Powered by Bravenet Bravenet Blog

02-1-2009

4:33 PM (2118 days, 19h, 12min ago)

29. Melembutkan Hati Yang Keras

Melembutkan hati yang keras
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa Bangi.
 
Hidupan aneh yang mendiami lautan dalam
 
FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluar­gaan hari ini.
 
Banyak faktor yang mendorong wujudnya imp­likasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa­da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.
 
Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebe­lakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.
 
 
Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan men­jamin kepada kestabilan sosial.
 
Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahan­nya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.
 
Peranan penting
 
Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifes­tasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.
 
Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.
 
Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan  anak anak dengan ibu bapa mereka
 
Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:
 
"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."
 
Ada juga hati yang terkunci yang dikenali seba­gai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,
 
Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia  dengan pelbagai nama yang lain.
 
Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu  sukar untuk menerima teguran dan nasihat.
 
Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati.
 
Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.
 
Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ­masing.
 
Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den­gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera­pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta­ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.
 
Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.
 
Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.
 
Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.
 
Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tin­dakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.
 
Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusa­hakan untuk melembutkan hati mereka yang sela­ma ini amat degil.
 
Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali.
 
Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak­tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.
 
Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.
 
Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.
 
Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.
 
Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.
 
Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.
 
Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubal­ah pada beberapa malam yang termampu.
 
Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).
 
Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka
 
®  v  ®
 
 
SOALAN:
 
Bolehkah diterangkan cara untuk merawat penyakit lelah. — USMAN ABDUL LATIFF, Bagan Datoh, Perak.
 
JAWAPAN:
 
Dapatkan sebiji kelapa yang telah tumbuh daun hijau yang tidak melebihi satu jengkal pan­jangnya'(jangan yang terlalu pen­dek). Semua jenis kelapa boleh digunahan.
 
Kopek kulit kelapa dan ambil semua isi dalarnnya kecuali air. Ambil juga batang yang tumbuh, akar dan tombong kelapa itu. Isi  kelapa tidak diperlukan.
 
,Ambil pula sebiji kelapa muda yang masih lembut isinya. Ambil airnya sahaja dan campurkan dengan bahan-bahan di atas. Kisar bahan bahan tadi (sebaiknya gunakan pengisar elektrik) dan kemadian ditapis.
 
Air tadi diberi kepada pesakit untuk diminum sama ada sekali atau dua kali dalam tempoh sehari sahaja. Sebelum minum baca Al-Fatihah dan selawat Syifa.
 
Sekiranya ada tanda-tanda peruba­han, ulang lagi pada tempoh tiga atau empat minggu selepas kali per­tarna.
 
Mingguan Malaysia 6 Ogos 1995
 
Perhatian:
Semakin tinggi keyakinan dan amalan seseorang  dengan bacaan tersebut (al-Quran) maka semakin berkesan rawatannya.
 
* kesemua image adalah atas usaha pemilik blog ini sendiri
 
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:
  Dr Haron Din 
Terbitan asal:  Mingguan Malaysia  6 Ogos  1995

url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/

2008  ® HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
10 komen.

Posted by nur syazwina:

ok i can menjadi anak lembut hati.;):(:-(:)o:):o:-?
25-6-2010 @ 8:27 PM (1579 days, 16h, 17min ago)

Posted by NN:

Bagaimana doa untuk melembutkan hati orang lain.?Serta doa menetapkan pendirian seseorang..Saya perlukan sangat2 pertolongan dari anda..Harap dapatla anda berkongsi dengan saya... :-(

Jawap wagiman
Doa menetapkan pendirian:
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_aplikasi&pg=bm_aplikasi_doa&ac=42

Doa melembutkan hati
http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/15

copy n paste alamat yg diberikan dlm browser, Insyaallah anda akan dibawa kesana
20-5-2011 @ 4:49 PM (1250 days, 19h, 56min ago)

Posted by Jue:

bagaimana sy ingin melembutkan hati ibu yg tidak suka dengan bakal suami sy....ibu t'lalu b'keras tidak setuju dgn pilihan anak krn memepercayai bakal suami bakal m'bawa malang dan susak kelak krn mempercayai ckp tok bomoh.tolong beri nasihat dan pendapat bagaimana mengatasi nya...

