Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Tarmizy-rwgCH: Anda takmau letih dan mengantuk masa kerja? nak berjaga malam? atau juga nak awet muda? klik pada http://kedaimuslimsyifa.blogspot.com
U Hayat: Apa maksud mimpi2 saya ye???? http://kamustafsirmimpi.com/
Wagiman: H.SAADIAH BINTI SAID: sila ke laman Darul Shifa di http://www.darussyifa.org/untuk keterangan lanjut. Alamat klinik 1. Alamat Darul Shifa’Lorong 1/BB, Fasa 1,Bangi, Selangor DETel: 0389250443 . No.phon ni saya tak pasti masih boleh guna atau tidak.
H.SAADIAH BINTI SAID: A'kum.Sy nak cuba perubatan dgn Dr Haron Din mencari emak sy yang hilang.Ayah tiri sy melarikan emak sy.Dan ayah tiri sy juga ada mengamalkan ilmu hitam.Hampir 4 tahun emak sy hilang.Tlonglah sy nak sgt jmpa dgn emak sy.Bagaimana kah caranya?Ni no phne sy 0179726465.
LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya
ustazah: minta izin, saya copy n pastehttp://ctrohanisulaiman.blogspot.com
ustazah: best blog ni.. boleh berkongsi ilmu
Zae: Boleh tak pihak tuan emailkan no tel Datuk Dr Amran Kasimin kerana saya berniat untuk berjumpa dan mendapat nasihat dalam saya menangani masaalah yang dialami oleh bonda saya, TQ
Fir7: http://pusatrawatanimantherapy.blogspot.com/2009/03/rawatan-sessi-10-20-april-2009.html
Fir7: Aslm'kum... Salam perkenalan.
hisham: Uztaz saya ada masalah anak sulong saya sgt malas untuk belajar, anak kedua pula ada penyakit austism dan yang ketiga pula ada masalam lembam. Boleh saya dapatkan pandangan uztaz dari pengubatan islam behubung masalah ini.
wagiman: Sdr. OZD, pengalaman anda di Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis tergantung. Harap dpt sambung semula.
wagiman: mungkin juga anda amat menyayangi rakan anda itu dan simbolik mimpi itu menyampaikan supaya rakan anda itu tahu bahawa anda amat menyayangi beliau sebagai kawan dan sahabat. Insya Allah.
wagiman: Bkn sumer bleh menafsir mimpi & berhati hati bila mimta pendapat tentang mimpi kerana ditakuti tafsiran org itu akan menggangu kehidupan pemimpi. Memberi sesuatu berwarna putih tidak bererti kematian kerana ketulusan hati, baik budi, beriman & apa jua yg menjurus kebaikan diwakili oleh warna putih
nonie: aslkm..saya cume nk bertnya..kawan saya ada menyatakan dia bermimpi ttg dr saya.dlm mimpi tu dia kata sy bg dia kain putih.blh tlg bg maknanyer..adakah itu hnya mainan tdor...
jue: assalamualaikum
canícula: la canícula pele horror drug addict old green man pelele greenpeace.org
joe: assalamualaikum
inal cute: aku takut gila ngan mati
wagiman: ya waras loo
mykrk: Salam ziarah. Kabare?
lebai: salam ziarah buat pertama kalinya...
matjenun: assalamualaikum...
ali mohd: Oooha .. selamat pagi
alina: assalamualaikum
wagiman: ummuharith, apa khabar agaknya ngan perawat di sana? Sampaikan salam pd ustz. Suhaimi, Ustz. Rozali, Ustz.Shukri, Ustz. Sazali dan yg lain (xingat nama)
ummuharith: Ha'ah kan? Anyway, Darul Ruqiyyah akan mula beroperasi di primis baru jumaat ini (1 ogos)
wagiman: ummuharith, sy dah lama xgi darul Ruqiyyah. Kalau ada pun tentunya kita saling xmengenali antara satu sama lain.
ummuharith: Salaamsaudara wagiman, pernah tak kita berjumpa/terjumpa di klinik Darul Ruqiyyah? :-) Malam ni...saya balik dari Darul Ruqiyyah pukul 3pagi.

Please type in the four characters shown in the black box.

26-11-2009

11:07 AM (1 day, 5h, 52min ago)

Soal Jawab Agama: Perkara yang boleh menjejaskan ibadah haji

Persoalan Agama:
Rafath, fasik, jidal boleh jejas kesempurnaan ibadah haji
 
Soalan:
APAKAH yang dimaksudkan rafath, fasik dan jidal dalam ayat 197 surah al-Baqarah.
 
Sesetengah golongan pula menjelaskan berdebat secara berlebih-lebihan ketika menunaikan ibadah manasik boleh menyebabkan haji seseorang terbatal. - Bakal tetamu Allah, Melaka.
 
Jawapan:
Soalan anda sebenarnya merujuk firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197, maksudnya: "(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang sudah mewajibkan dirinya (dengan niat untuk mengerjakan) ibadat haji, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji.
 
"Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui Allah SWT; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)."
 
Ulama tafsir seperti Ibn Kathir dalam kitabnya sudah mentafsirkan rafath sebagai melakukan jimak dan perbuatan yang menuju kepadanya.
 
