Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya
ustazah: minta izin, saya copy n pastehttp://ctrohanisulaiman.blogspot.com
ustazah: best blog ni.. boleh berkongsi ilmu
Zae: Boleh tak pihak tuan emailkan no tel Datuk Dr Amran Kasimin kerana saya berniat untuk berjumpa dan mendapat nasihat dalam saya menangani masaalah yang dialami oleh bonda saya, TQ
Fir7: http://pusatrawatanimantherapy.blogspot.com/2009/03/rawatan-sessi-10-20-april-2009.html
Fir7: Aslm'kum... Salam perkenalan.
hisham: Uztaz saya ada masalah anak sulong saya sgt malas untuk belajar, anak kedua pula ada penyakit austism dan yang ketiga pula ada masalam lembam. Boleh saya dapatkan pandangan uztaz dari pengubatan islam behubung masalah ini.
wagiman: Sdr. OZD, pengalaman anda di Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis tergantung. Harap dpt sambung semula.
wagiman: mungkin juga anda amat menyayangi rakan anda itu dan simbolik mimpi itu menyampaikan supaya rakan anda itu tahu bahawa anda amat menyayangi beliau sebagai kawan dan sahabat. Insya Allah.
wagiman: Bkn sumer bleh menafsir mimpi & berhati hati bila mimta pendapat tentang mimpi kerana ditakuti tafsiran org itu akan menggangu kehidupan pemimpi. Memberi sesuatu berwarna putih tidak bererti kematian kerana ketulusan hati, baik budi, beriman & apa jua yg menjurus kebaikan diwakili oleh warna putih
nonie: aslkm..saya cume nk bertnya..kawan saya ada menyatakan dia bermimpi ttg dr saya.dlm mimpi tu dia kata sy bg dia kain putih.blh tlg bg maknanyer..adakah itu hnya mainan tdor...
jue: assalamualaikum
canícula: la canícula pele horror drug addict old green man pelele greenpeace.org
joe: assalamualaikum
inal cute: aku takut gila ngan mati
wagiman: ya waras loo
mykrk: Salam ziarah. Kabare?
lebai: salam ziarah buat pertama kalinya...
matjenun: assalamualaikum...
ali mohd: Oooha .. selamat pagi
alina: assalamualaikum
wagiman: ummuharith, apa khabar agaknya ngan perawat di sana? Sampaikan salam pd ustz. Suhaimi, Ustz. Rozali, Ustz.Shukri, Ustz. Sazali dan yg lain (xingat nama)
ummuharith: Ha'ah kan? Anyway, Darul Ruqiyyah akan mula beroperasi di primis baru jumaat ini (1 ogos)
wagiman: ummuharith, sy dah lama xgi darul Ruqiyyah. Kalau ada pun tentunya kita saling xmengenali antara satu sama lain.
ummuharith: Salaamsaudara wagiman, pernah tak kita berjumpa/terjumpa di klinik Darul Ruqiyyah? :-) Malam ni...saya balik dari Darul Ruqiyyah pukul 3pagi.
Pok Jak: Korang hantar kat aku cerita pasal dajjal kat email akuizzat_ilham89@yahoo.com
wagiman: grenbara@yahoo.com
wagiman: mie, ada hal apa?jika perlu email saya spt diatas
mie: ada isu yg saya nk utarakan

Please type in the four characters shown in the black box.

04-11-2009

10:12 AM (3 days, 8h, 42min ago)

Menyahut cabaran rukun ke 5

BICARA AGAMA
Cabaran menyahut Rukun Islam Ke-5
Oleh
SITI AINIZA KAMSARI
 
Foto lama yang merakamkan gambar Makam Nabi Muhammad di Masjid Nabawi,
Madinah yang diambil pada awal abad ke 20.
CATATAN yang sangat indah lagi mengesankan jiwa itu merupakan nukilan Ibnu Jubayr atau nama sebenarnya Abu al Husayn Ibnu Jubair yang merupakan seorang tokoh ilmuwan dari Grenada, Sepanyol.
 
Disebutkan juga beliau merupakan seorang penyair dan sudah tentu tidak menghairankan jika beliau mempunyai catatan yang begitu mengasyikkan.
 
Catatan Ibnu Jubayr ini merupakan antara banyak lagi catatan di 'Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman' yang sedang berlangsung di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Jalan Perdana sehingga 22 Januari 2010.
 
Ia sebuah pameran yang kaya dengan pelbagai bahan istimewa, mengenai ibadat haji yang tidak harus dilepaskan oleh umat Islam menghayatinya.
 
Antara bahan menarik adalah pameran sehelai kain tirai yang digantung di bahagian dalam kaabah. Kain sutera jacquard itu mempunyai tulisan dua kalimah syahadah berwarna krim berlatarkan hijau.
 
 
Pameran ini pada keseluruhannya bukan sahaja memberi penerangan mengenai ibadat haji dan lokasinya di Mekah al Mukarramah, tetapi juga memaparkan luahan atau isi hati para jemaah haji bagi mencapai impian suci mereka itu.
 
Padang pasir dan unta adalah pemandangan biasa sewaktu menuju ke Mekah. Ada kalanya
Jemaah yang menaiki unta terpaksa mengharungi perjalanan berbulan bulan disamping 
meghadapi pelbagai pengalaman pahit manis untuk sampai Kedistinasi
dan ini secara langsung mendidik jemaah akan erti sebenar mengerjakan haji.
 
Lebih-lebih lagi melibatkan satu perjalanan yang cukup getir yang memakan makan masa berbulan dan tahun di waktu dahulu. Ia menguji kekuatan jiwa dan ketahanan fizikal, namun semua itu menjadi satu kembara kerohanian kepada para jemaah yang berhasrat menjadi tetamu Allah.
 
Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
 
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus (kerana lamanya perjalanan) yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (al-Hajj: 27)
 
Kisah catatan menarik Ibnu Jubayr dalam ketika mengembara ke Mekah pada tahun 1183M juga dapat diketahui jika mengunjungi pameran ini.
 
Didalam pengembaraan itu, beliau perlu berhadapan dengan barisan tentera Salib dan para perompak yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menganggu umat Islam setiap kali musim haji.
 
Dari Grenada, Ibnu Jubayr menyeberangi lautan Mediteranean menuju ke Bandar Ceuta di Afrika Utara dan kemudiannya dengan menaiki kapal dari Genoa, beliau belayar ke Kaherah, Mesir.
 
Dari situ Ibnu Jubayr terpaksa menyertai rombongan haji yang menaiki unta-unta menuju ke arah selatan, iaitu ke pelabuhan Asydhab di Laut Merah sebelum menuju ke Semenanjung Arab.
 