Jawab Wagiman
Assalamualaikum sdri.Jue, doa utk melembutkan hati
http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/15 (copy paste link ini dlm browser). Amalkan apa yg diarahkan. Bab ibu mendengar cakap bomoh (yg tentu bohong besar) sudah banyak berlaku. Tiada manusia yg dilahirkan untuk memberi kecelakaan kepada manusia lain tetapi ini semua berlaku kerana sifat buruk manusia sendiri. Antaranya mendengar kata2 bomoh yg sebenar nya xtahu apa tetapi kerana imbuhan, mereka sanggup berdusta dan mempurak perandakan orang lain. Namun begitu satu perkahwinan yg tidak direstui oleh ibu bapa adalah satu perkahwinan yg sememangnya cuba dielakkan. Restu ibu adalah satu doa yg amat mujarab. Dalam bab ini sy nasihatkan sdri jangan berkeras atau cuba menyakitkan hati ibu dengan tindakan2 yg drastik spt 'kahwin lari' kerana ini akan hanya lebih membenarkan kata2 bomoh terbabit. Terus terusan berdoa mohon pd ALLAH agar ibu berlembut hati dan pd waktu yg sama adik beradik juga perlu memainkan peranan membantu sdri. Tekankan pd ibu bahawa sang bomoh bukan tuhan yg boleh mengetahui baik atau buruk, hidup atau mati, kaya atau miskin, bahagia atau derita sesebuah rumah tangga itu. InsyaALLAH cubalah dan berbaik sangka pd ibu juga satu kekuatan pd sdri dlm menghadapi dugaan ini. InsyaALLAH.

This comment has been moderated by the blog owner

23-7-2011 @ 11:22 AM (1187 days, 1h, 22min ago)

Posted by J:

mcm mna nak lembutkan hati sahabat baik yg sdh sakit hati dan benci kpda sya akibat slh fhm...dia percaya kn sumber org yg fitnah sya...sedangkan sya dgn dia dah knal sejak kecik lg,dsbb kn hal ni sya dgn dia jd tak ngam...sya mahu kn persahabatan itu semula,..tlg la sya mcm mna caranya ...

Jawab Wagiman
Jalan terbaik 'face to face' dengan sahabat anda itu, cerita hal sebenarnya .. dengan hujah yg tidak menyalahkan org lain. Adakalanya kita hanya merasa kita shja yg benar tetapi pd waktu yg sama, ada beberapa kelemahan yg jelas tetapi tidak mahu di akui. Jika anda pasti dan yakin bahawa anda di fitnah .. perjelaskan hal sebenarnya, tiada apa yg perlu dirisaukan jika anda di pihak yg benar. Seandainya penjelasan anda itu tidak diterima .. maka berserahlah kpd yg MAHA ESA kerana segalanya bermula dan berakhir dengan iziNYA. Tentunya ada sesuatu yg ALLAH cuba sampaikan pd anda tetapi tidak dpt anda fahami.

This comment has been moderated by the blog owner

22-11-2011 @ 1:32 PM (1064 days, 22h, 12min ago)

Posted by d:

bagaimana untuk melembutkan hati sesorang yang tetap dgn pendiriannya untuk terus memeluk agama nasrani agar dia mahu memeluk agama islam.. dan bagaimana untuk melembutkan hatinya agar dia mahu menerima saya dan menjadi teman dalam hidupnya

Jawab Wagiman
Dalam bab ini tiada kaedah khusus yg dijumpai. Apa yg penting teruskan berdakwah secara lembut. Jgn ekstrem ini akan menakutkan. Tunjukkan sisi baik anda sebagai umat Islam. Ketika bersama dengannya .. tunjukkan kebesaran ALLAH yg ada dihadapannya. tetapi satu yg anda perlu ingat ..HIDAYAH itu milik ALLAH. Jika tiada hidayah dariNYA tiada ap yg mampu kita lakukan. Jgn putus asa

This comment has been moderated by the blog owner

18-2-2012 @ 5:24 PM (976 days, 18h, 21min ago)

Posted by max amy:

bagaimana cara hendak lembutkan hati seorang yang berdendam...org tersebut adalah kekasih hati sya...dan dia berada jauh dari sya...just satu tempat krja shj...dan sya bukan sorg muslim..ada tak cara tuk sya melembutkn hati dia..pls help me...