Dalam pandangan Ibn Abbas al-Rafath, merujuknya sebagai sebarang kelakuan yang membawa kepada jimak yang membabitkan kata-kata, tingkah laku sehinggakan kerlingan juga termasuk dalam kategori ini.
 
Fasiq merujuk kepada semua jenis perbuatan maksiat. Jidal pula ditafsirkan sebagai perselisihan pendapat dalam hal yang tidak berguna dan sia-sia, yang ditentukan Allah SWT kepada hamba-Nya.
 
Perdebatan yang dilarang bermaksud perselisihan yang akan menyebabkan pergaduhan, membawa mudarat atau menyebabkan ketenteraman terancam.
 
Bagaimanapun, perdebatan dengan cara yang baik untuk menjelaskan kebenaran agar diterima sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan adalah perdebatan yang dibenarkan dalam syariat Islam. Inilah perdebatan yang tidak dilarang ketika menunaikan haji.
 
Ketiga-tiga perkara berkenaan tidak membatalkan haji kecuali jimak yang dilakukan sebelum tahallul awal.
 
Namun, ketiga-tiganya iaitu al-rafath, fasik dan al-jidal akan mengurangkan pahala haji, mengurangkan iman dan melemahkannya.
 
Oleh itu, setiap orang yang sedang melakukan ibadah haji wajib menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut jika ingin mendapat kesempurnaan haji dan umrahnya.
 
Berita Minggu online  15 November 2009
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   Berita Minggu Online 15 November 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

26-11-2009

10:51 AM (1 day, 6h, 8min ago)

Bersama Ustaz Farid Ravi: Puasa Arafah

Besar ganjaran puasa Arafah
Kemusykilan Agama
Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
 
SOALAN 1:
Apakah kelebihan berpuasa pada hari Afarah?
 
JAWAPAN:
Terdapat beberapa hadis yang sahih menggalakkan orang Islam yang tidak ke Tanah Suci Mekah supaya berpuasa pada hari Arafah. Di antara sabda Baginda bermaksud: Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Baginda bersabda: Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas. (riwayat Muslim).
 
Bukit (Jabal) tersebut adalah tempat pertemuan antara nabi Adam dan Siti Hawa. Umat muslim selalu berziarah tempat tersebut terutama saat musim haji tiba. Bukit tersebut terletak di padang Arafah. http://www.flickr.com/photos/26991338@N04/3196146970/
 
Daripada Abi Qatadah daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya. (riwayat Abu Daud, al-Nasie dan al-Tirmizi)
 
Yang dimaksudkan setahun sebelum ialah setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepasnya ialah setahun selepas 9 Zulhijjah, ini bermakna penghapusan dosa bagi dua tahun berturut-turut.
 
Dua hadis di atas, jelas bahawa sunat kita berpuasa pada hari Arafah di dalam, Bab Puasa Sunat. Sebagai anak Adam kita tidak terlepas daripada melakukan dosa sama ada yang kita sedar ataupun tidak, kecil mahupun besar. Maka dengan adanya peluang sebegini adalah untuk manusia mengambil peluang bertaubat dan menginsafi diri.
 
Bagi mereka yang ingin mengqada puasa wajibnya, sekiranya dia berpuasa pada hari Arafah dengan niat qada, puasanya sah dan pada masa yang sama mendapat ganjaran yang dijanjikan dalam hadis di atas. Ini tidak bermaksud menangguhkan puasa wajib qada sehingga hari Arafah, ini kerana qada puasa wajib perlu disegerakan. Namun jika ada yang ingin mengqada tidaklah terlepas daripada ganjaran yang dijanjikan. Kerana yang wajib itu sifatnya kulliy dan sunat Arafah ialah juz’iy. apabila kulliy bertemu dengan juz’iy, maka juz’iy ikut sekali. Ini juga kerana adanya musaadafah bertemu yang wajib dengan sunat yang mempunyai fadilat, maka fadilat akan diperoleh oleh orang yang berpuasa pada hari Arafah.
 
Utusan Malaysia Online 14/12/2007
 
* Para pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
 
Pautan
http://id.wikipedia.org/wiki/Puasa_Arafah
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Farid Ravi ANdullah 
Terbitan asal:
  Utusan Malaysia online 14 Disember 2007
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
 
0 komen / Hantar Komen

25-11-2009

3:01 PM (2 days, 1h, 58min ago)

Imbasan... Bersama Dr. Amran Kasimin: Manfaat Ibadat Haji

Imbasan………………..

05-6-2006                                                                                                                               

8:08 AM (1269 days, 6h, 40min ago)

Manfaat ibadat haji

Bersama  DR. AMRAN KASIMIN
 
SOALAN:
 Setiap kali ke Mekah mengerjakan haji atau umrah, setiap orang diperingatkan supaya bersabar dan reda berhadapan dengan kesulitan yang dihadapi.
 
Saya perhatikan kesulitan-kesulitan atau masalah itu dapat diatasi andainya setiap orang itu tidak terlalu memikiri kepentingan diri sendiri, keuntungan, keangkuhan dan sebagainya, lahir daripada mereka yang tidak memahami masalah ibadah tersebut.
 