Ini disebabkan ancaman tentera-tentera Salib yang dihantar khusus mengganggu umat Islam yang hendak menggunakan Semenanjung Sinai untuk mengerjakan haji.
  
Berikut sebahagian daripada catatannya:
 
"Pada hari Sabtu ketika perayaan hari korban, kiswa atau kain penutup Kaabah dibawa menggunakan empat ekor unta ke Mekah dari khemah Amir Iraq. Apabila Kaabah telah dilitupi sepenuhnya, kelim atau bahagian hujung kiswa yang dijahit digulungkan ke atas bagi mengelakkannya daripada dicapai dan dipaut dengan kuat oleh jemaah yang tidak dapat mengawal perasaan mereka".
 
Bagaimana pula catatan perjalanan ibadat haji dari Khalifah Islam yang terkenal, Harun Aminurrashid dari Dinasti Abbassiah yang dikatakan telah mengerjakan ibadat itu sebanyak lapan kali sepanjang pemerintahan dan hidup baginda?
 
Antara catatan ditulis mengenai baginda sewaktu Khalifah Harun mengerjakan haji pada tahun 802H bersama-sama dengan ahli keluarga, iaitu dua putera Al Amin dan Al Ma'mun dan permaisuri baginda, Siti Zubaidah.
 
"Baginda telah membelanjakan sebahagian besar hartanya ke atas golongan fakir miskin di dua Kota Suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah seperti yang dilakukan oleh ayahandanya, Al Hadi.
 
"Baginda mengagihkan setengah juta dinar emas kepada umat Islam dan sebagaimana suaminya, Siti Zubaidah juga mempunyai sifat dermawan yang sangat tinggi.
 
"Ini termasuklah ketika berlaku kejadian banjir besar yang menenggelamkan kaabah, baginda terus menyumbang sejumlah wang yang besar dalam usaha memperbaiki Kaabah dan mendalamkan lagi telaga zamzam."
 
Buku Perjalanan Ibn Batutta
 
Pengembara Islam terkenal Ibnu Battutah atau nama sebenarnya Shams Al Din Abu Abdallah pastinya menjadikan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji itu sepenting catatan beliau yang menjelajah hampir ke seluruh dunia.
 
Di awal pengembaraannya ke Mekah, beliau menulis; "Aku meninggalkan kampung halamanku Tangier pada hari Khamis 2 Rejab 725H di mana ketika itu aku berusia 22 tahun dengan niat mahu menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad (di Madinah).
 
"Aku berangkat sendirian tiada teman untuk berkongsi suka duka sepanjang perjalanan juga tanpa kumpulan pengembara sebagai tempat bergantung.
 
"Aku kalah kepada desakan suara hati dan keinginan yang telah lama kupendamkan untuk menjejakkan kaki ke tempat suci itu dan aku bulatkan tekad untuk meninggalkan semua sahabat dan sendirian berjauhan dari kampung halamanku.
 
"Oleh kerana ibu bapaku masih hidup, terasa amat pedih untuk berjauhan dari mereka berdua dan ini menyebabkan jiwaku sarat menanggung kesedihan akibat dari perpisahan ini".
 
Begitulah suasananya jika di zaman dahulunya umat Islam yang hendak mengerjakan haji terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
 
Tanpa mengira apa juga laluannya sama ada lautan mahupun daratan, mereka semua terdedah kepada ancaman perompak, cuaca buruk, penyakit sehinggalah pergolakan politik.
 
Malah ramai juga yang terkorban sebelum sempat jejakkan kaki di Tanah Suci dan termasuk juga yang tersesat. Namun semua itu tidak menghalang jauh sekali mematahkan semangat umat Islam untuk menunaikan haji.
 
Sehingga ke abad ke 19, karavan unta adalah 'kenderaan' yang paling popular bagi umat Islam menuju ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji. Karavan tersebut lengkap dengan pelbagai bekalan untuk menampung keperluan sepanjang perjalanan.
 
Pemandangan Kaabah ketika musim haji disekitar tahun 50an
Mereka yang miskin akan mengembara sendirian dan kerap kali terpaksa berhenti seketika untuk mencari rezeki terlebih dahulu sekiranya kehabisan bekalan.
 
Pengalaman mengembara ke Mekah berubah sepenuhnya mengikut peredaran masa dengan risiko-risikonya semakin minimum.
 
Ini apabila para pemerintah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pembinaan perigi, jambatan sehinggalah berlakunya pembukaan Terusan Suez, perkhidmatan Keretapi Hijazz dan Lapangan Terbang Jeddah.
 
Sehinggakan ada yang mengatakan jemaah terdahulu lebih banyak dikurniakan pahala atas 1,001 kesusahan yang mereka terpaksa tempuh sepanjang perjalanan berbanding para jemaah hari ini.
 
Pameran tersebut mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap hati dan jiwa pengunjung apabila terdapat juga tayangan visual memperlihatkan pelbagai situasi perjalanan ke Mekah dengan diiringi laungan-laungan bacaan talbiah - memuji Allah, yang indah dan lunak berkumandang di setiap sudut ruang pameran itu.
 
(Bacaan atau lafaz talbiah: Labbaika Allaahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wan ni'mata laka wal mulka laa syariika lak. (Ditakhrij oleh al-Bukhari dalam kitab Al-Hajj, bab At-Talbiyah,[1549] dan Muslim dalam kitab Al-Hajj, bab At-Talbiyah wa Shifatuha, [1184])
 
Mengenai sejarah haji yang melibatkan para jemaah Tanah Melayu, mereka dikatakan mampu memulakan perjalanan ke Tanah Suci seawal abad ke 15. Mereka bukan sahaja ke sana untuk menunaikan haji tetapi pelbagai daya tarikan yang terdapat di Tanah Suci itu.
 
Ini terutamanya untuk menimba ilmu-ilmu agama daripada tokoh-tokoh dan alim ulama termasyhur di sana.
 
Ramai umat Islam dari Tanah Melayu yang ke sana mengabadikan pengalaman pengembaraan ke Tanah Suci dalam bentuk catatan. Beberapa manuskrip bertulisan Jawi di temui di kepulauan Tanah Melayu (termasuk Indonesia) menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji.
 
Kesemua catatan tersebut berbentuk keagamaan dan tidak kurang yang ditulis dalam bentuk syair dan nazam yang begitu menyerlahkan tingkat kesusasteraan Melayu yang cukup tinggi.
 
