Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Tarmizy-rwgCH: Anda takmau letih dan mengantuk masa kerja? nak berjaga malam? atau juga nak awet muda? klik pada http://kedaimuslimsyifa.blogspot.com
U Hayat: Apa maksud mimpi2 saya ye???? http://kamustafsirmimpi.com/
Wagiman: H.SAADIAH BINTI SAID: sila ke laman Darul Shifa di http://www.darussyifa.org/untuk keterangan lanjut. Alamat klinik 1. Alamat Darul Shifa’Lorong 1/BB, Fasa 1,Bangi, Selangor DETel: 0389250443 . No.phon ni saya tak pasti masih boleh guna atau tidak.
H.SAADIAH BINTI SAID: A'kum.Sy nak cuba perubatan dgn Dr Haron Din mencari emak sy yang hilang.Ayah tiri sy melarikan emak sy.Dan ayah tiri sy juga ada mengamalkan ilmu hitam.Hampir 4 tahun emak sy hilang.Tlonglah sy nak sgt jmpa dgn emak sy.Bagaimana kah caranya?Ni no phne sy 0179726465.
LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya
ustazah: minta izin, saya copy n pastehttp://ctrohanisulaiman.blogspot.com
ustazah: best blog ni.. boleh berkongsi ilmu
Zae: Boleh tak pihak tuan emailkan no tel Datuk Dr Amran Kasimin kerana saya berniat untuk berjumpa dan mendapat nasihat dalam saya menangani masaalah yang dialami oleh bonda saya, TQ
Fir7: http://pusatrawatanimantherapy.blogspot.com/2009/03/rawatan-sessi-10-20-april-2009.html
Fir7: Aslm'kum... Salam perkenalan.
hisham: Uztaz saya ada masalah anak sulong saya sgt malas untuk belajar, anak kedua pula ada penyakit austism dan yang ketiga pula ada masalam lembam. Boleh saya dapatkan pandangan uztaz dari pengubatan islam behubung masalah ini.
wagiman: Sdr. OZD, pengalaman anda di Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis tergantung. Harap dpt sambung semula.
wagiman: mungkin juga anda amat menyayangi rakan anda itu dan simbolik mimpi itu menyampaikan supaya rakan anda itu tahu bahawa anda amat menyayangi beliau sebagai kawan dan sahabat. Insya Allah.
wagiman: Bkn sumer bleh menafsir mimpi & berhati hati bila mimta pendapat tentang mimpi kerana ditakuti tafsiran org itu akan menggangu kehidupan pemimpi. Memberi sesuatu berwarna putih tidak bererti kematian kerana ketulusan hati, baik budi, beriman & apa jua yg menjurus kebaikan diwakili oleh warna putih
nonie: aslkm..saya cume nk bertnya..kawan saya ada menyatakan dia bermimpi ttg dr saya.dlm mimpi tu dia kata sy bg dia kain putih.blh tlg bg maknanyer..adakah itu hnya mainan tdor...
jue: assalamualaikum
canícula: la canícula pele horror drug addict old green man pelele greenpeace.org
joe: assalamualaikum
inal cute: aku takut gila ngan mati
wagiman: ya waras loo
mykrk: Salam ziarah. Kabare?
lebai: salam ziarah buat pertama kalinya...
matjenun: assalamualaikum...
ali mohd: Oooha .. selamat pagi
alina: assalamualaikum
wagiman: ummuharith, apa khabar agaknya ngan perawat di sana? Sampaikan salam pd ustz. Suhaimi, Ustz. Rozali, Ustz.Shukri, Ustz. Sazali dan yg lain (xingat nama)
ummuharith: Ha'ah kan? Anyway, Darul Ruqiyyah akan mula beroperasi di primis baru jumaat ini (1 ogos)
wagiman: ummuharith, sy dah lama xgi darul Ruqiyyah. Kalau ada pun tentunya kita saling xmengenali antara satu sama lain.
ummuharith: Salaamsaudara wagiman, pernah tak kita berjumpa/terjumpa di klinik Darul Ruqiyyah? :-) Malam ni...saya balik dari Darul Ruqiyyah pukul 3pagi.

Please type in the four characters shown in the black box.

30-6-2006

3:31 PM (1246 days, 2h, 29min ago)

Zaiton Sameon lihat dirinya disula

 Penyanyi yg cukup popular suatu ketika dahulu, Zaiton Samion, pernah dibawa ke alam barzakh ketika dia mengalami koma selama lebih sebulan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1990 lalu.

Walaupun pengalaman itu sudah lebih sepuluh tahun berlaku, namun Zaiton masih dapat mengingatinua dengan jelas setiap detik yg dilalui semasa menziarahi alam  kubur, khususnya mengalami seksaan neraka.

“Bila mengenangkan pengalaman itu, saya berasa cukup ngeri. Ia benar benar membuatkan saya insaf,” kata Zaiton kepada editor VARIASI, Rodly Fadly.

 Ikuti pengalaman Zaiton itu.