Seperkara lain, masalah bilik air kotor, berlumut, meloyakan, juga tempat sembahyang berhabuk di perhentian-perhentian antara perjalanan dari Madinah ke Mekah tetap sama ketika saya berumur 15 tahun dahulu sehingga sekarang ini saya berumur 55 tahun masih tetap tidak banyak berubah. Segala-galanya menggambarkan cara berfikir orang Islam, yang pada dasarnya diajar tentang kebersihan.  – Fikir, Gombak.
 
JAWAPAN:
Pada pandangan zahir, ke Mekah sama ada mengerjakan haji atau umrah, tidak ubah selain mengeluarkan wang, tambang, makan dan penginapan …………….

 

 

Baca seterusnya …….  Manfaat ibadat haji …….

 

<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:   Ustaz Amran Kasimin 
Terbitan asal:   Mingguan Malaysia online 5 Jun 2006
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ®© HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul

 

0 komen / Hantar Komen

25-11-2009

8:19 AM (2 days, 8h, 40min ago)

Bersama Ustaz Zamanuddin: Haji lambang kesamarataan

Soal Jawab Agama:
Ibadat haji lambang
sejarah rasul, kesamarataan
Bersama
Ustaz Zamanuddin Jusoh
zaman@nstp.com.my
Soalan:
KITA mengetahui setiap perintah Allah SWT mempunyai hikmah tersendiri. Dalam ibadat haji pula, banyak perkara yang dilakukan seperti tawaf, sai, melontar jamrah dan ibadat sunat lain ketika di Tanah Suci. Apakah hikmah tersembunyi yang boleh diambil dari rukun Islam kelima itu?  Huzairy,  Kota Bharu, Kelantan.
 
Jawapan:
Allah SWT memerintahkan supaya setiap jemaah haji berniat ihram kerana memuliakan Tanah Haram dan bumi Makkah selaku tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT. Mereka juga tidak dibenarkan melakukan perkara keji didalamnya walaupun melakukan perkara yang harus ketika berada di luar seperti memakai wangian, memotong kuku, memburu dan sebagainya.
 
Dengan memakai pakaian ihram yang sama melambangkan kesatuan umat Islam tanpa mengira bangsa dan keturunan. Pemandangan ini tidak dapat dilihat pada hari-hari lain. Pakaian ini juga sama seperti kain kafan putih ketika si mati dibawa bertemu Allah SWT pada Hari Kiamat. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakai pakaian ihram dari Madinah dan meniatkannya di Miqat bernama Zul Hulaifah. Mereka yang berihram menuju ke Makkah yang dijanjikan keamanan oleh Allah SWT daripada ketakutan dan kelaparan. Firman Allah,
 
"Di
sana
ada tanda-
tanda kemuliaan
yang nyata dan sesiapa
yang masuk ke sana akan
mendapat ketenteraman"
(Ali-Imran:
96)
 
Tawaf di Kaabah pula adalah kerana adanya Baitullah dengan pakaian yang sama bagi mengingatkan kita mengenai kematian yang pasti bagi setiap yang hidup. Ini juga untuk menyatakan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT melainkan mereka yang bertakwa. Ada riwayat menyatakan Nabi SAW mengucup Hajarul Aswad sebelum melakukan Tawaf Qudum.
 
Mengucup Hajarul Aswad adalah pelengkap kepada ibadat tawaf di Kaabah kerana mengikut perbuatan Nabi SAW jika memungkinkan kita berbuat demikian. Nabi SAW mengucup sebelum bermulanya tawaf dengan meletakkan kedua bibir Baginda sambil menangis dan berkata kepada Saidina Umar yang bersamanya,
 
"Wahai Umar, di sinilah tempat terkumpulnya dosa".
 
Ada riwayat mengatakan bahawa asalnya batu ini berwarna putih dan bertukar menjadi hitam dengan dosa manusia.
 
Selepas selesai tawaf, Nabi SAW bersolat di belakang makam Ibrahim dengan dua rakaat sunat Tawaf dan meminum air Zamzam sambil berdoa ke ada Allah SWT lalu berjalan ke Bukit Safa untuk bersai. Sai antara Safa dan Marwa adalah bagi menghidupkan peristiwa Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali bagi mencari sumber air yang diperlukan. Begitu juga berlari anak padanya seperti dilakukan Nabi SAW bagi menzahirkan kekuatan dan kecerdasan kaum Muslimin.
 
 
Doa Nabi Ibrahim ketika meninggalkan Hajar:
 
"Wahai
Tuhan,
sesungguhnya
aku telah menempatkan sebahagian
dari keturunanku di sebuah lembah yang kering
kontang di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohnya.
Wahai Tuhan kami, semuanya agar mereka mendirikan
solat dan memakmurkannya. Oleh itu, jadikanlah
sebahagian dari hati manusia tertarik
ke sana dan kurniakan rezeki
ari berbagai jenis buah-
buahan agar mereka
bersyukur"
(Ibrahim:
37).
 