Zaman dahulu, selain unta,  kapal laut adalah kenderaan utama dan
popular   bagi   pengangkutan menuju ke Mekah
 
Antaranya, cendekiawan Melayu, Harun Aminurrashid yang menulis catatan pengembaraannya ke Mekah pada tahun 1960 dalam bukunya yang bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Pahit getir pengembaraan itu dirakam dengan baik dan antaranya seperti berikut:
 
"Susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal (laut). Orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar… di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik dari menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik".
 
Sebelum itu, ada catatan lebih awal oleh Harun apabila ditemui sebuah nazam atau syair menceritakan detik-detik perjalanan dalam laras kesusasteraan Melayu yang tinggi dan ditulis dengan penuh keinsafan, kesufian dan terkadang agak romantik.
 
"Dengarkan olehmu suatu cerita, fakir yang yatim empunya kata
Hatinya susah semata-mata, dakwat bercampur dengan air mata
Tatkala diturun hendak ke Makkah, hatinya pun berpanca balah
Hendak bertinggal ibu dan ayah, entahlan habis berpanca balah
Inilah nazam fakir yang gharib, lagi percintaan bawalah nasib…"
 
Menariknya mengenai sejarah nazam ini, sehingga kini tidak diketahui siapakah penulisnya.
 
Pengalaman Harun dan angkatan lama jemaah haji dari negara ini tentunya jauh berbeza daripada suasana hari ini. Tiada lagi kapal laut, jauh sekali pengembaraan berjalan kaki. Kini dengan menabung di Lembaga Tabung Haji (LTH), sampai giliran, menaiki pesawat, dalam tempoh lapan jam mereka selamat sampai ke Tanah Suci.
 
Bukan seperti sekarang, makanan telah disediakan mengikut pakej yang dilangani
tetapi dizaman serba kurang dahulu, makanan disediakan secara gotong royong
sesama jemaah  dan ikatan sebegini  menanam erti bekerjasama  yang  dijalin secara iklas.
Tanpa disedari  ikatan sebegini amat di tuntut  dalam mencari haji yang diterima ALLAH
 
Secara keseluruhannya terdapat 17 imej, 25 objek (artifak) dan pelbagai panel maklumat boleh 'dibaca' di pameran selama enam bulan bagi pihak MKIM menyediakannya.
 
Mungkin tiada kemampuannya lagi untuk kita ke Mekah, namun dengan mengunjungi pameran ini, pastinya akan menjadi satu desakan yang kuat untuk kita ke sana!
 
Utusan Malaysia 2 November 2009
 
* Sebahagian image adalah atas usaha pemilik blog
Link image
http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/search/label/Makkah
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   Siti Ainiza Kamsari 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia 2 November 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

02-11-2009

3:28 PM (5 days, 3h, 26min ago)

Kursus Haji: Mukadimmah

 

Kursus Haji 1428H
Bersama Ustaz Syed Nadzmi
dari
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa'
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   xxxxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   xxxxxxxxxxxxxxxxx
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

0 komen / Hantar Komen

02-11-2009

3:24 PM (5 days, 3h, 30min ago)

Dah mati pun boleh gi haji

Mati tidak gugur kewajipan tunaikan
ibadat haji
Oleh
Mohd Shukri Hanapi
 
 
IBADAH haji wajib ditunaikan umat Islam sekali seumur hidup terutama kepada umat Islam yang berkemampuan. Allah berfirman yang bermaksud,
 
"Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah (Kaabah)" ( Ali-Imran: 97). Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Al-Baqarah: 196).
 
Sekiranya seseorang Muslim itu memenuhi syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab tertentu, maka hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau dengan mengupah orang lain. Upah haji ini bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
 
Ada dua sebab utama yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain (upah) iaitu pertama, meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji dan kedua, tidak mempunyai keupayaan fizikal.
 
Seseorang yang memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi dia melewatkan pelaksanaannya tanpa sebarang halangan atau uzur syarie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur.
 
Dalam hal ini wajib diperintahkan orang menunaikan haji bagi pihaknya (upah). Perbelanjaannya pula hendaklah diambil daripada harta si mati. Ia dianggap sebagai hutang. Harta pusaka tidak boleh dibahagikan kecuali selepas segala hutang dilunaskan.
 
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa seseorang wanita daripada kabilah Juhainah datang menemui Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar hendak menunaikan haji kemudian meninggal dunia sebelum menunaikannya, adakah aku perlu perlu menunaikan haji bagi pihaknya?
 
Baginda menjawab: “Ya, tunaikanlah haji untuk ibumu. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, bukankah kamu yang membayarnya? Jawabnya: Ya. Sabda baginda: Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih utama ditunaikan. (Riwayat al-Bukhari).
 
Jelaslah bahawa hadis ini menganggap sama haji dengan hutang yang tidak akan gugur kerana kematian. Ia wajib ditunaikan atau dibayar oleh waris si mati.
 
Adapun bagi orang yang sakit dan tiada harapan sembuh, dia harus mengupah orang lain untuk menunaikan haji bagi pihaknya. Namun, orang yang diwakilkan itu pula disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dulu.
 
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa seorang wanita daripada kabilah Khasyam berkata, “Wahai Rasulullah. Bapaku wajib menunaikan haji. Namun dia seorang tua yang tidak berupaya duduk di atas kenderaan”. Rasulullah SAW bersabda, “Tunaikanlah haji untuknya”. (Riwayat al-Jama'ah).
 
Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa orang yang mengupah haji itu boleh terdiri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi meninggal dunia.
 
Islam mengharuskan upah haji ini bagi memberi peluang kepada orang sakit yang tiada harapan sembuh atau orang tua hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
 
Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada anak-anak atau ahli keluarga untuk berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang sudah meninggal dunia.
 
Oleh itu, kita hendaklah merancang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia muda dan sihat ini. Dengan itu, seseorang Muslim itu perlu bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan, berjimat cermat dan menyimpan wang untuk menunaikan fardu haji.
 
Berita Harian online 23 Oktober 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Mohd Shukri Hanafi 
Terbitan asal:   Berita Harian online 23 Oktober 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
0 komen / Hantar Komen

28-10-2009

10:33 AM (10 days, 9h, 21min ago)

Lambaian Kaabah: solat dalam pesawat

Lambaian Kaabah
Jemaah dalam penerbangan tak boleh tunda solat
Oleh
Dr Irfan Mohamad
 
Ibadat tiang agama boleh dilaksana dalam apa jua keadaan
ketika berada dalam pesawat
 
LABBAIKALLAHUMMA labbaik. Bermulalah musafir yang mulia bagi menyempurnakan rukun Islam kelima. Persiapan yang begitu rapi dibuat semestinya, termasuklah merapikan ilmu yang berkaitan agar tiada lagi timbul salah faham berhubung ibadat haji. Mereka memastikan keadaan kesihatan baik dari sudut kawalan penyakit kronik yang sedia ada seperti darah tinggi dan kencing manis, juga pencegahan penyakit H1N1, membekalkan dengan serba sedikit makanan bagi membangkitkan selera dan yang tidak kurang pentingnya ialah persiapan duit buat berbelanja.
 
