Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

wagiman: MAAF - Tak dapat update kerana sebab yg tak dpt di elakkan.
Wan: kes Cerai ibu saya masih tak selesai (1997- Sekarang). Minta sesungguh-sesungguhnya bantuan
wagiman: Mahasiswa jordan... silakan. Sesiapa saja dibenarkan utk copy dan paste mana2 artikel dlm blog ini bagi tujuan pembelajaran, pengetahuan atau apajua ruang yg menjurus arah kebaikan. Tetapi jika utk tujuan komersil, adalah disyaratkan utk mendapat kebenaran penerbit/penulis asal artikel. Baca kredit line di setiap artikel.
mahasiswa jordan: salam..boleh x sy ambil gmbr ust farid ravi utk dimuatkan dlm iklan pngenalan ust farid di jordan krn ust akn mengadakan prjumpaan mahasiswa2 di sini..sekadar pngenalan..iAllah..syukran ats sgl prtlongan..
astaga.com lifestyle on the net: astaga.com lifestyle on the net was here to say hello
wagiman: W'Salam, Nana, sy xpasti kebenaran maklumat yg anda ada ini. Jika dah disahihkan atau ada rujukan testimoni bolehlah dianggap bukti. Kalu nak suba pun bukan senang nak cari apa yg disuruh. Cuba link untuk bacaan dan pengetanhuan mengenai penyakit yg anda hidapi: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1942048-sopak-atau-vitiligo/
nana: askum. Saya ada menghidap penyakit sopak. Saya dah mencuba pelbagai rawatan tetapi tetap tidak sembuh. Baru baru ini sy ada pergi berjumpa dgn pengamal perubatan islam dan dia kata penyakit sopak ini boleh disembuhkan dgn menyapukan air liur kerbau balau di tempat yang ada sopak. apa mungkin ada cara lain untuk menyembuhkan penyakit saya ini?
fajista@324yahoo.com: assalamu,alaikum cerita ini ada terusannya apa tida.
astaga.com lifestyle on the net: assalamualaikum wrwbr. Kunjungan pagi
hanafi: salam..berjalan kemari pg ini
rr: ;
Astaga.com lifestyle on the net: assalaamu'alaykum wrWah tulisannya bagus-bagus
hamba ALLAH: asalmualaikum hamba ALLAH semua....
wagiman: Abdullah, saya sarankan sdr hubungi pihak Darul Fitrah dan MACMA untuk proses pengislaman sdr. Teruskan. Alhamdulillah semuga perjalanan sdr dipermudahkan olehNYA
wagiman: PERSATUAN DARUL FITRAH MALAYSIALot 2868-26-M,Jalan DamansaraKg. Sg. Pencala60000 Kuala LumpurTel/Fax: 03-79846388
wagiman: PERSATUAN CINA MUSLIM (MACMA)Tingkat 4, Bangunan Balai Islam No. 250-D, Jalan Ipoh,51200 Kuala LumpurTel: +603 4044 2207
wagiman: PERKIM W.PERSEKUTUANTingkat 'M' Balai IslamNo 250-D Jalan Ipoh 51200 Kuala LumpurTel / Fax: +603 4043 4801
wagiman: Abdullah, sila hubungi pejabat agama Islam berhampiran tempat. Atau mana2 pejabat PERKIM. Jangan berlengah
Abdullah: Asm wbt. Maaf sy nak bertanya ttg bagaimana caranya utk sy memeluk islam
Tarmizy-rwgCH: Anda takmau letih dan mengantuk masa kerja? nak berjaga malam? atau juga nak awet muda? klik pada http://kedaimuslimsyifa.blogspot.com
U Hayat: Apa maksud mimpi2 saya ye???? http://kamustafsirmimpi.com/
Wagiman: H.SAADIAH BINTI SAID: sila ke laman Darul Shifa di http://www.darussyifa.org/untuk keterangan lanjut. Alamat klinik 1. Alamat Darul Shifa’Lorong 1/BB, Fasa 1,Bangi, Selangor DETel: 0389250443 . No.phon ni saya tak pasti masih boleh guna atau tidak.
H.SAADIAH BINTI SAID: A'kum.Sy nak cuba perubatan dgn Dr Haron Din mencari emak sy yang hilang.Ayah tiri sy melarikan emak sy.Dan ayah tiri sy juga ada mengamalkan ilmu hitam.Hampir 4 tahun emak sy hilang.Tlonglah sy nak sgt jmpa dgn emak sy.Bagaimana kah caranya?Ni no phne sy 0179726465.
LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya

Please type in the four characters shown in the black box.

26-11-2009

11:07 AM (75 days, 20h, 11min ago)

Soal Jawab Agama: Perkara yang boleh menjejaskan ibadah haji

Persoalan Agama:
Rafath, fasik, jidal boleh jejas kesempurnaan ibadah haji
 
Soalan:
APAKAH yang dimaksudkan rafath, fasik dan jidal dalam ayat 197 surah al-Baqarah.
 
Sesetengah golongan pula menjelaskan berdebat secara berlebih-lebihan ketika menunaikan ibadah manasik boleh menyebabkan haji seseorang terbatal. - Bakal tetamu Allah, Melaka.
 
Jawapan:
Soalan anda sebenarnya merujuk firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197, maksudnya: "(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang sudah mewajibkan dirinya (dengan niat untuk mengerjakan) ibadat haji, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji.
 
"Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui Allah SWT; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)."
 
Ulama tafsir seperti Ibn Kathir dalam kitabnya sudah mentafsirkan rafath sebagai melakukan jimak dan perbuatan yang menuju kepadanya.
 
Dalam pandangan Ibn Abbas al-Rafath, merujuknya sebagai sebarang kelakuan yang membawa kepada jimak yang membabitkan kata-kata, tingkah laku sehinggakan kerlingan juga termasuk dalam kategori ini.
 
Fasiq merujuk kepada semua jenis perbuatan maksiat. Jidal pula ditafsirkan sebagai perselisihan pendapat dalam hal yang tidak berguna dan sia-sia, yang ditentukan Allah SWT kepada hamba-Nya.
 
Perdebatan yang dilarang bermaksud perselisihan yang akan menyebabkan pergaduhan, membawa mudarat atau menyebabkan ketenteraman terancam.
 
Bagaimanapun, perdebatan dengan cara yang baik untuk menjelaskan kebenaran agar diterima sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan adalah perdebatan yang dibenarkan dalam syariat Islam. Inilah perdebatan yang tidak dilarang ketika menunaikan haji.
 
Ketiga-tiga perkara berkenaan tidak membatalkan haji kecuali jimak yang dilakukan sebelum tahallul awal.
 
Namun, ketiga-tiganya iaitu al-rafath, fasik dan al-jidal akan mengurangkan pahala haji, mengurangkan iman dan melemahkannya.
 
Oleh itu, setiap orang yang sedang melakukan ibadah haji wajib menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut jika ingin mendapat kesempurnaan haji dan umrahnya.
 
Berita Minggu online  15 November 2009
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   Berita Minggu Online 15 November 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see