Wukuf adalah salah satu rukun haji yang mesti dilakukan jemaah haji. Sejarah membuktikan bahawa hari itulah Allah SWT menyempurnakan nikmatnya kepada kaum Muslimin dan menjadikannya hari raya untuk mereka. Allah SWT berfirman,
 
"Pada hari ini Kami sempurnakan
bagi kamu agama kamu
dan Aku sempurnakan
nikmatku ke atas
kamu
dan
Aku reda
bahawa Islam
ialah agama bagi
kamu" Al Maidah:3).
 
Bermalam di Muzdalifah yang ada padanya Masyha'ril Haram, tempat berkumpulnya manusia selepas wukuf bagi menghabiskan satu malam di sana seperti yang dilakukan Baginda SAW. Suasana tenang dalam kegirangan dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sehingga fajar menyinsing.
 
Melontar jamrah adalah simbolik kepada kemenangan Nabi Ibrahim dan Ismail daripada gangguan syaitan. Begitulah perbuatan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail ketika menghalau Iblis Laknatullah.
 
Menyembelih korban adalah mesej bagi menyatakan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail serta seluruh kaum Muslimin. Ia juga bagi menghidupkan nikmat yang besar atas kejayaan dari ujian yang begitu hebat.
 
Di sinilah bermulanya keturunan yang membawa kepada Nabi yang terakhir (Muhammad SAW). Di sinilah Nabi SAW menghadiahkan seratus unta untuk dikorbankan serta menyembelih dua kambing untuk dirinya dan keluarga dan satu untuk umatnya.
 
Umrah pula adalah ibadat ringkas bagi mereka yang menziarahi Baitullah kerana tidak memberatkan bagi kaum Muslimin. Allah mengharamkan bagi mereka meninggalkan Makkah tanpa melakukan ibadat. Jadi yang lebih ringan dari ibadat haji adalah umrah.
 
Penulis ialah Eksekutif Unit Agama NSTP,
boleh dihubungi melalui e-mel: zaman@nstp.com.my
 
Berita Harian online 20 November 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Zamanuddin Jusuh 
Terbitan asal:   Berita Harian online  20 November 2008
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

20-11-2009

4:26 PM (7 days, 0h, 33min ago)

Bersama Dr.Amran Kasimin: Korban dan Akikah

Ibadah korban, akikah
 
SOALAN:
Saya menjadi tidak pasti apabila ada orang menyatakan, memakan daging korban ditegah, pada hal ada orang yang berkorban, tetapi mengambil daging sembelihannya. Apa beza antara melakukan ibadah akikah dan ibadah korban. Setakat mana kedua-dua ibadah itu perlu dilakukan oleh orang Islam. Terima kasih. - - Abah, Kuantan
 
JAWAPAN:
Berkorban hukumnya sunat muakkadah, iaitu sunat yang dituntut ke atas mereka yang mengerjakan haji, juga mereka yang tidak mengerjakan haji. Hukum ini menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk berbuat demikian. Ketika itu haram baginya memakan daging korban yang dinazarkan itu.
 
Waktu menyembelih korban ialah dengan terbitnya matahari pagi Hari Raya Haji (korban) sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu pada hari yang kesebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah.
 
Binatang yang boleh dijadikan korban ialah unta, lembu, kerbau, kibas atau kambing biasa. Binatang yang paling utama untuk dibuat korban ialah unta. Sekiranya seseorang itu tidak berupaya untuk mengeluarkan belanja membelinya, ia boleh berkorban menyembelih lembu, kemudian baru kambing, kibas atau kambing biasa.
 
Berkorban tujuh ekor kibas adalah lebih utama daripada menyembelih seekor unta. Seekor unta, kerbau atau lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang, biarpun niat mereka yang berkongsi itu berbeza, seperti untuk berkorban, untuk akikah anak yang baru dilahirkan atau semata-mata untuk memakan dagingnya.
 
Walaupun demikian, seekor kibas atau kambing biasa hanya boleh dikorbankan oleh seorang sahaja. Korban seekor kambing itu adalah lebih utama daripada berkorban seekor unta yang dikongsi tujuh orang.
 
Dalam sebuah hadis, daripada Jabir r.a, ia berkata, bahawa kami pernah melakukan korban bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun Hudaibiah dengan seekor unta untuk tujuh orang dan seekor sapi untuk tujuh orang.
 
Binatang yang hendak dikorbankan itu mesti berumur lima tahun masuk ke enam tahun, manakala lembu dan kerbau mesti berumur dua tahun masuk ke tiga tahun. Kambing dan kibas pula mesti berumur setahun atau telah tanggal dua batang gigi hadapannya, biarpun ia mungkin berumur belum sampai setahun, tetapi gigi yang tanggal dan berganti dengan gigi yang baru itu mesti berlaku ketika binatang itu telah berumur enam bulan.
 
Binatang korban mesti sempurna dan tidak cacat, tidak bertelinga misalnya, ataupun terpotong sebahagian daripada telinganya, biarpun sedikit. Tidak terpotong ekor atau lidahnya, tidak gila atau binatang yang tidak makan rumput yang menyebabkan ia kurus dan kurang dagingnya atau yang berkudis biarpun sedikit, kerana ini boleh merosakkan dagingnya, ataupun yang baru beranak, yang buta, biarpun hanya sebelah matanya bukan terdiri daripada binatang yang jelas sakit, yang tempang teruk biarpun tempang itu terjadi ketika dibaringkan untuk disembelih.
 