Ibadat haji perlu dipandang sebagai suatu yang besar dan dilakukan dengan cermat agar pelaburan yang diletakkan padanya mendapat pulangan yang setimpal atau lebih besar daripada Tuhan.
 
Keadaan ini sering kali membuatkan sesetengah antara kita memandang ringan terhadap kepentingan menjaga rapi ibadat solat dalam keghairahan kita menuju suatu ibadat yang dianggap lebih besar. Sesuatu yang sering diabaikan ialah menunaikan solat dalam perjalanan suci ini ialah ketika berada dalam penerbangan. Kepentingan ibadat solat dalam agama tidak boleh dipertikaikan lagi justeru pelaksanaannya juga perlu dititikberatkan dalam keadaan apa sekalipun.
 
Rasulullah SAW bersabda,
 
"Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikan solat maka dia menegakkan agamanya. Barang siapa yang meninggalkan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Antara kekangan yang sering ditimbulkan ialah sukar berwuduk, tiada tempat sesuai, pakaian tidak bersih, sukar menentukan kiblat dan waktu solat dan tidak kurang juga yang malu untuk menyempurnakannya dalam keadaan yang serba kekurangan. Faktor kurangnya ilmu dan maklumat prapenerbangan menjadikan jemaah sering mengambil jalan mudah, iaitu akan menqadanya apabila sampai nanti. Sedangkan Allah SWT berfirman,
 
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman." (Surah an-Nisa' :103)
 
Amat malang bagi mereka yang berpendapat sedemikian iaitu solat adalah suatu yang boleh ditunda, ditangguh ke lain masa atau dibuat ketika ada kemudahan dan kelapangan. Perjalanan mulia menyempurnakan rukun Islam dicemari dengan meninggalkan rukun Islam kedua. Walaupun solat ialah ibadat rutin yang dilakukan seharian, namun alasan itu tidak seharusnya meletakkan ia sebagai keutamaan yang boleh dikompromi.
 
Dalam zaman yang segala ilmu ini, pastinya tiada alasan untuk menjadikan 'tidak tahu' untuk soalan berkaitan solat dalam penerbangan itu suatu yang boleh diterima. Pastinya juga dalam siri kursus haji yang diberikan secara intensif mengenai cara menyempurnakan solat mengikut keterbatasan yang ada. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang mudah bagi mereka yang melihatnya mengikut sudut yang sebenar.
 
 Kelas pengajian di masjid dan surau juga sentiasa membicarakan isu fekah berhubung masalah solat ketika musafir baik yang berjarak pendek mahupun yang panjang. Mungkin bagi mereka yang kurang biasa pada mulanya berasa agak kekok untuk beramal dengan kemudahan ini, namun percayalah apa yang lebih penting ialah pelaksanaan kewajipan terhadap Allah itulah yang lebih utama daripada apa yang akan diperkatakan oleh manusia.
 
Dalam hal solat dalam penerbangan ini, mungkin ada yang cuba untuk mendapatkan wuduk yang lengkap dengan menggunakan air di tandas kapal terbang. Jika kita dinasihatkan tidak berbuat demikian atas sebab keselamatan, pastinya ada alternatif lain bagi kita menyempurnakan wuduk kita. Di sinilah persediaan ilmu selagi lagi memainkan peranan yang amat penting.
 
 
Isu seperti kiblat dan masa masuk waktu pasti dapat dirungkaikan dengan lebih mudah jika sekiranya kita mengetepikan rasa malu untuk bertanya baik kepada pramugara atau pramugari yang bertugas, atau mana-mana ustaz yang turut sama dalam penerbangan. Pastinya mereka yang berpengalaman akan ringan mulut untuk berkongsi maklumat kerana itu selaras dengan prinsip menyebarkan ilmu dan saling memperingati antara satu sama lain.
 
Kekangan ruang juga harus diambil perhatian. Sesetengah penerbangan mempunyai ruang untuk bersolat namun ada juga yang tiada disebabkan oleh kesempitan. Perlu diingat bahawa dalam kita menyempurnakan solat, faktor sebegini juga harus dipertimbangkan. Amatlah tidak wajar jika disebabkan solat kita itu, menyebabkan terhalangnya orang lain untuk lalu lalang. Jika keperluan ilmu diambil kira, bersolat di kawasan laluan orang itu suatu yang ditegah sejak awal lagi.
 
Berita Harian online 27 Oktober 2009
 
*image adalah atas usaha pemilik blog ini sendiri
 
Link berkaitan
Tayamum Dalam Pesawat Terbang
Musafir  Penerbangan dan Beberapa  Permasalahannya
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Dr. Irfan Mohammad 
Terbitan asal:   Berita Harian online 27 Oktober 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

26-10-2009

3:57 PM (12 days, 3h, 57min ago)

Bersama Dr. Amran Kasimin:- suami tak nak pergi haji

Suami takut tunaikan haji
walaupun cukup duit
 
 
SOALAN:
Suami saya berumur lebih kurang 50 tahun, tetapi hingga sekarang masih tidak terlintas untuk menunaikan haji padahal duitnya lebih daripada cukup. Keluar negara sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan. Ketika kawan-kawannya bergurau, dia kata ``belum sampai seru.''
 
 
Dia banyak membaca perkara-perkara ganjil berlaku di Mekah, juga cerita daripada kawan-kawan. Dia takut ini akan berlaku pada dirinya seperti menjadi bingung, tidak nampak Kaabah, sesat jalan, dibawa lari jin dan lain-lain lagi akibat dosa-dosa yang dilakukan. Saya adalah isterinya yang ketiga. Isteri-isteri yang lain tidak diceraikan, tetapi ditinggalkan begitu sahaja. - Isteri Bingung, Johor Bahru.
 
JAWAPAN:
Perkara-perkara yang berkaitan dengan haji, juga rukun-rukun Islam lain, atau amalan-amalan seperti nikah kahwin sebenarnya begitu mudah. Dalam amalan orang Melayu, apabila ia ditokok tambah dengan dongeng-dongeng, rekaan-rekaan dan sebagainya, ia boleh menjadi satu momokan walaupun adakalanya menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila mendengarnya.
 
