Powered by Bravenet Bravenet Blog

21-1-2009

8:37 AM (2100 days, 12h, 9min ago)

30.Penyakit yang sukar diubati

RENCANA
Penyakit yang sukar diubati
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa Bangi.
 
 
DALAM menghadapi bencana yang ditu­runkan oleh Allah, seseorang hambu itu perlu ada sifat reda terhadap qadak dan qadar tersebut. Percaya kepada qadak dan qadar adalah salah satu daripada Rukun Iman.
 
Pegangan ini selain dapat memenuhi tuntutan Rukun Iman, ia juga boleh menjadikan seseorang itu merasa tenang serta yakin pada diri sendiri dalam menghadapi sesuatu.
 
Tidak kira apa bentuk bencana sekalipun, sama ada kematian orang yang dikasihi, kerosakan harta benda, kehilangan sesuatu, penyakit atau sebagainya, segala galanya ini biarpun ia memang tidak disukai oleh manusia, Allah menjadikannya itu disertai dengan muslihat yang hanya diketahui oleh-Nya.
 
Di antara muslihat tersebut ialah:
 
Allah S.W.T apabila Ia mengasihi seseorang hamba-Nya, maka ada kalanya Ia memberi ujian kepada hamba itu dengan menurunkan bencana. Dalam masa yang sama Allah mernberinyn kesabaran. Seseorang lelaki telah bertemu Rasulullah dan mengadu bahawa harta bendanya telah habis dan badannya merasa sakit Mendengarkannya Baginda menjawab:
 
"Pada seorang hamba itu tidak baik kalau tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Bahawasanya Allah apabila Ia mengasihi seorang hambanya, Ia mengujinya, apabila Ia telah gujinya maka diberi kesabaran akan dia."
 
Ada kalanya Allah telah meletakkan seseo­rang itu pada satu martabat tertentu di sisi-Nya, namun demikian segala amalan yang dilakukan olehnya selama ini tidak membolehkannya menca­pai martabat tadi kecuali dengan ujian. Ujian tersebut mungkin merupakan satu bencana yang akan ditanggung olehnya. Dalam masa yang sama Allah memberikannya kesabaran menghadapi ben­cana tadi
 
Akibat kemungkaran
 
Rasulullah ada bersabda:
 
"Bahawasanya ada kalanya Allah menyediakan bagi seorang lelaki itu darjat di sisi-Nya, yang tidak dicapai olehnya akan dia dengan amalannya, sehingga ia diuji dengan bala pada dirinya, maka dengan itu tercapailah akan dia."
 
Diriwayatkan bahawa apabila turun firman Allah bermaksud:
 
" (Sesiapa melakukan keja­hatan nescaya dibalas dengannya), Sayidina Abu Bakar berkata,  " wahai Rasulullah, bagaimana dapat bergembira setelah (turun) ayat ini?"
Baginda menjawab, ''semuga Allah mengam­punkan wahai Abu Bakar. Tidakkah kau sakit? Tidakkah kau menderita gangguan? Tidakkah kau lelaki? Tidakkah kau berdukacita? Semuanya ini adalah dari apa yang dibalas oleh Allah, iaitu apa yang mengenaimu adalah merupakan kifarah (penebus dosa bagi dosa-dosanya)."
 
 
Di antara malapetaka yang diturunkan oleh Allah itu ada kalanya merupakan balasan di dunia akibat kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang. Rasulullah apabila diturunkan ayat itu telah berkata,
 
"Telah turun padaku satu ayat di mana ayat itu bagi umatku adalah lebih baik dari­pada dunia dan kandungannya."
Baginda pun membaca ayat itu. Kemudian ia menyambung:"Sesungguhnya hamba itu apabila ia melakukan satu dosa, lalu kena kesusahan atau bala di dunia, maka Allah tidak menyeksanya kaki keduanya."
 
Menurut hadis ini adalah jelas bahawa bala itu diturunkan ke atas seseorang ada kalanya merupakan kifarah (balasan dosa di dunia) daripada Allah. Kifarah ini menjadikan seseorang yang melakukan dosa tidak diazab di akhirat kerana dosanya telah dibalas di dunia.
 
Itulah di antara muslihat-muslihat diturunkan malapetaka ke atas manusia. Begitu juga dengan penyakit yang juga merupakan bencana ke atas manusia, yang diturunkan oleh Allah mungkin untuk meninggikan martabat seseorang itu di sisi­Nya, kerana kifarah, atau semata-mata dugaan ke atasnya, untuk menduga setakat mana kekuatan iman seseorang.
 
Sakit yang dideritai oleh seseorang bertahun­ tahun itu mungkin boleh menjadikannya insaf dan kembali ke jalan Allah setelah ia sesat selama ini.
 
