana kita nak buang saka tu..
kmudian,bgaimana kita nk tahu sama ada seseorg itu sudah mninggal tetapi terdapat saka didalam tubuhnya yg mmbuatkan dia masih hidup sedangkan dia dh mninggal...
so, mcm mne kita nk buang 'benda' tu...apa pndpat ustaz..hrap reply secepat mngkin..sekian..

Jawab Wagiman
Soalan yg selalu sy baca. Berusahalah sendiri. Banyak dah artikel mengenai saka di alam siber ni. Cuba google sendiri.

This comment has been moderated by the blog owner

02-2-2012 @ 10:21 AM (997 days, 2h, 33min ago)

Posted by saidatul:

salam,ustaz saya alami masalah seperti badan beratip tanpa berhenti ia tanpa kawalan.byk benda aneh saya lalui seperti bunyi tekan loceng diluar rumah,katil digoncang dan perut saya seolah-olah bergerak mcm ada anak dlm perut tp saya x hamil.saya x boleh jumpa org apatah lagi adik beradik sebelah suami dan saya sendiri.bila mereka nak dtg saya nak mengamuk dan berlaku pergaduhan dgn suami.skg alhamdulillah dah ok sikit bab gangguan lepas buat rawatan islam.tapi yng jd masalah tentang perut saya yg masih bergerak,masih tak boleh jumpa org.raya pun saya tak boleh balik kampung.untuk pengetahuan ustaz,saya skrg berjumpa tiap2 bulan dgn doktor psiktrik.saya kena makan ubat kemurungan dan apabila buat ujian MRI DAN CT SCAN saya didapati ada masalah seperti otak seperti strok tapi bukan strok.doktor masih buat kajian tentang sakit saya.saya risau ustaz.apa pandangan ustaz

Jawab Wagiman
W'salam. Puan kata yg masalah puan berkurangan selepas berubat di pusuat rawatan Islam. Cadangan sy teruskan rawatan hingga benar2 sembuh. Bab hospital memang molek kerana puan juga berusaha secara modern. Teruskan makan ubat yg disarankan hospital dan pd waktu yg sama berubat secara alternatif. Tetapi jgn jumpa bomoh atau pawang yg membawa kesyirikan.

Sebelum ini ada seorang suri rumah yg kena sihir dan saka, sskit bertahun tahun dan alhamdulillah sakitnya semakin kurang kerana tiada istilah jemu berusaha dan pada waktu yg sama juga makan ubat hospital. Selepas 12 tahun menanggungnya kini hanya sekitar 10% sahaja sakit yg ditanggung. Berusahalah

This comment has been moderated by the blog owner

31-3-2012 @ 10:53 PM (938 days, 15h, 1min ago)

Posted by Izzah Desa:

Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya...saya ada saudara yang telah disihir. Beliau telah dirawat dan sembuh tetapi selepas sehari, sihir berulang. Kesakitan yang sama atau berlainan akan dirasai. Apakah bentuk rawatan yang bersesuaian....

Jawab Wagiman
W'salam Izzah. Jika dirasakan diri telah sembuh tetapi sakit berulang kembali, pergilah semula kpd perawat tadi asalkan bukan jumpa bomoh atau pawang atau yg sewaktu dgnnya. Kebiasanya rawatan penyakit sihir ini memerlukan waktu yg panjang utk sembuh. Berusahalah, kesembuhan sentiada ada.

This comment has been moderated by the blog owner

10-4-2012 @ 12:09 PM (929 days, 1h, 45min ago)

Posted by aisyah:

assalammualaikum ustaz,saya nak tanya tentang penyakit ibu saya.Dia bau sesuatu yang kurang senang,badannya juga sengal-sengal sentiasa.dia sudah amalkan macam-macam ayat al-quran tapi bau itu masih ada.Kalau ustaz ada pendapat tolonglah sembuhkan ibu saya.

Jawab Wagiman
W'salam. Dah gi klinik atau hospital belum? Jika belum cuba2lah bawa ke rawatan moden kerana adakalanya sakit berkaitan moden tapi dicari rawatan lain maka tiadalah sembuhnya. Cuba kaedah ini .. tiap kali selepas solat maghrib ke Isyak baca surah Yasin sebanyak 3 kali. Setiap kali selepas selesai membaca surah Yasin, telan air liur seperti anda menelan sesuatu dan berdoa (tadah tangan) "Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM, jika aku sakit diganggu makhluk batil kau keluarkanlah dari tubuhku dan Kau sembuhkanlah diriku Ya ALLAH. Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM, jika aku sihat dengan kesihatanMu Ya ALLAH, Kau perkuatkanlah tubuhku agar dapat aku terus memuja dan memujiMu Ya ALLAH." ulang 3x. Tiga kali bacaan surah Yasin bersamaan dengan 9x bacaan doa. Selepas selesai semuanya, jangan keluar rumah sehingga subuh esuk. Maksudnya selepas berdoa, duduklah rumah hanya keluar esok pagi bila gi kerja. lakukan 3 malam berturut turut. Kalau rajin tahajud boleh juga lakukan spt ini. Insyaalah. Tk

This comment has been moderated by the blog owner

05-6-2012 @ 6:24 PM (872 days, 19h, 30min ago)

Posted by matzaid yaacob:

salam ustaz,saya nak tanya ustaz pasal untuk mendapatkan zuriat.saya dh berkahwin selama 8thn tapi blm dikurniakan zuriat lagi.utk pengetahuan ustaz.saya dan isteri dah berubat bermacam2 cara termasuklah rawatan d hospital.adik beradik sebelah isteri saya semuanya tak ada zuriat.kalau yg lelaki semuanya ok.tak ada masalah.adakah ini ada apa2 gangguan makhluk.kalau ustaz ada pendapat,tolonglah.saya benar2 nakkan zuriat.