Setiap orang diwajibkan mengerjakan haji sekali dalam hidupnya, iaitu apabila seseorang itu beragama Islam, baligh, merdeka, berakal dan juga berkuasa.
 
Yang dimaksudkan dengan kuasa ini ialah berkeupayaan mengerjakan haji itu sendiri, atau berkeupayaan melakukannya dengan perantaraan orang lain. Kuasa mengerjakan haji dengan sendiri itu termasuk ada kenderaan, ada bekalan yang mencukupi ketika pergi dan balik, lebih daripada nafkah dan pakaian orang dalam tanggungannya yang ditinggalkan, juga membantu bagi orang yang layak, juga lebih daripada hutang, sama ada hutang yang telah sampai tempohnya ataupun belum sampai tempohnya. Aman perjalanan. Sihat badan, dan cukup masa. Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat ini ia boleh dirujuk dalam kitab-kitab fekah.
 
Berdasarkan keterangan ini, saya berkeyakinan bahawa suami puan termasuk dalam kategori manusia Islam yang wajib menunaikan haji. Setiap orang Islam wajib menyempurnakan Rukun Islam dan salah satu daripadanya ialah haji. Apabila seseorang itu tidak melakukannya padahal ia telah dipertanggungjawabkan melakukannya, maka Islamnya adalah tidak sempurna.
 
Perlu diinsafi bahawa dalam syarat wajib mengerjakan haji tidak disebut tentang syarat `sampai seru'.
 
Dalam syarat wajib seseorang itu sembahyang dijelaskan bahawa seseorang itu wajib sembahyang apabila dia adalah Islam, baligh iaitu cukup umur, berakal, suci haid dan nifas dan sejahtera mata dan telinga. Tidak wajib sembahyang orang yang buta, pekak yang berlaku sejak lahir ke dunia atau sebelum mumayyiz, biarpun dia boleh bercakap. Andainya dia pekak dan buta selepas mumayyiz, maka wajib dia sembahyang dan yang keenam ialah sampai seru padanya. Orang yang tidak sampai seruan Islam kepadanya ialah seperti orang yang tinggal di puncak gunung yang tinggi, terputus hubungan dengan manusia seperti orang yang tinggal di gua-gua dan sebagainya.
 
Apabila puan menyatakan yang suami puan keluar negara sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ungkapan yang terkeluar dari mulutnya yang seru belum sampai padanya, ia hanya gurauan semata-mata.
 
Dia memandang enteng kewajipan yang wajib dipikul olehnya. Lumrahnya orang seperti ini juga memandang enteng dengan perkara-perkara lain, terutamanya sembahyang dan zakat. Lebih jelas suami puan masih belum terbuka hatinya untuk melakukan ibadah berkenaan. Insya-Allah dia akan mendapat hidayah Allah subhanahu wa taala.
 
Cerita-cerita misteri yang banyak kita dengar, sama ada melalui majalah ataupun surat khabar seperti yang banyak tersebar sekarang sebenarnya menyumbang lahirnya fobia untuk pergi ke Mekah.
 
Cerita-cerita seumpama ini tidak dapat dipastikan seratus peratus kebenarannya atau dinafikan seratus peratus kebatilannya.
 
Sebahagian daripadanya memang benar, tetapi tidak dapat dibuktikan secara pasti, selain berdasarkan kepada keyakinan diri orang yang bercerita. Itulah yang dinamakan khurafat yang mungkin benar, tetapi tidak dapat dibuktikan, kerana perkara-perkara yang ghaib-ghaib itu sendiri pun tidak semestinya dapat dibuktikan dengan mata kepala.
 
Berbanding dengan cerita-cerita ataupun maklumat berbentuk ilmiah yang menambah daya fikir, kecenderungan masyarakat Melayu lebih tertumpu pada cerita-cerita khurafat, malah ia merupakan salah satu ciri budaya Melayu sehingga kini biarpun di kalangan mereka yang terpelajar. Kerana itulah majalah-majalah seperti ini begitu laris dan evergreen.
 
Memang ada orang yang sembahyang di Kaabah tidak dapat balik ke tempat penginapan, tidak kurang pula orang yang meracau, tidur sepanjang masa dan tidak mahu sembahyang atau mengerjakan umrah seperti orang lain. Tidak kurang pula mereka yang begitu baik ketika di Malaysia, bergaduh besar ketika di Mekah, bergaduh adik-beradik, bertengkar dengan ipar atau dengan ibu sendiri.
 
Hal-hal seumpama ini dikaitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika hidup sebelumnya seperti dosa meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah, suka menyakiti hati jiran, suka mengambil rasuah dan sebagainya.
 
Banyak faktor sepatutnya diambil kira. Kejadian sesat, tidak jumpa jalan balik rumah bukan hanya berlaku di Mekah, di Kuala Lumpur pun manusia boleh sesat berpusing-pusing, berjam-jam lamanya padahal si pemandu tinggal di Kajang sahaja. Misalnya, di Kuala Lumpur kita boleh bertanya kepada polis, tetapi di Mekah kita juga jumpa manusia tetapi mereka lebih banyak mementingkan diri biarpun sesama Islam, kadang-kadang jalan yang ditunjukkan menyebabkan kita lebih sesat kerana masalah bahasa, atau kerana mereka buat-buat tahu jalan.
 
Banyak faktor yang perlu difikiri dan dianalisis apabila seseorang itu memperkatakan tentang perkara ganjil yang berlaku di Mekah, termasuklah masalah cuaca yang berlainan dengan Malaysia, menyebabkan seseorang itu kekurangan air, demam, jangkitan kuman atau virus. Kerana itulah kita diwajibkan menjalani suntikan meningitis, digalakkan banyak minum air, jangan terlalu kerap mandi dan sebagainya.
 
 
Kebanyakan orang yang menunaikan haji terdiri daripada orang tua, kurang betah menghadapi cuaca yang mengejut, suasana sesak luar biasa, termasuklah jalan-jalan balik yang tidak pernah dilalui sebelum itu.
 
Kejadian-kejadian merobek poket ketika bersesak-sesak memang ada berlaku, tetapi ia juga tidak boleh dikaitkan dengan kesalahan diri menyebabkan seseorang itu takut untuk ke Mekah. Dia takut peristiwa seperti ini berlaku ketika berada di Mekah kerana dia selalu terlibat dengan rasuah, menyalahguna kuasa yang diberi oleh kerajaan, wang yang diamanahkan oleh kerajaan untuk diagih-agihkan kepada rakyat miskin masuk kantung sendiri, komputer untuk pelajar dialih ke kedai untuk bisnes sendiri dan sebagainya.
 