Zaiton membuka matanya. Dilihatnya disekeliling. Dimana aku? Bisik hati kecilnya. Bilik itu terlalu saing bagi Zaiton. Tidak pernah dia sampai kesitu. Nak kata bumi, dia seolah olah berada diawang awangan. Tubuhnya terasa terlayang layang. Tiada siapa disitu. Sunyi dan bungkam. Dimana semua orang pergi? Dimana ayahnya, emaknya, adik adiknya dan kawan kawannya? Dan dimana anak tunggalnya, Irwan? Pertanyaan itu berasak asak menerjah di dlm fikiran Zaiton.

Di pandangnya sekeliling. Dia cuba mencari cari arah. Di depanya seoalah olah ada jalan tapi tiada berpenghujung. Di kiri kanan jalan itu tiada apa apa. Tiada pokok, tiada rumah dan tiada bangunan. Lapang selapang  lapangnya bagai padang jarang padang terkukur.

Ah! Dimana aku ini? Tempat apa ini? Zaiton masih kebingungan. Dia cuba mengingati bagaimana dia sampai ke situ. Seingatnya sebelum itu, dia mengadakan pertunjukan pentas di sebelah utara tanah air. Sambutan cukup hebat. Penonton berasak asak memenuhi ruang pertunjukan utk melihat dia menyanyi.

Ketika dia menyanyikan lagu top hitnya, ‘Menaruh Harapan’, penonton ghairah bersorak sorak. Melihat itu Zaiton cukup bersemangat. Tubuhnya yg seksi dilenggang lenggokkan mengikut alunan lagunya.

Kemudian?

Zaiton cuba menginggatinya betul betul. Selepas persembahan itu, dia dan budak budak band pergi makan dan seterusnya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki van. Di dalam van itu, Zaiton meriba anaknya, Irwan yg turut sama menemaninya ke pertunjukan tersebut. Lenguh ia meriba, dia menyuruh Irwan duduk di sebelahnya. Dan akhirnya Zaiton tertidur…

Hah?!

Zaiton terperanjat. Dimana Irwan? Di mana aku ini?

Mati?!

Apaha aku sudah mati? Dalam kuburkah aku?

Zaiton menjadi cemas. Dia berlari lari anak, tidak tentu arah tujuannya. Didepan dan kemudia berpatah balik ke belakang. Dia  tidak tahu arah tujuannya. Didepan dan kemudian berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu kemana harus dituju.Tiba tiba Zaiton terhenti. Didepannya, dia melihat ramai orang. Bukan seoarang dua, tetapi berpuluh bukan, beratus ratus, tidak juga beribu ribu. Rasanya berjuta juta orang. Suara orang mengerang kesakitan dan bersahut sahutan. Ada yg terpekik terlolong meminta tolong. Yg menangis juga meratap bukan sedikit.Bila Zaiton menghampiri orang orang itu, dia dapt melihat mereka dengan jelas, mereka semua seolah olah berada dalam kawah yg besar, direbus dengan air yg sedang menggelegak. Badan mereka melecur, menampakkan isi mereka yg merah. Eeiii …. Ngeri Zaiton melihatnya.

Zaiton terpaku melihat suasana itu. Dia cuba menghulurkan tangan menarik narik mereka drpd kawah kawah itu tetapi walaupun nampak dekat tapi tangannya tidak sampai ke arah mereka.Tiba tiba Zaiton merasa bahang yg amat panas di sekelilingnya. Dia mendonggak keatas. Api yg menjulang dengan maraknya disekeliling dirinya. Sekelip mata  api itu membaham tubuhnya.

‘Tolong! Tolong! Aduh! Sakitnya ..,’ Zaiton menjerit sekuat kuat hati sebaik sahaja api itu menjamah tubuhnya. Api itu berwarna kemerah merahan, membakar seluruh tubuh Zaiton dr hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Mak, ayah tolong Eton!” jarit Zaiton

Dia merasakan kesakitan yg amat sangat. Perit dan pedih. Sambil meronta ronta kesakitan, Zaiton menjerit jerit meminta pertolongan namun tiada seseorang pun yg datang membantunya.  Api itu terus membakar tubuhnya sehingga menjadi rentung seperti kayu api. Ketika merintih kepedihan dek dibakar api itu Zaiton terdengar satu suara berkata:

 “Itulah balasan kepada engkau yg tidak pernah bersembahyang, derhaka kepada ibu bapa, dedah aurat dan melanggar perintah agama.”

 Zaiton mencari cari siapakan yang berkata kata itu tapi tidak kelihatan. Hanya suaranya yg kedengaran. Dia berasa lega kerana baru terlepas melalui pengalaman yg menyakitkan itu.

Namun sebelum habis keperitan yg dialami akibat dibakar, Zaiton terasa punggungnya ditusuk suatu benda tajam. Walaupun tidak kelihatan apakah bendanya namun Zaiton dapat merasai kepedihan yg amat sangat.

Tusukan diduburnya itu terasa masuk hingga ke dadanya. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata kata. bisa dan ngilu. Sekali lagi Zaiton menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Nama emak dan ayahnya dipanggil berulang ulang kali namun tiada siapa yg muncul.

