Powered by Bravenet Bravenet Blog

29-8-2008

10:48 AM (2155 days, 16h, 29min ago)

18. Wanita boleh melamar lelaki

RENCANA
Batas hukum mesti dipelihara dalam melakukannya
Wanita boleh melamar lelaki
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi
 
                              
 
MUKADIMAH
MEMANDANGKAN banyak pembaca yang mengirim surat ke ruangan ini meminta nasi­hat mengenai cara untuk mendekatkan jodoh, terutama di kalangan wanita lanjut usia, minggu ini Dr. Haron Din menulis mengenai masalah tersebut.
 
Penulisan ini berdasarkan soalan yang dike­mukakan melalui surat oleh salah seorang pembaca.
 
SOALAN:
 Saya berusia 34 tahun masih belum berumah tangga. Masalah saya sekarang walaupun mendapat pendidikan yang cukup dan berpendapatan yang boleh disifatkan sebagai agak lumayan tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan.
 
Saya bergaul secara tertib dengan ramai kenalan lelaki dan perempuan tetapi setakat ini belum ada tanda-tanda saya akan menda­pat jodoh. Masalah ini menimbulkan tekanan kepada saya, terutama desakan kedua-dua orang tua yang mahukan saya segera berkahwin. Sebagai wanita, persoalan jodoh amat penting dan saya meminta bantuan Dr. Haron untuk mengemukakan kaedah-kaedah yang sesuai mengikut Islam bagi pengurusan mencari jodoh untuk wanita seperti saya.
 
Saya juga berharap Dr. Haron dapat memberi panduan serta amalan-amalan ibadat mengikut cara Islam untuk membolehkan saya mudah mendapat jodoh. — SUZANA,
 
JAWAPAN:
 Persoalan jodoh sebenarnya banyak dikemukakan kepada saya oleh pembaca lelaki dan wanita melalui ratusan surat yang diterima. Kebanyakan mereka bertanyakan secara khusus tentang kaedah mengikut cara Islam untuk mendekatkan jodoh serta doa yang sesuai untuk diamalkan.
 
Ada juga yang merasa hairan kerana setiap kali bertunang tiba-tiba terputus begitu sahaja akibat pelbagai halangan yang tidak diduga. Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijabkabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus bertunang lagi.
 
Jodoh pertemuan, rezeki dan maut memang di tangan Allah. Malah adalah perkara biasa apabila kita mendengar kata-kata perkara tersebut adalah urusan dan penentuan Allah. Tetapi harus diingat bahawa manusia dianuger­ahkan daya ikhtiar oleh Allah S.W.T. dan kita mesti berusaha walaupun kejayaan dan kegagalannya ditentukan oleh Allah.
 
Jodoh pada asasnya adalah perkara yang bera­da dalam qada Allah dan seperti rezeki juga, manusia diberikan hak untuk berusaha mendap­atkannya. Seperti rezeki manusia diberi peluang untuk mencarinya dan kemudian diserahkan kepada Allah untuk menentukan rezekinya
 
Ada orang yang bekerja keras untuk mencari jodoh tetapi tidak menemuinya. Manakaja dalam satu keadaan yang lain ada yang hanya  duduk berkurung di dalam rumah akhirnya mendapat jodoh dengan segera.
 
Jodoh adalah qada Allah
 
Maka itu hendaklah kita terima hakikat bahawa persoalan jodoh itu adalah qada Allah dan sebagai manusia kita hanya berupaya untuk men­gusahakannya. Kerana jodoh itu berada dalam qada Allah ertinya ia boleh diusahakan bagi memenuhi keperluan manusia dengan dua jalan yang asas.
 
Pertama tentulah dengan berusaha mencarinya. Hendaklah dif'ahami bahawa Islam tidak selama-lamanya meletakkan tanggungjawab lelaki untuk mencari perempuan.
 
Islam membuka ruang dimana perempuan juga dibolehkan mencari lelaki untuk tujuan perkahwinan dan dalam konteks ini ada dua peristiwa dalam Islam yang bol;eh dijadikan panduan.
 
Kedua-dua peristiwa itu berlaku kepada Rasulullah S.A.W. di mana pada usianya yang masih remaja iaitu 25 tahun, seorang wanita mulia dari suku bangsawan Quraisy, Khadijah binti Khuwailid telah melamarnya untuk dijadikan suami.
 
