Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

wagiman: MAAF - Tak dapat update kerana sebab yg tak dpt di elakkan.
Wan: kes Cerai ibu saya masih tak selesai (1997- Sekarang). Minta sesungguh-sesungguhnya bantuan
wagiman: Mahasiswa jordan... silakan. Sesiapa saja dibenarkan utk copy dan paste mana2 artikel dlm blog ini bagi tujuan pembelajaran, pengetahuan atau apajua ruang yg menjurus arah kebaikan. Tetapi jika utk tujuan komersil, adalah disyaratkan utk mendapat kebenaran penerbit/penulis asal artikel. Baca kredit line di setiap artikel.
mahasiswa jordan: salam..boleh x sy ambil gmbr ust farid ravi utk dimuatkan dlm iklan pngenalan ust farid di jordan krn ust akn mengadakan prjumpaan mahasiswa2 di sini..sekadar pngenalan..iAllah..syukran ats sgl prtlongan..
astaga.com lifestyle on the net: astaga.com lifestyle on the net was here to say hello
wagiman: W'Salam, Nana, sy xpasti kebenaran maklumat yg anda ada ini. Jika dah disahihkan atau ada rujukan testimoni bolehlah dianggap bukti. Kalu nak suba pun bukan senang nak cari apa yg disuruh. Cuba link untuk bacaan dan pengetanhuan mengenai penyakit yg anda hidapi: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1942048-sopak-atau-vitiligo/
nana: askum. Saya ada menghidap penyakit sopak. Saya dah mencuba pelbagai rawatan tetapi tetap tidak sembuh. Baru baru ini sy ada pergi berjumpa dgn pengamal perubatan islam dan dia kata penyakit sopak ini boleh disembuhkan dgn menyapukan air liur kerbau balau di tempat yang ada sopak. apa mungkin ada cara lain untuk menyembuhkan penyakit saya ini?
fajista@324yahoo.com: assalamu,alaikum cerita ini ada terusannya apa tida.
astaga.com lifestyle on the net: assalamualaikum wrwbr. Kunjungan pagi
hanafi: salam..berjalan kemari pg ini
rr: ;
Astaga.com lifestyle on the net: assalaamu'alaykum wrWah tulisannya bagus-bagus
hamba ALLAH: asalmualaikum hamba ALLAH semua....
wagiman: Abdullah, saya sarankan sdr hubungi pihak Darul Fitrah dan MACMA untuk proses pengislaman sdr. Teruskan. Alhamdulillah semuga perjalanan sdr dipermudahkan olehNYA
wagiman: PERSATUAN DARUL FITRAH MALAYSIALot 2868-26-M,Jalan DamansaraKg. Sg. Pencala60000 Kuala LumpurTel/Fax: 03-79846388
wagiman: PERSATUAN CINA MUSLIM (MACMA)Tingkat 4, Bangunan Balai Islam No. 250-D, Jalan Ipoh,51200 Kuala LumpurTel: +603 4044 2207
wagiman: PERKIM W.PERSEKUTUANTingkat 'M' Balai IslamNo 250-D Jalan Ipoh 51200 Kuala LumpurTel / Fax: +603 4043 4801
wagiman: Abdullah, sila hubungi pejabat agama Islam berhampiran tempat. Atau mana2 pejabat PERKIM. Jangan berlengah
Abdullah: Asm wbt. Maaf sy nak bertanya ttg bagaimana caranya utk sy memeluk islam
Tarmizy-rwgCH: Anda takmau letih dan mengantuk masa kerja? nak berjaga malam? atau juga nak awet muda? klik pada http://kedaimuslimsyifa.blogspot.com
U Hayat: Apa maksud mimpi2 saya ye???? http://kamustafsirmimpi.com/
Wagiman: H.SAADIAH BINTI SAID: sila ke laman Darul Shifa di http://www.darussyifa.org/untuk keterangan lanjut. Alamat klinik 1. Alamat Darul Shifa’Lorong 1/BB, Fasa 1,Bangi, Selangor DETel: 0389250443 . No.phon ni saya tak pasti masih boleh guna atau tidak.
H.SAADIAH BINTI SAID: A'kum.Sy nak cuba perubatan dgn Dr Haron Din mencari emak sy yang hilang.Ayah tiri sy melarikan emak sy.Dan ayah tiri sy juga ada mengamalkan ilmu hitam.Hampir 4 tahun emak sy hilang.Tlonglah sy nak sgt jmpa dgn emak sy.Bagaimana kah caranya?Ni no phne sy 0179726465.
LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya

Please type in the four characters shown in the black box.