Jawab Wagiman
Hai Max, tk kerana sudi mampir disini. Tiap agama puny kaedah dan cara rawatan senndiri dan dlm Islam kaedah rawatan yg paling baik dan ialah merawat diri sendiri. Jika sakit pd jasad mudah utk s embuh tetapi sakit pd hati memerlukan cara tersendiri. Dlm Islam sakit hati dirawat dengan membanyakkan membaca al-Quran dan tidak meninggalkan solat tanpa sebab. Begitu juga dengan sifat dendam ... mendendami sesuatu perkara mampu merosakkan hati. Dlm hal sdr Max, sy menyarankan agar Max menunjukkan sisi baik yg ada pd diri sendiri. Jangan sesekali mendendami gadis ini kerana tidak dilayan, buat baik seperti tiada apa yg berlaku, jgn putus asa. Tunjukkan pd si gadis dendam dia tidak menjadi penyakit pd Max, maksud sy jika dia marah Max jg lawan marahnya ... cukup melemparkan senyuman bahawa apa yg dia kata tidak mencalarkan sayang Max. jika dia berkerenah .. ikut saja kerenahnya .. anggap itus emua sebagai cabang cinta yg cuba Max semai. Cubalah jgn putus asa.

This comment has been moderated by the blog owner

01-3-2012 @ 2:10 PM (964 days, 21h, 35min ago)

Posted by mohamad noor hafiz bin ahmad:

asalamuaikum, saya nk minta pandangan saya ingin mengahwini seorang janda anak 1 yg juga merupakan sahabat baik saya jugak...tetapi ibu saya xsetuju saya menikahinya saya ikhlas utk menjaga dan menyanyangi dia...bagaimana cara utk sy membuat agar hati ibu saya lembut dan terbuka menerima pilihan hati saya...tolonglah saya saya amat buntu

Jawab Wagiman
W'salam. Alhamdulillah kerana sdra mahu menamatkan zaman bujang sdra dengan mahu memperisterikan seorang janda. Bukan semua lelaki sudi melakukannya kerana seorang lelaki biar hidung belang atau penjahat besar tetapi tetap mahukan seorang dara sebagai isteri. Saya memahami dilema sdra. Antara restu ibu dan cinta pd bakal isteri. Diluah merana di telan sengsara. Tiada jalan khusus yg mampu saya berikan cuma sekadar nasihat dr seorang lelaki yg memahami niat ikhlas sdra ini. Tentunya seorang ibu mahukan yg terbaik untuk anaknya. Segala galanya perlu sempurna kerana tiada ibu yg mahu melihat anaknya hidup susah atau dlm hal sdra mendapat seorang isteri yg punya status janda. Adakalanya seorang ibu cuba mencorak warna hidup anaknya sehinggakan apa warna baju pun si ibu yg hendak menentukannya, ini sifat semula jadi. Sdra perlu punya kekuatan diri utk menyatakan pendirian sdra, katakan pd nya soal jodoh bukan barang mainan. Katakan juga pd ibu, berilah peluang pd diri sendiri utk menentukan arah tuju hidup dan membina keluarga sendiri atas rasa cinta yg ikhlas lahir dari sanubari sdra pd bakal isteri. Katakan juga pd ibu, jika diberi pilihan utk memilih, sdra akan memilih ibu tiada galang gantinya melebihi bakal isteri tetapi pd waktu yg sama sdra perlu mempunyai pasangan yg mampu hidup susah senang pahit manis suka duka juga cinta kasih hingga akhir hayat. Katakan juga pd ibu, restu ibu tiada duanya tetapi kasih sayang perlu lahir dr hati yg ikhlas yg mampu membina keluarga bahagia. InsyaALLAH, jgn putus asa. Maaf jika tidak dpt membantu

This comment has been moderated by the blog owner

22-4-2012 @ 3:43 PM (912 days, 21h, 1min ago)

Posted by :

bagaimana untuk melembutkan hati sesorang yang tetap dgn pendiriannya untuk terus memeluk agama nasrani agar dia mahu memeluk agama islam.. dan bagaimana untuk melembutkan hatinya agar dia mahu menerima saya dan menjadi teman dalam hidupnya