Wanita mulia itu telah mengutuskan wakil untuk merisik kedudukan Rasulullah yang lebih muda daripadanya. Umur Khadijah pada masa itu ialah 40 tahun dan juga seorang janda. Dalam risiknya itu Khadijah bertanyakan kepa­da Rasulullah sama ada beliau berkeinginan untuk menjadi suaminya.
 
Berusaha mencari kebaikan
 
Usaha Khadijah membuahkan hasil di mana akhirnya terdirilah sebuah rumah tangga walaupun pada mulanya dirasakan agak mustahil seorang wanita pergi mencari lelaki atas tujuan mendekatkan jodoh.
 
Apatah lagi Khadijah seorang janda dan lebih tua daripada Rasulullah yang bukan sahaja masih remaja malah terkenal kerana ketampanannya. Kerana adanya usaha yang tidak dicemuh oleh adat dan agama maka akhirnya mendatangkan hasil seperti yang dihajatkan. Teladan daripada sikap Khadijah ini membuk­tikan sekiranya wanita berusaha dengan niat men­cari kebaikan maka ia boleh mendatangkan faedah untuk kebaikan bersama.
 
Peristiwa kedua pula yang berlaku pada Rasulullah ialah setelah beliau menerima kerasu­lannya dan sudah memilik beberapa orang isteri.
 
Tiba-tiba datang kepadanya seorang wanita tanpa perantaraan menghadap dan kemudian menyatakan hasratnya untuk bersuamikan Rasulullah. Hasrat itu tidak diterima oleh Rasulullah tetapi tidak pula ditolak begitu sahaja. Malah dengan segala simpati baginda telah mencarikan suami untuk wanita tersebut.
 
Dengan kesungguhannya untuk membantu wanita itu Rasulullah telah mencarikan beliau seorang suami dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam kerukunan rumah tangga dengan bahagia.
 
Dua peristiwa ini boleh dijadikan panduan bahawa bagi mereka yang merasakan jodohnya agak berat bolehlah berusaha dan menjadikan kisah ini sebagai teladan.
Bagaimanapun haruslah diingati bahawa wanita yang ingin menggunakan pendekatan ini untuk mendekatkan jodohnya haruslah menyedari hakikat sopan santun dan batas-batas hukum yang perlu dipelihara.
 
Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat. Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami.
 
Kaedah ini adalah sebahagian daripada usaha mendekatkan jodoh, terutama di kalangan wanita yang lanjut umurnya, dan merasa amat sukar untuk terus menantikan pinangan lelaki.
 
Ikhtiar kedua untuk mendekatkan jodoh boleh diteruskan melalui kaedah mengamalkan doa. Doa juga sebahagian daripada usaha dalam mengatasi masalah kesukaran mendapat jodoh. Seperti yang dikatakan tadi jodoh berada dalam qada Allah dan doa adalah antara usaha yang mulia di sisi Allah.
 
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang maksudnya:
 
'Allah tidak akan mengubah qadanya (penentuannya) melainkan kerana doa.
 
Ertinya meskipun seseorang itu telah ditetap­kan untuk tidak mempunyai jodoh di dalam dunia ini namun kerana doanya penentuan itu boleh diubah oleh Allah.
 
Doa pendekat jodoh boleh dibuat dengan dua cara yang asas iaitu sama ada yang  berke­naan berdoa sendiri ataupun dimintakan seo­rang lain yang beramal soleh untuk mendoakan bagi dirinya.
 
Sekiranya ingin berdoa sendiri maka doa itu boleh dibaca ke hadrat Allah dalam bahasa Melayu dan hendaklah dipohon permintaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa jemu  ataupun putus asa.
 
Doa ini sebaiknya dibuat pada waktu-waktu makbul doa seperti tengah malam yang sunyi ketika orang lain sudah tidur, ketika antara dua khutbah Jumaat, berada di Arafah sewaktu wukuf lebih-lebih lagi menjelang maghrib, di Multazam (tempat antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad dan pada malam lailatulqadar.
 
Mereka yang berkenaan boleh juga melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan jodoh pada diri mereka
 
Ayat ayat yang elok diamalkan ialah Ayat  empat dari surah Yusuf dan ayat 31 dari Surah Arra’du dan didoakan dengan niat semoga Allah mendekatkan aku dengaan (nama pilihan hati) dan bagi mereka yang tidak mempunyai  pilihan doalah dengan jodoh yang ditentukan Allah.
 
Mingguan Malaysia Ahad 21 Mei 1995
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   PROF. DR. HARON DIN
 
Terbitan asal:  Mingguan Malaysia Ahad 21 Mei 1995

url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2008  ® HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see