15-10-2009

11:05 AM (117 days, 21h, 13min ago)

Islam dan Sains: Nikmat berjalan betul

Islam & Sains
Nikmat boleh berjalan yang betul
Oleh
ZULKIFLI KHAIR
Qian Hongyan of Kunming, China, also known as “Basketball Girl” lost both legs in a traffic accident in China when she was three years old (2000). Her parents were unable to afford therapy or prosthetic legs, so they used a partially-deflated basketball to cushion her pelvis as she maneuvered around using her arms. Quian’s plight made international news. The attention brought the interest of a group of doctors, who fitted her with artificial legs when she was eight years old.
 
Boleh berjalan dengan be­tul itu adalah suatu nikmat. Pernahkah ada ucapkan 'al­hamdulillah' untuknya? Ke­nikmatan tersebut bukan sekadar dibandingkan dengan pesakit yang hanya terlantar di atas katil atau te­man-teman dalam kalangan OKU, bah­kan lebih daripada itu. Nikmat ini turut disokong oleh pelbagai nikmat yang lain; tarikan graviti, tekanan atmosfera, dan geseran.
 
Ilmu sains ternyata dapat menyer­lahkan nikmat Allah yang kita kecapi se­jak berada dalam kandungan rahim lagi. Malangnya sains yang dipelajari di seko­lah atau menerusi pembacaan dan ton­tonan filem begitu sukar untuk dijadikan sebagai katalis dalam merasakan kehe­batan dan kebesaran Allah, bagaikan ada dikotomi. Artikel ini cuba melontar­kan idea bagaimana penjelasan saintifik dapat meningkatkan rasa syukur hamba kepada Tuhannya - fokus kepada nikmat berjalan.
 
Nikmat sokongan pertama yang membolehkan manusia berjalan den­gan betul ialah daya tarikan graviti. Ang­kasawan negara pertama, Dr. Syed Mu­zaffar dapat disaksikan sukar berjalan dengan betul sewaktu berada di angkasa oleh jutaan rakyat Malaysia dan di serata dunia. Di bulan, daya tarikan graviti jauh lebih rendah, sekitar seperenam daripa­da daya tarikan graviti di bumi.
 
Sesuatu objek yang dilepaskan di bumi akan jatuh memecut ke lantai atau ke tanah. Pecutannya sebagaimana di­tentukan oleh para saintis fizik adalah sekitar 9.8 ms-2, enam kali lebih besar berbanding pecutan graviti di bulan. Bayangkan kalau manusia hidup tanpa graviti; selain sukar berjalan, baju-baju di ampaian juga mahu ikut sama 'berja­Ian', begitu juga dengan stoking yang dil­etakkan di kasut!
 
Bagaimana kalau Tuhan keluarkan bil untuk daya tarikan gravid ini? Bu­kankah ini suatu perkhidmatan, dan se­tiap perkhidmatan dalam konteks zaman sekarang perlu dibayar? Katalah anda berusia 20 tahun. Ini bermakna setem­poh 20 tahun hidup di planet bumi ini, anda telah mendapatkan perkhidmatan daya tarikan gravid selama 20 X 365 X 24 183,960 jam.
 
Katakan kadar yang dikenakan adalah cukup minimum iaitu RM 1.00 se-jam. Ini bermakna, jumlah bil yang per­lu dibayar ialah RM 183,960.00 (Pastinya nilai sebenar adalah tidak ternilai). Nilai tunggakan sebesar ini boleh menyebab­ kan perkhidmatan tarikan graviti dipo­tong (ditarik balik) dan anda layak untuk dihadapkan ke mahkamah!
 
Perhatikan ciptaan Allah (perhati­kan nikmat Allah). Demikian perminta­an-Nya berkali-kali dalam al-Quran.
 
Tarikan Graffiti
Fenomena jatuh ke bawah (mana ada jatuh ke atas) atau kewujudan daya tarikan gravid sudah pun menjadi minat kajian saintis Islam zaman silam. Umat Islam lebih kenal dengan Isaac Newton atau Galileo Galilie sebelumnya bi­la disebut kajian saintifik terawal men­genai graviti, sedangkan Ibn Bajah dari Kerajaan Islam Andalusia jauh lebih awal mengkaji fenomena ini secara. saintifik.
 