Dalam sebuah hadis daripada al-Barra’ bin Azib r.a, daripada nabi, baginda ada bersabda yang bermaksud: Empat cacat pada binatang yang tidak sempurna untuk dijadikan korban, iaitu buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, pincang yang nampak rusuknya dan kurus yang tidak gemuk.
 
Sesetengah ulama menyatakan bahawa binatang bunting tidak boleh disembelih untuk korban kerana kurang dagingnya. Perlu dijelaskan bahawa kecacatan boleh menyebabkan binatang berkenaan tidak sempurna untuk dijadikan binatang korban.
 
Walaupun sekiranya seseorang itu bernazar dan melibatkan binatang yang mempunyai kecacatan yang dijelaskan atau binatang yang masih belum cukup umur, maka korban itu boleh dilakukan, malah wajib menyembelihnya.
 
 
Adalah memadai menyembelih binatang korban yang tidak bertanduk, yang patah tanduknya, yang terbelah telinga, yang berlubang sekiranya hal tersebut tidak menyebabkan kehilangan sesuatu daripada bahagian anggota tersebut, yang tidak berekor, tidak bergigi, patah gigi, juga binatang yang tidak mempunyai zakar, yang dikasikan.
 
Ada lima perkara disunatkan ketika hendak menyembelih, iaitu menyebut Bismillah, membaca selawat nabi, menghadap Kiblat, membaca takbir, berdoa semoga Allah s.w.t. menerima korban yang dilakukan.
 
Dalam sebuah hadis daripada Aishah dan Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah menyembelih korban dua ekor kibas yang gemuk-gemuk dan besar, putih dan bertanduk yang dikasikan, lantas Rasulullah menyembelih seekor daripadanya lalu bersabda: Ya Allah, daripada Muhammad dan umatnya dan orang yang menyaksikan keesaan-Mu dan menyaksikan tablighku (penyampaianku).
 
Daging
 
Haram memakan daging korban yang dinazarkan, begitu juga hukumnya ke atas tanggungan orang yang berkenaan. Dagingnya wajib disedekah dalam keadaan mentah, termasuk kulit dan tanduk. Andainya orang yang berkenaan memakan sebahagian daripada daging binatang yang dinazarkan, ia wajib menggantikannya.
 
Sunat memakan daging korban biasa (sunat). Dan yang paling utama, ia hendaklah memakan hatinya. Menurut pendapat ulama yang asah, orang yang berkorban hendaklah bersedekah dengan daging yang masih mentah kepada fakir miskin agar boleh dipelbagaikan, termasuk menjualnya.
 
Adalah memadai bersedekah biarpun hanya kepada orang miskin, yang melibatkan daging yang sedikit. Paling utama ialah bersedekah semua daging kepada fakir miskin, kecuali mengambil sebahagian kecil daripadanya untuk keberkatan.
 
Pembahagian juga boleh dilakukan dengan membahaginya kepada tiga bahagian, satu pertiga untuk diri dan keluarganya, satu pertiga lagi untuk orang-orang kaya, manakala satu bahagian lain pula untuk fakir miskin.
 
Daging korban tidak boleh disedekahkan kepada fakir miskin kafir zimmi. Begitu juga orang fakir atau miskin Islam yang menerima sedekah daging korban atau orang kaya yang menerima hadiah daging korban, tidak boleh (haram) memberi daging tersebut kepada kafir zimmi.
 
Adalah haram lagi tidak sah manjual sesuatu daripada binatang korban seperti daging, bulu atau kulit, ataupun dijadikan upah bagi orang yang menyembelih binatang berkenaan, tetapi tidak haram sekiranya ia diberi kepada orang yang menyembelih atas nama sedekah.
 
Akikah juga melibatkan sembelihan binatang yang sama dengan korban, tetapi amalan ini dikaitkan dengan kelahiran bayi sebagai tanda bersyukur dan untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t
 
Hukumnya juga sunat muakkadah. Ia disunatkan ke atas mereka yang wajib memberi nafkah ke atas tanggungannya (furuk) dengan harta yang miliknya, bukan daripada harta bayi yang baru dilahirkan. Akikah boleh dilakukan sebaik-baik sahaja bayi dilahirkan, tetapi masa yang paling utama ialah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran.
 
Adalah lebih baik binatang yang diakikahkan itu terdiri daripada dua ekor kibas, atau dua pertujuh bahagian unta atau lembu sekiranya bayi itu lelaki. Akikah bagi bayi perempuan ialah seekor kambing atau sebahagian daripada unta.
 
Tuntutan melakukan akikah tidak luput biarpun bayi yang dilahirkan itu meninggal dunia sebelum tujuh hari. Tuntutan untuk melakukan akikah tetap berlaku biarpun kanak-kanak berkenaan telah baligh. Apabila ini berlaku, dia hendaklah membuat akikah untuk dirinya sendiri.
 
Segala hukum yang berkaitan dengan akikah, jenis binatang, tentang umur, niat dan cara sedekah sama dengan hukum korban. Walaupun demikian, tidak wajib bersedekah sembelihan akikah dengan daging yang mentah.
 