Tidak ada siapa pun yang tahu kenapa hal-hal atau peristiwa seumpama ini berlaku. Walaupun demikian, Allah memang tidak meredai perilaku seseorang hamba-Nya seperti ini. Andainya Allah mengambilnya ketika seseorang itu berada di Mekah, dicopet orang semua wang yang dipegang, itu pun bukan sesuatu yang mustahil, kerana segala-galanya yang dinikmati atau dimiliki oleh manusia selama ini adalah amanah Allah, pinjaman sementara dan andainya Allah hendak mengambilnya, tidak ada orang yang boleh menahannya.
 
Biar dalam keadaan apa sekalipun sebagai seorang Islam, apabila syarat-syarat wajib haji itu semua cukup, ia wajib menunaikannya.
 
Kepuasan menunaikan fardu haji dan umrah tidak boleh dibandingkan dengan ziarah ke Eropah, Rusia ataupun ke Amerika. Ada satu tali antara seorang hamba dengan penciptanya yang tidak dapat dihuraikan apabila seseorang itu beribadah ke tanah suci Mekah kecuali oleh mereka yang berupaya menghayatinya.
 
Mingguan Malaysia online 25/8/02
 
 
- ALAMATKAN soalan kepada Datuk Dr. Amran Kasimin, Mingguan Malaysia, 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau e-mel ke mingguan@utusan.com.my
 
PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin, Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Dr. Amran Kasimin 
Terbitan asal:    Mingguan Malaysia 25 Ogos 2002
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

26-10-2009

2:37 PM (12 days, 5h, 17min ago)

Youtube- Haji menuju Allah - Raihan

Haji Menuju Allah nyanyian Raihan
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:    xxxxxxxxxxxxxxxx
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

26-10-2009

11:29 AM (12 days, 8h, 25min ago)

Soal Jawab Agama:- mencari haji mabrur

Haji mabrur jihad terbaik
Soal Jawab Agama:
Oleh
Ustaz Zamanuddin Jusoh
 
Soalan
BOLEH ustaz terangkan kelebihan orang yang menunaikan haji dan umrah dan apakah tanda-tanda ibadat haji diterima Allah SWT.  Suhaila, Wangsa Maju
 
Jawab
SESUNGGUHNYA mengerjakan haji dan umrah itu amat besar ganjaran di sisi Allah. Sebuah hadis Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis Tirmizi).
 
http://bdg.centrin.net.id/~fibri2/hajj.html
 
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan. (Hadis Bukhari).
 
Hadis dari Ubadah bin Samit, menyatakan mengenai wukuf di Arafah, Allah berkata kepada malaikat, "Wahai malaikat, apakah yang dibawa -hambaku pada hari ini?
 
Jawab malaikat, "Mereka datang membawa harapan iaitu keredaan-Mu dan mengharapkan syurga-Mu.
 
Allah menjawab, "Wahai malaikat, sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa segala dosa mereka diampunkan walaupun sebilangan pasir di pantai".
 
Adapun ketika melontar jamrah, bagi setiap anak batu yang dilontar akan menghapuskan satu dosa besar. Ketika tawaf dilakukan, malaikat akan datang dengan meletakkan tangannya di bahu orang yang sedang bertawaf dan berkata, "Teruskanlah melakukan amalan kebaikan, sesungguhnya kesalahan kamu yang lalu sudahpun diampunkan. (Hadis Tabrani).
 
Berpandukan hadis di atas, Ibnu Hajar di dalam fatwanya menyatakan bahawa segala dosa sama ada kecil atau besar akan diampunkan Allah SWT. Maksud haji mabrur ialah haji yang tidak dicampur dengan dosa. Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud mabrur itu ialah makbul iaitu diterima Allah.
 
Tanda haji mabrur ialah apabila jemaah kembali menunaikan haji ia akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dari segi amalan dan tingkah lakunya. Setengah ulama berpendapat, haji mabrur ialah haji yang tidak ada perasaan riak padanya atau tidak diikuti selepasnya dengan perkara maksiat. Firman Allah, "Tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).
 
Sabda Rasulullah, "Haji mabrur itu tiada balasan lain, melainkan syurga".
 
Imam Nawawi di dalam syarah Muslim berpendapat bahawa orang yang mengerjakan haji itu bukan saja dosanya diampunkan malah mereka akan mendapat balasan yang lebih daripada itu iaitu syurga.
 
Dari Aishah RA bahawa beliau pernah bertanya Baginda SAW, " Wahai Rasulullah, kami mendapati bahawa jihad itu adalah amalan yang paling baik. Bolehkah kami keluar berjihad? Jawab Baginda, " Tidak, tetapi jihad yang paling baik ialah haji mabrur. (Hadis Bukhari).
 
Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP, boleh dihubungi melalui e-mel, zaman@nstp.com.my
 
Berita Harian online 23 Oktober 2009
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Zamanudin Jusuh 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online 23 Oktober 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

23-10-2009

3:46 PM (15 days, 4h, 8min ago)

Ustaz Farid Ravi: menikahi wanita hamil

Hukum menikahi wanita yang Hamil
Kemusykilan Agama
Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
 
SOALAN:
Apa hukumnya menikahi wanita yang sedang hamil (luar nikah). Benarkah jika seorang lelaki menikahi wanita yang hamil terlebih dahulu hukumnya tidak sah dan harus menikah sekali lagi jika anak yang di kandung sudah lahir? (sesudah anak berusia 40 hari).
 
 
Apakah status anak itu kerana setahu saya anak tersebut tidak boleh dibinkan menurut nama si ayah dan jika anak itu perempuan maka si ayah tidak boleh menjadi wali.
 
Jawapan:
 
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis al-Fiqh al-Islami, hukum tidak sah seseorang lelaki menikahi wanita yang sedang hamil hasil hubungan luar nikah atau diistilahkan sebagai 'zina' dalam bidang fikah adalah fatwa mazhab Maliki.
 
Namun tidak disyaratkan anak yang dilahirkan oleh wanita itu mesti berusia 40 hari atau lebih untuk melaksanakan akad nikah kemudiannya.
 
Mazhab ini mensyaratkan lelaki yang ingin bernikah dengan mana-mana wanita yang terlibat dengan zina perlulah memastikan rahimnya suci terlebih dahulu. Caranya, dengan menunggu sehingga tempoh tiga kali datang bulan (haid) atau berlalunya tempoh tiga bulan dari saat terakhir dia melakukan zina (al-istibra').
 