Jawab Wagiman
Dalam bab ini tiada kaedah khusus yg dijumpai. Apa yg penting teruskan berdakwah secara lembut. Jgn ekstrem ini akan menakutkan. Tunjukkan sisi baik anda sebagai umat Islam. Ketika bersama dengannya .. tunjukkan kebesaran ALLAH yg ada dihadapannya. tetapi satu yg anda perlu ingat ..HIDAYAH itu milik ALLAH. Jika tiada hidayah dariNYA tiada ap yg mampu kita lakukan. Jgn putus asa

This comment has been moderated by the blog owner

23-4-2012 @ 9:12 AM (912 days, 3h, 33min ago)

Posted by Baizura:

salam..saya mempunyai kekasih yg berasal dr kelantan..ibu nye tidak merestui hubungan kami kerana sy (org mlk) bkn berasal dr kelantan..pasangan sy menyuruh sy pujuk ibu nye melalui telefon..jd bagaimana cara melembutkan hati ibu nye melalui panggilan telefon?

Jawab Wagiman
W'salam. Memujuk melalui telefon bukan satu cara yg baik. Ada eloknya sdri 'face to face' dgn ibu pasangan anda. Tunjukkan kpdnya siapa diri anda dan paling utama org negeri lain pun boleh dijadikan menantu. Dlm bab ini sy cuma dprt mencadangkan sdri mengetahui kepepribadian ibu pasangan sdri itu. Sbg contoh: apa mknan kesukaanya, warna baju, tudung kegemaraanya dan dgn cara ini sdri lebih mudah mengenalinya dengan membawa 'buah tangan' sebagai salam pertemuan. Tentunya pasangan sdri tahu akan perihal ibunya sendiri. Dan sdri juga perlu tahu apa yg tidak disukainya ..... cara bercakap dan paling utama cara berpakaian sdri perlu juga diambil kira. Jgn pula bila pertama kali berjumpa .. sdri sudah menunjukkan sisi dan ciri2 yg tidak disukainya. Pandai2lah melakukannya dan sy mendoakan kejayaan sdri. Tk

This comment has been moderated by the blog owner

28-5-2012 @ 9:39 AM (877 days, 3h, 6min ago)

Posted by fidah:

ibu saudara saya saorang janda kerana kematian suaminya,dia tidak mempunyai anak dia hanya duduk saorang diri rumahnya,saya bimbangkan kesehatannya,sudah puas saya nasehatkan dia duduk dirumah saya,tapi dia berdegil tak mahu berganjak dari rumahnya ,bagaimana cara nak lembutkan hatinya supaya dia dapat duduk dirumah saya,adakah doa2yang dapat saya panjatkan supaya lembut hatinya.?

Jawab Wagiman
Assalamualaikum puan. Memang menjadi kebiasaan seorang wanita yg meniti usia senja lebih suka tinggal sendirian tanpa mahu menyusahkan anak2 atau sedara mara. Bagi mereka susah senang atau sakit biar mereka tanggung sendiri. Ini memang naluri biasa. Pujuklah bagaimana sekalipun ... ayat mereka ..." xnak menyusahkan org lain ..." Apapun tunjukkan kesunguhan puan dengan makna kasih sayang bukan wang ringit atau kemewahan. Jika puan ada anak .. biarkan anak2 puan bermanja semesra yg boleh agar dia akan merasa kehilangan bila tidak bersama anak anak puan. Sering2 bertandang kerumahnya, dibawa bersembang dan nyatakan keikhlasan puan untuknya. Org tua selalunya mudah cair dgn wajah keikhlasan org yg paling hampir dgnnya. Jgn dipaksa secara mendadak .. guna psikologi. Tiada doa khusus untuk ini tetapi selepas solat mohon kpd Allah agar dibuka hati ibu saudara puan. Jika berkemampuan lakukan solat sunat hajat sebanyak 6x mlm jumaat. Ketika dirakaat kedua semasa sujud, panjatkan doa puan sejelas jelasnya kepada ALLAH agar diutuskan hajat puan itu kpd ibu saudara puan didalam mimpinya. InsyaALLAH. Berusahalah. Niat yg murni pasti akan diperkenankan ALLAH.

This comment has been moderated by the blog owner

17-8-2013 @ 6:01 AM (431 days, 6h, 43min ago)

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see