 “Inilah balasan orang berzina!” Sekali lagi Zaiton mendengar suara berkata kata. Zaiton hanya mampu menanggis mendengar kata kata itu.

 “:Tolonglah jangan seksa saya lagi,” rayu Zaiton kemudiannya.Namun rayuan Zaiton itu tidak dipedulikan. Punggungnya terasa disula berulang ulang kali. Setiap kali disula Zaiton meraung menahan kesakitan. Selepa disula, Zaiton menerima azab ketiga. Kali ini tubuhnya dipalu bertalu talu dengan benda kerasa seperti rotan. Hancur lumat tubuhnya dipukul namun rayuan Zaiton agar dihentikan seksaan itu tidak diendahkan.

 “Ingat, inilah pembalasan ALLAH kepada mereka yg ingkar akan suruhanNYA dan berbuat dosa semasa didunia. Bertaubatlah dan sedarkan rakan rakan artis kau akan perbuatan mungkar mereka.”

 Kata kata itu mengakhiri seksaan ke atas Zaiton. Tidak lama selepas itu dia tersedar drpd koma dan mendapati kedua ibu bapanya berada disisi. Barulah dia tahu rupanya dia berada di hospital.

Pengalaman bertandang ke alam barzakh dan menyaksikan seksaan di neraka benar benar meninggalkan kesan mendalam kepada diri Zaiton.

“Saya mengakui banyak berbuat dosa sebelum kejadian itu. Saya melawan cakap emak dan ayah sendiri, mengabaikan sembahyang dan banyak lagi kemaksiatan yg saya lakukan. Mungkin itulah balasan yg saya terima.

“Begitupun saya bersyukur kerana ALLAH masih memberi kesempatan utk saya  bertaubat dan kembali ke pangklal jalan. Saya dah insaf dan taubat,” kata  Zaiton berulang kali. Zaiton berharap rakan rakan artisnya mengambil iktibar drpd pengalamannya ini.

“Menyanyi itu tak salah tapi janganlah membuat perkara perkara yg tak elok seperti  mendedahkan aurat dan sebagainya,:katanya.

Menurut Zaiton, sebagai melaksanakan tanggungjawabnya, dia bercadang merakamkan lagu lagu berunsur nasihat jika diberi kesempatan oleh syarikat rakaman.

“Saya tak mahu menyanyi lagu-lagu yg mengkhayalkan lagi. Kalau boleh, saya mahu berdakwah melalui lagu,” kata Zaiton

 

Penerbitan asal: VARIASI Februari 2003

 

**catatan  wagiman

Kisah yg dipaparkan tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.
Ianya hanyalah sebagai peringatan dan pedoman kepada pemilik blog
dan sesiapa jua yg merasakan dirinya masih beragama Islam
dan akan tetap menjadi Islam sampai bila bila. 
Menjadi Islam bukan sekadar pd  'my kad sahaja' atau berbaju melayu dan
baju kurung pada sambutan hari raya 
tetapi wajib disertakan
dengan niat dan perbuatan yg telah disyariatkan. 


Jika anda bercadang utk  menyebar atau meng’copy’ and ‘paste’  artikel ini pastikan anda meletakkan nama penerbit dan penulis asal artikel  berkenaan juga jgn lupa  url asal artikel ini.

Sebarang penerbitan bagi tujuan komersil
hendaklah mendapat kebenaran  bertulis drpd penerbit asal buku ini.
Sebarang saman menyaman drpd pihak  pertama, kedua dan pihak pihak lain
adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.

Contoh: 
Penerbitan asal: VARIASI Februari 2003  
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/18407
 
*jangan kata aku tak bagitau!!

 

4 komen.

Posted by jaja:

:-?
14-9-2006 @ 10:25 AM (1170 days, 7h, 34min ago)

Posted by Yazid:

Peluang menjana pendapatan hanya di rumah..
25-12-2006 @ 10:31 PM (1067 days, 18h, 28min ago)

Posted by NAZIM:

Saya ingin kepastian drp UST. saya ada pergi jumpa kawan yg menggunakan kaedah yg meragukan dalam perubatan.dimana beliau menggunakan kaedah berzikir Lailaaillah,membaca al quran dan lain-lain yg baik.Beliau dapat ilmu setelah menjalankan perkara-perkara tersebut.Beliau mengatakan dapat ilmu drp keturanannya yg alim telah meninggal dunia.Oleh itu ilmu atau azimat drp datuk yg meninggal itu akan berpindah padanya.dengan itu beliau hanya beri salam dan bersalawat nabi.dengan tiba-tiba satu kuasa kan datang dimana suara yg merupakan roh yg meninggal itu akan datang dan menyerap pada tubuhnya dan beliau boleh bercakap dan boleh beri bantuan pada cucunya.Adakah salah mengikut pandangan islam. :-?
06-1-2009 @ 2:50 PM (325 days, 2h, 9min ago)

Posted by wagiman:

Sdr. Nazim, saya akan jawab dlm posting sayang yang akan datang.
Terima kasih kerana singgah
07-1-2009 @ 8:56 AM (324 days, 8h, 3min ago)

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see