 
Sunat membacakan azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri bayi, sebaik-baik sahaja ia dilahirkan, juga dibacakan inna anzalna pada telinga kanannya. Mudah-mudahan, dengan berbuat demikian, kanak-kanak itu tidak akan terlibat dengan perbuatan zina untuk selama-lamanya.
 
Rambut bayi, lelaki atau perempuan hendaklah dicukur pada hari ketujuh setelah melakukan sembelihan akikah. Kemudian rambut itu ditimbang, disamakan dengan berat emas atau perak dan bersedekah kepada fakir miskin, berdasarkan kepada nilai emas atau perak menurut kemampuan.
 
Sunat menamakan bayi pada hari yang ketujuh, biarpun ia meninggal dunia sebelum berumur tujuh hari. Sunat juga memberi nama pada anak yang gugur yang sudah ditiupkan roh padanya. Andainya tidak diketahui jantinanya, ia hendaklah diberi nama yang bersesuaian, seperti Talhab, Hindun dan sebagainya.
 
Persoalan setakat mana perlunya ibadah korban dan akikah itu dilakukan, ia bergantung kepada penghayatan seseorang terhadap ajaran Islam itu sendiri.
 
Setiap amalan yang diwajibkan, tidak kira jenisnya, ia mempunyai kebaikan pada diri pengamal, keluarga, masyarakat dan sebagainya.
 
Manakala hukum pengharaman sesuatu itu dikenakan, ia ada kaitan dengan kemudaratan yang berlaku andainya ia dilakukan, seperti perbuatan zina, makan riba, mencuri, merogol, rasuah dan sebagainya. Pemahaman seperti ini sewajarnya wujud dalam pemikiran setiap orang.
 
Saya mengambil contoh mudah, sunat membaca azan di telinga kanan bayi yang baru dilahirkan dan diiqamat pada telinga kiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan sekiranya diperlakukan demikian, bayi tersebut akan terhindar daripada gangguan ‘ummu s-sibyan’ iatu satu golongan iblis yang kerjanya mengganggu bayi. Sekiranya ini akan berlaku, kemungkinan besar bayi tersebut akan sakit, tidak tidur malam, menangis tidak berhenti-henti, menyebabkan demam panas, kekejangan dan sebagainya.
 
Hukum-hukum atau saranan seperti ini sering difahami secara luaran semata-mata, iaitu bayi yang baru dilahirkan sunat diazan seperti dijelaskan. Lantaran kita tidak mengetahui kebaikan atau rahsia daripada amalan sunat tersebut, kita sering memandang ringan dan tidak melakukannya.
 
Sekiranya kita memahami fadilat atau keperluan diperlakukan sedemikian, kita akan membaca azan dan iqamat seperti yang diperjelaskan. Di situlah terletaknya keperluan kajian dan penghayatan terhadap sesuatu hukum yang dijelaskan
 
Mingguan Malaysia online 6 Ogos 2006
 
- ALAMATKAN soalan kepada Datuk Dr. Amran Kasimin, Mingguan Malaysia, 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau e-mel ke mingguan@utusan.com.my
 
PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin, Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  <<<<<<<<<<<<
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Mingguan Malaysia online  6 Ogos 2006 
Terbitan asal:
    Dr. Amran Kasimin
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

19-11-2009

4:53 PM (8 days, 0h, 6min ago)

Bersama Ustaz Zamanuddin:- Keistimewaan Haji Akbar

Soal Jawab Agama:
Ulama beri pelbagai tafsiran mengenai keistimewaan Haji Akbar
Bersama
Ustaz Zamanuddin Jusoh

Soalan
SAYA masih keliru mengenai 'Haji Akbar'. Saya diberitahu bahawa apabila hari wukuf bertepatan pada Jumaat, ia disebut Haji Akbar dan pahalanya adalah seperti tujuh kali haji. Apakah maklumat itu benar. Harap dapat penjelasan. Salim, Kuala Lumpur.
 
Jawapan
Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.
 
Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: "Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: "Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin".
 
Menurut sejarah, ketika Haji Wada' 10 Hijrah, Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat nescaya wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah berkenaan.
 
Ibnu Kathir pula lebih cenderung kepada hari yang ke-10 berdasarkan sebuah hadis Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasul SAW berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada' pada hari ke-10 lalu berkata, "Inilah dia Haji Akbar.'
 
Alasan kedua ialah hadis Abdul Rahman Bakrah yang menceritakan, "Pada hari duduknya Rasul SAW di atas belakang unta dan bertanya: "Hari apakah ini? Kami semua diam kerana mungkin Baginda akan mengumumkan sesuatu nama yang baru buat hari itu". Lalu sabda Rasul SAW: "Bukankah hari ini yang bernama Haji Akbar? ? (Hadis Bukhari).
 
Saidina Ali Abi talib pernah ditanya mengenai Haji Akbar, beliau menjawab: "Hari Nahar (hari ke-10)".
 