Jumhur ulama bersepakat mewajibkan istibra' demi menjaga kesucian susur galur keturunan kerana ia akan melibatkan status anak sah taraf atau tidak untuk dibinkan kepada suami yang dikahwini setelah zina berlaku, kemudian masalah wali kahwin bagi anak perempuan dan masalah pewarisan harta dari segi hukum-hakam Islam.
 
Jika syarat ini diabaikan, dan akad nikah diteruskan, maka akadnya dihukumkan fasid atau rosak yakni tidak sah di mana perpisahan dihukumkan wajib bagi pasangan tersebut; sama ada zahir pada wanita itu tanda-tanda hamil atau tidak.
 
Jika wanita itu didapati mengandung hasil hubungan zina, maka istibra'nya ialah kelahiran anak itu. Tidak sah akad nikah sebelum wanita itu bersalin berdasarkan hadis yang bermaksud:
 
 "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan dengan lafaz 'anak orang lain').
 
Termasuk satu lagi hadis sahih dari al-Hakim mengenai wanita-wanita tawanan perang Awtas susulan daripada peperangan Hunain yang dibahagi-bahagikan kepada para pejuang yang bermaksud: "Tidak disetubuhi seorang wanita hamil itu sehingga bersalin".
 
Syarat ini juga digunapakai dalam mazhab Hanbali terutamanya bagi lelaki yang telah mengetahui status wanita itu berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyetubuhi seorang wanita yang hamil bukan dari benihnya".
 
Syarat tambahan mazhab ini ialah hendaklah wanita itu bertaubat nasuha terhadap dosa besar yang telah dilakukannya itu bagi mengeluarkannya daripada hukum asal al-Quran ke atas penzina:
 
 Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman. (al-Nur: 3)
 
Lebih-lebih lagi jika mereka tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina seperti yang diisyaratkan di akhir ayat tersebut.
 
Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud: "Seseorang yang benar-benar bertaubat daripada dosanya (taubat nasuha) adalah umpama seorang yang suci daripada segala dosa".
 
Kemudian baginda membacakan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 222:
 
 Sesungguhnya Allah Maha Menyintai orang-orang yang suka bertaubat dan sentiasa menjaga kesucian.
 
Sementara mazhab Hanafi menghukumkan sah akad nikah seseorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang berzina dengan seorang lelaki lain jika dapat dipastikan wanita itu tidak hamil.
 
Jika wanita itu hamil juga diharuskan menikahinya dengan syarat tidak boleh menyetubuhi wanita itu sehingga dia bersalin berdasarkan ayat 23-24 dari surah al-Nisaa' yang tidak menyenaraikannya sebagai wanita yang haram dinikahi:
 
Telah diharamkan kepada kamu untuk berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, adik-beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu kamu, anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki dan perempuan kamu, ibu-ibu susuan kamu dan adik-beradik susuan kamu, dan ibu-ibu isteri-isteri kamu, anak-anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isteri-isteri kamu yang telah kamu nikahi (setelah mereka bercerai) kecuali jika kamu menceraikan mereka sebelum bersetubuh, maka tidak salah kamu (berkahwin dengan anaknya). Dan (haram juga bagi kamu untuk berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak lelaki kamu sendiri yang berasal dari benih kamu sendiri. Dan diharamkan ke atas kamu menghimpunkan dua orang perempuan adik-beradik sekaligus sebagai isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang masih berstatus isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Hukumnya haram ini) adalah suatu ketetapan dari Allah (yang diwajibkan) ke atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan lain selain daripada yang disebut (di atas), untuk kamu mencari (wanitai) dan memperisterikannya dengan harta kamu dengan menikahinya secara yang sah, bukan secara berzina… (an-Nisaa': 23 dan 24).
 
Pendapat ini dikuatkan dengan hadis riwayat al-Bukhari berkenaan perlakuan zina wanita yang telah berkahwin: Anak yang dilahirkan itu bagi empunya kamar tidur (iaitu hak suami yang sah), dan batu bagi penzina (rejam). Ia menggambarkan bahawa air mani penzina tidak mengharamkan hubungan perkahwinan yang sah.
 
Mazhab ini bersependapat dengan mazhab Hanbali dan Maliki yang mengharamkan persetubuhan kepada lelaki yang mengahwini wanita yang mengandung bukan dari benihnya. Sehingga wanita itu bersalin berdalilkan hadis yang sama: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya)". (riwayat Abu Daud).
 
Mazhab Syafie pula mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.
 
Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.
 
Nasab bayi
 
Menurut fatwa jumhur, jika wanita itu melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin, maka anak itu dinasabkan kepada suaminya yang sah.
 
 
Jika kurang dari tempoh itu, maka tidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali dia berkeras mengaku bahawa bayi itu anaknya atau tidak ada bukti jelas ia adalah hasil daripada hubungan zina terutamanya dalam menjaga maruah seorang Muslim.
 
Tempoh minimum enam bulan ini berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi di mana pada masa pemerintahan Saidina Umar, terdapat seorang wanita yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung.
 
Dia telah dibawa menghadap Saidina Umar untuk dihakimi iaitu diputuskan menjalani hukum rejam. Kes tersebut sampai ke pengetahuan Saidina Ali lalu beliau berkata: Wanita itu tidak sepatutnya direjam.
 
Kata-kata beliau akhirnya diketahui oleh Saidina Umar, lalu beliau terus menghantar utusan bertanyakan Saidina Ali tentang hal itu.
 
Saidina Ali terus membacakan ayat 233 dari surah al-Baqarah yang bermaksud:
 
 Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka sehingga genap tempoh dua tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakan proses penyusuan….
 
Kemudian beliau membaca ayat 15 dari surah al-Ahqaf yang bermaksud:
 
Dan tempoh mengandungnya sehingga selesai proses penyusuannya mengambil masa selama 30 bulan….
 
Perbezaan kedua-dua tempoh di dalam dua ayat al-Quran tadi ialah 6 bulan (30 bulan - 24 bulan bersamaan dengan 6 bulan).
 
Jadi, kelahiran itu tidak boleh dianggap anak zina, oleh yang demikian, mereka telah membatalkan hukuman rejam ke atas wanita tersebut.
 
Hanya status undang-undang anak tak sah taraf sahaja tidak boleh berbinkan suami kepada wanita yang mengandung luar nikah dan seterusnya tidak boleh berwalikannya.
 
Menurut fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 57 pada 10 Jun 2003 penjelasan istilah Anak Tidak Sah Taraf adalah seperti berikut:
 
*Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;
 
*Anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah (sehingga dia bersalin) dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah; dan
 
*Anak yang dilahirkan dalam tempoh lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak seperti proses li'an.
 