Dalam keadaan demikian seseorang itu, iaitu bagi orang awam ia mesti berikhtiar untuk men­gubati penyakitnya. Setip penyakit itu ada ubat­nya. Masalahnya ialah sama ada penyakit itu bertemu dengan ubat yang serasi dengannya atau tidak.
 
Bagi penyakit yang sembuhnya dengan cara berdoa, kesembuhan tersebut sebenarnya telah wujud tersedia, hanya menunggukan ubat yang serasi, iaitu doa yang dikabulkan oleh Allah.
 
Mengenai pembicaraan tentang doa, sebenarnya tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah, hanya sama ada doa itu dikabulkan cepat atau lambat, semuanya ini pula bergantung kepada orang yang memohon doa tersebut, juga factor ­faktor lain yang berkaitan dengan doa.
         
Pada satu ketika pada zaman sahabat, ada seo­rang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai pengubat, termasuk sahabat­ sahabat yang terkenal tetapi tidak sembuh, men­jadikannya begitu putus asa.
 
Pada satu hari ia telah diziarahi oleh seorang alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Apabila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi An berkata: "Di manakah kamu tentang ayat-ayat Syifa dalam al-Quran."
 
Lalu diajar pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi.
Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu iaitu pada pesakit teruk yang begitu sukar untuk sem­buh setelah melalui beberapa rawatan. Kerana itu ayat ini tidak boleh digunakan untuk mengubati semua pesakit selagi seseorang itu meyakini bahawa kombinasi doa lain boleh digunakan untuk tujuan ini.
 
Ayat ini digunakan sebagai ikhtiar terakhir untuk mengubati seseorang. Mungkin setelah seo­rang doktor mengatakan bahawa si pesakit tidak ada harapan untuk sembuh dan akan mati sehari dua lagi.
 
Apabila didapati pesakit dalam keadaan tenat dan setelah puas berubat tetapi tidak sembuh, ketika inilah seseorang itu pertu menyediakan diri untuk mengubatinya dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta keyakinan kepada Allah S.W.T. Susunan doa yang diperlukan ialah:
 
Bacaan al-Fatihah dengan tujuh kali berhenti. Ada hadis menyebutkan bahawa pada setiap kali berhenti itu Allah akan menjawab bacaan hamba­Nya. Kemudian tiup pesakit tadi. Ulangi bacaan ini sebanyak tujuh kaki dengan tujuh kali tiup yang didahului dengan Bismillah sebelum setiap al-Fatihah.
 
Baca ayat Syifa kemudian tiup pada pesakit dan pada air. Kalau rasa tidak puas hati ulangi bacaan tadi, iaitu tujuh kali al-Fatihah dan tujuh kaki ayat Syifa dengan kaedah yang sama seperti yang dijelaskan.
 
Doa ayat Syifa tidak memerlukan kornbinas, doa-doa lain. Pesakit tenat yang tidak mengalami perubahan setelah rawatan melalui kaedah di atas digunakan, memerlukan bacaan Yasin sebagai ikhtiar terakhir.
 
®  v  ®
 
SOALAN:
 
Anak says selalu menangis tanpa sebab yang jelas. Apakah sakit yang dihidapi dan bagaimana cara merawat­nya? - Zaharah Ahmad, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 
JAWAPAN:
Kanak-kanak kecil acapkali menangis dalam keadaan luar biasa pada waktu petang, tengah malam dan bila-bila masa, tanpa sebab yang jelas. Apabila tangisan itu melampaui batas, sehingga menimbulkan masalah besar kepada ibu bapa, ia dikenali dengan nama sawan tangis. Untuk merawatnya bacakan pada air:
 
1. Al-Fatihah.
2. Doa menghindar syaitan tiga kali. Air itu dimandikan pada waktu petang dan disembur pada waktu ia menangis.
 
Kalau masih menangis, cari tujuh jenis daun kayu yang kering dan gugur tetapi tergantung-gantung seperti di sarang labah-labah dan sebagainya. Mamah daun-daun itu, masukkan air yang telah didoakan dan sembur kuat. kuat pada budak itu di hadapan pintu pada waktu petang. Buat demikian sehingga ia berhenti menangis.
 
Mingguan Malaysia  13 Ogos 1995
Perhatian:
Semakin tinggi keyakinan dan amalan seseorang  dengan bacaan tersebut (al-Quran) maka semakin berkesan rawatannya.
 
* kesemua image adalah atas usaha pemilik blog ini sendiri
 
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:
  Dr Haron Din 
Terbitan asal:  Mingguan Malaysia  13 Ogos  1995

url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/

2009  ® HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see