Jadi tidaklah dapat dipastikan mengenai Haji Akbar ini. Namun demikian ada ulama yang mengambil jalan tengah dengan memberi maksud Haji Akbar - iaitu 'Haji Besar', ibadat haji itu sendiri dengan wukuf di Arafah dan umrah 'haji kecil'. Ulama Tabi'in berpendapat 'Haji Akbar' ialah Haji Qiran (mengerjakan haji dan umrah serentak). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.
 
Sufya As-Tsaury berkata, "Keseluruhan ibadat haji itu adalah Haji Akbar kerana ia juga disebut Yaumul Fath (hari kemenangan). Setengah ulama berpendapat bahawa haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang adalah 'Haji Akbar' kerana ia adalah ibadat yang amat bermakna dalam hidupnya kerana mendapat keistimewaannya yang besar. Adapun wukuf hari Jumaat adalah sama ganjarannya dengan tujuh kali haji tidak ditemui hadisnya.
 
Penulis ialah Eksekutif Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui emel: zaman@nstp.com.my
 
Berita Harian online 13 November 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Zamanuddin Jusuh 
Terbitan asal:   Berita Harian online 13 November 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

17-11-2009

3:30 PM (10 days, 1h, 29min ago)

Bersama Dato' Dr. Haron Din:- menikah dengan gadis bawah umur

Masalah bernikah dengan gadis bawah umur
Posted on Thursday, November 05 @ 09:21:27 PST by paktam
Bersama
DATO' DR HARON DIN
 
Soalan
 
DATO', saya amat keliru memikirkan mengapa ada banyak kes kanak-kanak perempuan di bawah umur, dikahwinkan dengan orang yang dikatakan alim yang sudah berumur, kononnya dengan tujuan ingin menyelamatkan mereka di akhirat. Alasan yang diberikan bahawa Rasulullah s.a.w. mengahwini Aisyah sewaktu masih terlalu muda. Situasi ini seolah-olah tidak memberi pilihan kepada kanak-kanak itu untuk memilih masa depan. Adilkah situasi ini? Apakah sebenarnya berlaku antara Aisyah dengan Rasulullah s.a.w.?
 
Saya amat keliru dan mohon Dato' jelaskan.--RAFIDAH BT ABDULLAH Menerusi e-mel
 
 
Jawap
 
ADA dua perkara asas yang perlu difahami dalam masalah perkahwinan. Pertama, amalan yang disyariatkan. Kedua, adat resam sesuatu bangsa yang diamalkan.
 
Adat kebiasaan sesuatu bangsa dalam perkahwinan, jika sesuai dengan kehendak syarak, maka eloklah diamalkan. Jika bertentangan, maka eloklah ditinggalkan.
 
Bagi hal-hal perkahwinan, ada asas-asas syarak yang perlu direnungi. Ada banyak hadis tentang perkahwinan 'al-bikru' yang bermaksud anak dara.
 
Ada hadis tentang perkahwinan 'athayyibu' dan juga 'assaghirah'. Ia berkenaan gadis di bawah umur.
 
Hadis tentang perkahwinan anak dara atau al-bikru, ada disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim seperti (mafhum) sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak dinikahi seorang janda sehingga dia meminta ia dinikahi dan tidak dinikahi anak dara, sehingga diminta izin daripadanya. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana meminta izin daripadanya?" Maka jawab Rasulullah, "Jika dia mendiamkan diri ketika diminta keizinannya, maka dia telah memberikan keizinan."
 
Hadis yang sama diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan disahkan oleh Muslim.
 
Hadis di atas membawa maksud bahawa, perkahwinan yang disyariatkan adalah perkahwinan yang bersandarkan kepada keizinan daripada perempuan, sama ada anak dara atau janda.
 
Dalam kitab-kitab hadis dan kitab-kitab fikah yang membicarakan hal perkahwinan, kadang-kadang ia menggunakan istilah al-bikru dan assaghiratu.
 
Al-bikru adalah dirujuk kepada anak dara yang dikatakan cukup umur sesuai untuk dinikahi. Inilah yang disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadis tadi. Iaitu, harus meminta izin daripadanya.
 
Keizinan hanya boleh diterima pakai bagi yang cukup umur dan tidak boleh terima bagi yang di bawah cukup umur.
 
Adapun istilah gadis di bawah umur yang saudari kemukakan dalam persoalan di atas, dalam kitab hadis ada bab (tajuk), ada bahagian mengenai tazwijussaghirah atau terjemahannya bab mengkahwinkan gadis kecil.
 
Dalam bab ini, dibawa satu hadis sahaja. Iaitu satu hadis yang menceritakan dan diceritakan sendiri oleh Aishah r.anha, seperti hadis (mafhumnya): "Ketika Aishah diakad nikahkan dengan Rasulullah, Aishah ketika itu berusia enam tahun dan bersekedudukan dengannya setelah berusia sembilan tahun."
 
Ini adalah hadis sahih. Tetapi harus difahami dengan baik-baik. Merenung hadis ini, kita harus fahami beberapa perkara.
 
Pertama, Rasulullah s.a.w diberi keistimewaan tertentu yang tidak diberi kepada umatnya. Antaranya baginda boleh berpoligami lebih daripada empat. Boleh berkahwin tanpa mahar dengan perempuan yang menawar diri kepadanya. Dan boleh berkahwin dengan gadis di bawah umur, bagi yang mengatakan berlaku demikian.
 
