Powered by Bravenet Bravenet Blog

30-9-2009

5:03 PM (1856 days, 21h, 44min ago)

Perbezaan takbir raya puasa dan raya haji

UMUM
Perbezaan takbir aidilfitri dan aidiladha
Oleh
Muhammad Asri Azmi
Bahagian Agama & Kaunseling,
Maktab PDRM Kuala Lumpur
           
 
Jika ditanya kepada seluruh umat Islam diMalaysia, hampir keseluruhan tahu apa itu takbir raya dan lafaz takbir tersebut.  Ini kerana lafaz takbir raya mungkin telah bersemadi di dalam jiwa umat Islam di Malaysia.
 
Ramai di antara kita yang memahami  bahawa takbir raya iatu mempunyai dua jenis iaitu takbir raya puasa dan takbir raya haji.  Takbir hari raya bermula maghrib malam raya  dan boleh bertakbir bila bila masa didalam  tempoh  yang ditetapkan.  Begitulah pemahaman masyarakat Islam kita pada hari ini.  Bahkan ada yang akan menentang jika kita mengatakan, ada perbezaan di antara takbir raya puasa dan takbir raya haji.  Ini kerana, sesuatu yang kita amalkan semata mata tanpa dipelajari.
 
Cuba kita fikirkan secara rasional, mengapa takbir raya puasa boleh dilakukan pada bila bila masa dan tempat sedangkan hari raya haji (selepas solat hari raya) hanya boleh bertakbir setiap kali selepas solat sahaja.  Mengapa? Kita akan bincangkannya satu persatu.
 
BERTAKBIR PADA HARI RAYA
 
Secara umumnya, disunatkan bertakbir bermula dari tenggelam matahari pada malam hari raya di masjid, surau, rumah, jalan raya, pasar dan selainnya dengan suara yang tinggi atau nyaring sehinggalah Imam bertakbiratul Ihram untuk solat sunat hari raya.
 
Dalilnya didalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:-
 
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya
yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”
 
Ulama berkata, ayat ini berkenaan dengan takbir raya fitrah (puasa) manakala takbir raya korban diqiaskan hukumnya dengan takbir raya fitrah.
 
Dalil yang kedua pula ialah di dalam surah Al-Baqarah ayat 203 yang bermaksud:
 
“Dan ingatlah (sebutlah) akan Allah pada hari hari tertentu ….”
 
Ibn Abbas r.a berkata: yang dimaksudkan dengan hari hari yang  tertentu adalah hari hari tasyrik.
 
TAKBIR MURSAL DAN TAKBIR  MUQAIYAD
 
Takbir Muqaiyad
 
Dilakukan pada hari raya fitrah (puasa). Takbir  mursal ialah takbir yang tiada mengiringi solat.  Maksudnya takbir yang boleh dilakukan pada bila bila masa dan mana mana tempat seperti yang disebutkan diatas,  sama ada sesudah solat atau diluar solat.  Takbir mursal ini bermula setelah tengelamnya matahri pada ,malam hati raya fitrah dan berakhir apabila imam bertakbiratul Ikhram ketika solat sunat Aidilfitri (raya fitrah)

Takbir Muqaiyad
 
Maksud muqaiyad ialah mengiringi atau mengikat.  Dinamakan demikian kerana ia mengiringi atau mengikat dengan solat.  Oleh yang demikian, takbir muqaiyad ini hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja sama ada solat fardu ataupun sunat.
 
Ia bermula pada  Subuh hari Arafah (10 Zulhijjah) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah.  Apabila masuknya waktu hari Arafah maka disunatkan bertakbir sesudah solat subuh.  Setelah masuknya waktu Maghrib, takbir muqaiyad tadi telah berubah sifat kepada takbir mursal.  Sifat mursal ini akan kekal sehinggalah imam bertakbiratul ihram di dalam solat sunat Aidiladha.  Ini bermakna, apabila masuknya waktu Maghrib, maka dibolehkan bertakbir pada bila bila masa dan mana mana tempat.
 
Akan tetapi, sesudah solat sunat Aidiladha, ia berubah semula sifatnya kepada takbir muqaiyad sehinggalah waktu asar 13 Zulhijjah.
 
Bagaimanapun, apa yang dibuat oleh  umat Islam di Malaysia seperti  mula bertakbir Aidiladha pada waktu maghrib tidaklah menjadi suatu kesalahan.  Cuma yang sebetulnya, ia bermula pada waktu subuh lagi. Mungkin kita tidak tahu tapi janganlah menentang kepada orang yang hendak melakukan perubahan atau perkara yang lebih betul disebabkan kita tidak pernah melihat orang lain buat.  Rujuklah kitab kitab fikah andai kita tidak tahu.
 
Para pembaca bolehlah merujuk kitab:
 
1. Al-Fiqul Manhajji jilid 1 karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji.
 2. Atau terjemananya Kitab Fikah Mazhab Syafie penulis yang sama.
 3. Al-Mu’in Al-Mubin jilid 1 karangan Ustaz ‘Abdul Hamid bin Hakim.
 4. Mana mana kitab fiqh yang masyhur
 
 Al-Islam Oktober 2009
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   Muhammad Asri Azmi 
Terbitan asal:   Al-Islam Oktober 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ®© HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

3 komen.

Posted by mohd ramly abd rahman K/p 580112115069 lama 5244965:

hari arafah 9 zulhijjah bukan 10 zulhijjah bukan begitu ke Tuan
30-11-2009 @ 9:43 AM (1796 days, 4h, 4min ago)

Posted by detectiveconan1992:

salam...hr arafah 9 zulhijjah n bukan 10 zulhijjah kn?
16-11-2010 @ 10:07 PM (1444 days, 15h, 40min ago)

Posted by bella:

t.kasih atas perkongsian ilmu

This comment has been moderated by the blog owner

07-11-2011 @ 2:41 PM (1088 days, 23h, 6min ago)

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see