Ruh dan semangat saintis Islam kla­sik wajar dihidupkan semula - ruh dan semangat untuk memahami fenome­na alam menerusi kajian dan pemaha­man saintifik yang didorong oleh aspek kerohanian dalam diri sebagai mukmin dan hamba kepada Allah Tuhan semes­ta alam. Lalu hanya dengan kaca mata iman dan Islam, graviti tidak sekadar dil­ihat sebagai graviti sahaja bahkan dilihat sebagai tanda keagungan Allah.
Nikmat sokongan kedua yang mem­bolehkan manusia berjalan dengan betul adalah tekanan atmosfera. Tekanan at mosfera adalah tekanan akibat atmos­fera yang terkandung udara dan pelbagai jenis oksigen ke atas permukaan bumi. Suatu hakikat yang perlu diterima adalah bahawa udara sebenarnya mempunyai jisim, sekali gus mempunyai berat dan tekanan tertentu.
 
Oleh yang demikian, manusia keti­ka duduk, berdiri atau berjalan, terdapat daya tarikan graviti yang menariknya ke bawah dan ada pula daya atau lebih te­pat lagi tekanan atmosfrea yang bertin­dak ke atas diri manusia dari sebelah atas. Dua jenis tindakan yang tidak dapat dilihat ini amat penting bagi memboleh­kan manusia duduk, berdiri, dan berja­lan dengan stabil.
 
Tekanan atmosfera diberikan oleh nilai 1 bar atau sekitar 100,000 Nm-2. Ni­lai ini cukup besar. 100,000 N adalah le­bih kurang setara dengan 10,000 kg atau 10 tan. Oleh itu nilai kekuatan tekan­an atmosfera adalah ibarat lori 10 tan yang bertindak ke atas keluasan 1 me­ter persegi di tanah. Nilai ini terlalu be­sar. Bagaimanapun manusia tidak mera­sainya disebabkan alah bisa tegal biasa. Kalau ada orang yang dilahirkan di bulan atau di angkasa lalu berhijrah ke bumi, tentu dia berasa amat tidak selesa akibat tekanan atmosfera yang besar ini!
 
Nikmat seterusnya adalah nikmat geseran. Tanpa geseran, manusia mu­dah jatuh sebagaimana berjalan di atas lantai yang licin. Oleh sebab itu, kasut di­biarkan berbunga supaya mudah berja­Ian. Begitu juga dengan tayar. Tayar yang tidak berbunga mengundang bahaya malah menempah maut. Tanpa geseran yang hakikatnya dijadikan oleh Allah itu, manusia takkan dapat berjalan dengan stabil.
 
Barangkali ada yang bertanya, ge­seran adalah suatu yang semula jadi. Setiap objek ada geseran. Namun bu­kankah setiap objek itu terbina daripada unsur dan sebatian yang dijadikan Allah. Sepasang kasut yang dibuat daripada ge­tah hakikatnya takkan dapat dikeluar­kan oleh kilang melainkan dengan kewu­judan cumber asli getah yang dijadikan Allah. Begitu juga dengan kasut plastik. Plastik biarpun dicipta oleh manusia tetap menggunakan unsur-unsur yang dicipta oleh Allah, petroleum terutaman­ya. Siapa yang sediakan petroleum di pe­rut bumi?
 
Akhir sekali adalah nikmat anggota yang sempurna. Anggota di sini khusus­nya merujuk kepada anggota kaki yang amat penting untuk berjalan. Maha suci Allah yang telah menjadikan kedua belah kaki dan maha suci Allah juga yang tidak memberikan anugerah kaki secara sem­purna kepada sebilangan orang namun mereka masih bahagia dan ceria, mam­pu berjalan di atas muka bumi Allah den­gan cara tersendiri.
 
Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberi peringatan kepada Abu Zar agar memerhatikan orang lebih bawah agar mudah timbul rasa syukur, ber­banding daripada sibuk melihat atau membandingkan diri dengan orang yang lebih atas dari konteks keduniaan. Bagi yang berkaki, bukankah itu suatu nik­mat? Kaki tidak tumbesar dengan sendi­rinya melainkan dengan izin Allah SWT.
 