Utusan Malaysia online 07/08/2009
 
* Para pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Farid Ravi 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online 7 Ogos 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

23-10-2009

3:19 PM (15 days, 4h, 35min ago)

Ustaz Farid Ravi:- hindari adat syirik

Elak amal adat yang syirik
Kemusykilan Agama
Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
 
SOALAN:
ADA beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:
  
 
1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.
 
2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya.
 
Apakah pandangan ustaz ke atas perkara ini menurut Islam?
 
Jawapan:
 
Cuba kita renung dan hayati makna ayat al-Kursi berikut:
 
 Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya (mentadbirkan sekelian makhluk-Nya). Yang tidak pernah berasa mengantuk apalagi tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan Dengan izin-Nya (sahaja). Yang Maha Mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah Kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (al-Baqarah: 255)
 
Subhanallah, betapa agung konsep keesaan Allah SWT yang digambarkan oleh ayat tersebut. Allah dengan jelas memberitahu kita bahawasanya segala kuasa itu adalah milik mutlak-Nya semata-mata bukan sahaja di bumi bahkan di langit!
 
Jadi, apa ukuran yang kita pakai sebagai orang-orang yang benar-benar beriman apabila kita meletakkan sejumlah kuasa pengakibat kepada paku dan tuala?
 
Adakah mempercayai sial pembawa padah dan petanda atau alamat buruk serasi dengan ajaran Islam terutamanya apabila kita menyentuh bab tauhid dan akidah Islam yang suci dan tulen? Atau dari mana asal kepercayaan-kepercayaan ini sebenarnya?
 
Sebenarnya ia berpunca daripada kepercayaan silam orang-orang Melayu pada zaman sebelum Islam. Ketika itu ideologi paganisme yang menisbahkan kuasa kepada setiap benda yang wujud di muka bumi ini lalu memuja segalanya. Dipanggil semangat itu, dan semangat ini.
 
Namun, saki-baki daki syirik kepercayaan lalu masih berakar umbi di jiwa generasi pewaris generasi yang telah bertukar kepada mempercayai ajaran agama Islam sejak kurun ke-10 lagi yang telah mula bertapak di Negeri Terengganu berdasarkan artifak sejarah Tugu Peringatan Batu (Batu Bersurat) yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.
 
Walaupun 10 kurun telah berlalu, dan kurun ke-21 telah menjelma kini, ramai yang masih kabur untuk membezakan antara unsur syirik ideologi paganisme silam dengan dasar keesaan Allah SWT yang menjadi asas berimannya seseorang yang bergelar Muslim.
 
Perlu diingat bahawa syirik yang bermaksud 'memberi hak perkongsian terhadap sesuatu contohnya kuasa di antara Allah dan sesuatu benda' ini adalah dosa besar nombor satu dalam senarai 70 dosa-dosa besar.
 
Allah SWT dengan tegas menyatakan pendirian-Nya mengenai syirik ini bahawa ia adalah satu dosa besar yang sangat berat kesalahannya dalam surah al-Nisa', ayat 48 yang bermaksud:
 
Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar (berat).
 
Dalam ayat lain, Allah tegaskan perbuatan itu adalah satu kesesatan yang sangat menjauhkan seseorang daripada Allah dalam ayat 116 yang bermaksud:
 
Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik orang yang mempersekutukan-Nya Dengan sesuatu (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat menjauhkannya (daripada Allah).
 
Langit mana kita sanggup junjung, bumi mana kita sanggup bertongkat apabila Allah telah menganggap kita terkeluar senarai daripada keampunan dan rahmat-Nya?
 
Khazanah sunnah juga membawa hadis-hadis yang senada dengan ayat-ayat al-Quran yang telah kita baca tadi.
 
 
  Hadis paling sahih daripada Sahih al-Bukhari menegaskan bahawa: Dari Abu Hurairah r.a. yang telah mendengar baginda SAW bersabda:
 
 "Tiada petanda atau alamat buruk atau sial pembawa padah (dalam Islam). Sebaik-baiknya ialah kata-kata yang baik (senang didengari) diperdengarkan kepada kamu." (Sumber: Sahih al-Bukhari, juzuk 5, halaman 2171, bilangan hadis: 5422).
 
Hadis yang sama juga terdapat dalam Sahih Muslim, Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, Musnad Imam Ahmadbin Hanbal, Musnad al-Tayalisi, dan Musnad Abu Ya'la menggambarkan betapa besar perkara ini di sisi Islam.
 
Jangan sekali-kali memandang remeh dan membiarkan ia berterusan dalam kehidupan kerana Imam Ahmad bin Hanbal ada meriwayatkan satu lagi hadis yang lebih jelas mengenai perkara ini yang bermaksud: Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Rasulullah SAW bersabda:
 
"Sesiapa yang membenarkan petanda atau alamat buruk daripada sesuatu sehingga menjejaskan hajatnya untuk berbuat sesuatu sesungguhnya dia telah melakukan syirik. Para sahabat bertanya: Maka apakah kaffarahnya (penebus kesalahan itu?) Rasulullah bersabda: Hendaklah kamu berkata: Allahumma La Khaira Illa Khayruk, Wa La Tiyara Illa Tiyaruk, Wa La Ilaha Ghayruk yang bermaksud: "Ya Allah, tiada kebaikan selain daripada kebaikan milik-Mu, tiada alamat atau petanda selain daripada alamat atau petanda dari-Mu, dan tiada Tuhan selain-Mu". (Sumber: Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, juzuk 2, halaman 220, bilangan hadis: 7045).
 
Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
 
Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. (Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 508
 
Insya-Allah kita kan sentiasa dilindungi oleh-Nya daripada segala mudarat.
 
Utusan Malaysia online 28/08/2009
 
* Para pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Farid Ravi 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online 28 Ogos 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

23-10-2009

10:25 AM (15 days, 9h, 29min ago)

Index rukun ke 5

 
Di bawah ini sedikit bahan bacaan bagi  panduan mengerjakan haji.
Harapan saya semuga apa yang dihidangkan dapat membantu kalian semua
dalam mencari erti ibadah haji sebenar benarnya
 
 
Menyahut cabaran rukun ke 5
Youtube -Kursus Haji: Mukadimmah
Youtube- Nasyid -Haji menuju Allah (Raihan)
Dah mati pun boleh gi haji
Lambaian Kaabah: solat dalam pesawat
Soal Jawab Agama:- mencari haji mabrur
Bersama Dr. Amran Kasimin:- suami tak nak pergi haji
 
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   xxxxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   xxxxxxxxxxxxxxxxx
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

0 komen / Hantar Komen