Jawab Wagiman
W'salam. Susah sikit nak kata samaada iblis syaitan punca sdra tidak mendapat zuriat walau slps 8 tahun dan begitu jga adik beradik sebelah isteri sdra. Apa yg peting jgn sesekali berurusan dgn bomoh atau pawang. Berusahalah secara yg diredhai Allah. Cuba amalkan kaedah selepas setiap kali membaca al-Fatehah (diluar waktu solat) niat dlm hati ...." Ya ALLAH, aku hadiahkan bacaan ini utk zuriatku, Insyaallah .." teruskan amalan ini selagi termampu. Xperlu tadah tangan pun xmengapa. Lakukan bila2 masa ... ketika memandu pun boleh. Berusahalah. Insyaallah ada ganjaran bagi umatNYA yg istiqamah.

This comment has been moderated by the blog owner

06-8-2012 @ 10:53 AM (811 days, 3h, 2min ago)

Posted by syed mazlan:

saya minta kebenaran dari ustaz sarhan mengamalkan ayat penawar sakit jantung.

Jawab Wagiman
Assalamualaikum. Tak payah minta kebenaran pun xmengapa. Sememangnya blog ini sy bangunkan untuk di kongsi bersama segala maklumat yg ada

This comment has been moderated by the blog owner

18-10-2012 @ 12:18 PM (738 days, 1h, 36min ago)

Posted by norhayati binti mohamed:

Akm ustaz. Sya ade terbca mengenai saka ini. Sya selalu mimpi budak kecil jth dari tempat tinggi terkejut kul 3 / 4 pagi. selalu lebam kat peha dan selalu kena tindih hantu pada waktu siang ketika sya tidur. Sya terasa sakit dan lenguh2 kat belakang saya. Yang paling menyeramkan ialah apabila suami sya outstation muka suami sya menjelma dalam mimpi sya dan ajak sya bersama dengan dia. Tolonglah bantu saya utk menyelesaikan masalah sya ini. Perkara ini dah bertahun-tahun lamanya, tapi saya kuatkan semangat sya dan buat x tau je. Tapi sekarang sya ingin menyelesaikan masalah ini seblum perkara lebih buruk terjadi. Sekian terima kasih. Wasalam

Jawab Wagiman
W'salam puan. Sebenarnya sudah banyak artikel mengenai saka dlm blog ini yg ditulis oleh perawat2 ternama spt Ustaz Amran Kasimin, Datok Haron Din dan Ustaz Jahid (Manarah). Puan boleh mendapat banyak maklumat apabila rajin membaca tulisan mereka.

Simptom saka berbeza mengikut individu tetapi akibatnya tetap sama jika tidak diatasi dgn segera. Apa yg puan alami secara kasarnya ada berunsur ganguan dr makhluk ghaib. Sama ada ianya gangguan dr saka atau iblis syaitan jin tidak dpt sy perjelaskan disini... ada baiknya puan mendapatkan rawatan dr mana2 pusat rawatan Islam yg berhampiran puan. Lebih cepat lebih baik.

This comment has been moderated by the blog owner

28-11-2012 @ 1:34 PM (696 days, 23h, 20min ago)

Posted by nor aqilah binti ismail:

:) assalamualaikum ustaz....saya pelajar tingkatan 6 smk hamzah machang kelantan...saya kena buat asigmant mengenai tokoh agama yang mempunyai kepribadian yang baik,dan mempunyai hasil karya(buku)...saya dah pun pergi rumah ustaz di kampung ayer merah,temu bual ayah ustaz,ayah ustaz memang boleh dijadikan tokoh ,tapi ayah ustaz tak da hasil karya....kumpulan saya ingin menjadikan ustaz sebagai tokoh dalam assigment ni,taapi ustaz takda di kelantan...

Jawab Wagiman
Waalaikumsalam. Nor, spt selalunya sy menytakan bahawa sy bukan ustaz Sarhan dr Pusat Rawatan SInar Zamdurani. Sy mengunakan blog ini sebagai kaedah mengumpul maklumat agar memudahkan pihak yg 'mencari' menemuinya dlm satu blog shja. Sila lawati blog Ustz Sharhan spt yg sy link kan dlm blok ini. Maaf kerana tidak dpt membantu

This comment has been moderated by the blog owner

29-6-2013 @ 3:31 PM (483 days, 22h, 24min ago)

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see