Nikmat Sokongan
 
Kesihatan juga bukanlah semata­mata disebabkan seseorang itu mempu­nyai rekod kesihatan yang baik. Lumpuh sehingga sukar berjalan langsung tidak boleh berjalan misalnya boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Biarpun dalam ka­langan yang aktif beriadah dan bersukan serta sering menjaga pemakanan yang berkhasiat dan berzat.
 
Benarlah kata pe­sakit: Nikmat berjalan sungguh terasa amat bernilai untuk dihargai dan disyukuri apabila nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah.
 
After watching a disabled sporting event in 2007, Qian was determined to become an athlete. She joined the South of the Clouds swim team and has her sights set on participating in the 2012 Paralympic Games in London. Qian will be 15 years old by then. Her coach says she is a promising swimmer, but his goals for her are more conservative. Qian swims about 2000 meters a day in training. With no leg
 
Hakikatnya, ada banyak lagi nikmat sokongan lain yang membolehkan manu­sia berjalan dengan stabil dan betul sama ada secara'human walk' atau'cat walk'. Inn termasuklah tenaga yang memboleh­kan manusia menapak dan melangkah,jantung yang membolehkan darah sam­pai ke kaki, mata yang membolehkan seseorang berjalan dengan lebih yakin, koklea di dalam telinga yang mengawal keseimbangan badan dan banyak lagi.
 
Allah malah mencabar manusia un­tuk menghitung nikmat yang diberikan oleh-Nya, di samping menyuruh manu­sia agar memikirkannya. Ternyata semua nikmat Allah takkan terhitung biarpun dengan menggunakan komputer ter­canggih di dunia. Firman Allah yang ber­maksud:
 
"Dan sekiranya engkau meng­hitung
nikmat-nikmat Allah, (pasti) is takkan terhitung." (Ibrahim: 34)
 
Perhati­kan, siapakah yang mengizinkan manu­sia itu. berjalan?
Dalam ibadah haji, berjalan men­jadi suatu ibadah. Tawaf dan saei meng­hendaki manusia meletakkan dirinya se­bagai hamba yang miskin dan hina di hadapan Allah. Falsafahnya mudah, ka­lau anda kebolehan berjalan berjalanlah kerana hendak kerjakan ibadah dan ker­ana Allah.
 
Dalam al-Quran, Allah meng­hendaki manusia berjalan dan mengem­bara melihat kebesaran Allah menerusi ciptaan-Nya termasuk menziarahi kedua ibu bapa dan orang-orang saleh.
 
Biarpun Reader's Digest April 2008 memilih Lembah Hunza (Pakistan), Ta­sik Dal (Kashmir), Bukhara (Uzbeki­stan), Granada (Sepanyol), dan Menara Jam (Afghanistan) sebagai lima destinasi Islam teratas untuk dikunjungi, Mekah dan Madinah mesti diletakkan sebagai tempat paling atas, paling utama (wajib untuk dikunjungi jika berkemampuan).
 
Untuk itu Nabi s.a.w pernah bers­abda dengan maksud: "Sesiapa yang ada bekalan dan kenderaan yang boleh me­nyampaikannya ke Baitullah tetapi dia ti­dak menunikan haji (hingga mati tanpa sebarang keuzuran), maka tidak ada ha­langan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani." (HR at-Tirmizi dan al-Baihaqi)
 
Bersyukurlah terhadap nikmat yang nampak sedikit dan kecil kerana kalau sudah rasa liat untuk bersyukur terhadap yang sedikit apatah pula hendak bersyu­kur terhadap nikmat yang lebih banyak dan besar. Oleh kerana kebolehan un­tuk berjalan itu suatu nikmat, mengapa perlu berjalan ke tempat-tempat mak­siat atau berjalan dengan penuh som­bong dan bongkak? Tepuk dada, tanyalah iman. Pilihlah jalan kebenaran.
 
Januari 2OO9
<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   Zulkifli Khair 
Terbitan asal:   I Januari 2009
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ®© HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

1 komen.

Posted by zulkhair:

Terima kasih di atas usaha memanjangkan manfaat artikel yang disiarkan dalam Majalah i Januari 2009 ini. Jzkk.
16-10-2009 @ 10:37 PM (116 days, 9h, 41min ago)

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see