Kedua, jika perkahwinan dengan Aishah dianggap perkahwinan biasa untuk diikuti oleh umatnya, seperti yang berlaku antara suami (sudha berumur) dengan isteri (terlalu muda di bawah umur), maka yang nyata baginda tidak terus bersama Aishah selepas berlaku perkahwinan.
 
Aishah tinggal bersama keluarganya, Rasulullah tinggal di rumahnya tanpa mereka bersekedudukan.
 
Mereka tinggal bersama hanya setelah berpindah ke Madinah, ketika Aishah berusia sembilan tahun, dikatakan Aishah ini berbadan gempal dan dilihat sudah begitu sesuai untuk dikahwini. Dan mereka yang sekeliling Aishah sudah mengasuh beliau mengenai erti perkahwinan yang di antaranya Ummu Rumaan.
 
Seperti yang tersebut dalam hadis, yang akhirnya, Rasulullah baru mendatangi Aishah, yang ketika itu bukan lagi assaghirah. Dia telah menjadi al-Bikru, yang sudah sesuai menjadi isteri, tanpa apa-apa tekanan kepadanya.
 
Perihal sedemikian tidak boleh dijadikan alasan pernikahan segelintir umat Islam, yang mengahwinkan orang tua dengan gadis bawah umur. Itu adalah adat yang tidak boleh dijadikan hujah syarak untuk membolehkannya.
 
Perkahwinan dalam Islam adalah seperti yang disebutkan sendiri oleh Raslullah s.a.w kepada sahabatnya Jabir bin Abdullah. Ketika Jabir berkahwin dengan seorang janda (thayyib), Rasulullah bertanya, "Mengapa kamu tidak berkahwin dengan sorang anak dara (cukup umur), yang kamu boleh bermesra dengannya dan dia bermesra denganmu, atau yang boleh kamu riang gembira dengannya, dan dia riang gembira denganmu."
 
Hadis ini jelas memberi isyarat bahawa perkahwinan yang dianjurkan ialah perkahwinan yang berlaku antara lelaki dan perempuan yang hampir sebaya, yang boleh menikmati dan merasai makna perkahwinan. Boleh memberi dan menerima kebahagiaan.
 
Inilah yang kebiasaannya berlaku kepada perkahwinan yang sebaya atau yang kufu.
 
Adapun perkahwinan yang dikatakan terlalu bawah umur yang boleh membawa penyeksaan daripada pihak yang lebih umur ini, maka ambillah peringatan dan nasihat yang saya sebutkan dalam ruangan bicara ini. Wallahua'lam.
 
Salin dan tempek dari
Detikdaily Suara Reformasi Rakyat
 
Link
Darussyifa online
 
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   http://detikdaily.net
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

17-11-2009

10:25 AM (10 days, 6h, 34min ago)

Perjalanan mencariNYA:Catatan Kembara Haji

BICARA AGAMA
CATATAN KEMBARA HAJI
 
urusan menunaikan rukun islam kelima kini semakin tersusun apabila ia diuruskan melalui Tabung Haji.
 
 1) NASER KHOSRAW, IRAN (IBADAT HAJI 1046M)
 
Beliau merupakan penyair dan ahli falsafah Parsi yang juga ahli pengembaraan terkenal berasal dari daerah Qubadiyan, Iran. Beliau terkenal dengan catatan pengembaraan yang bertajuk Safarnama.
 
Beliau meninggalkan kehidupan bangsawannya untuk mengembara ke banyak negara dan wilayah Islam dan berakhir di Kaherah, Mesir.
 
Dalam perjalanan itu beliau singgah ke Mekah menunaikan haji selepas menempuh satu perjalanan berkaravan dari Nishapur, Tabriz, Aleppo, Baitul Maqdis dan seterusnya ke Mekah.
 
Catatannya merupakan satu catatan yang penting bagi menunjukkan perlaksanaan ibadah itu tidak pernah berubah sejak zaman Nabi Muhammad.
 
Antara catatan beliau;
 
"Bagi mereka yang datang dari tempat yang jauh untuk mengerjakan umrah dan haji terdapat beberapa batu petanda jarak dan masjid yang didirikan pada jarak separuh parasang (unit ukuran lama Parsi yang bersamaan dengan 3.5 batu atau 5.6 km) daripada Mekah, tempat di mana mereka mula memakai ihram. Setelah siap, mereka melaungkan Labayk Allahumma, labayk sambil menghampiri Mekah…
 
http://en.wikipedia.org/wiki/Nasir_Khusraw
 
2) MUHAMAD ASAD, GALICIA SEPANYOL (IBADAT HAJI 1927M)
 
SEBELUM memeluk Islam beliau dikenali sebagai Leopold Weiss. Beliau bertugas sebagai wartawan yang terkenal di Eropah sehinggalah pada tahun 1926 mengambil keputusan untuk pulang ke Jerman dan berkahwin.
 
Muhamad Asad berkahwin dengan seorang pelukis Jerman dan memeluk Islam pada tahun yang sama. Setelah Elsa, isterinya sendiri memeluk Islam tidak lama selepas Muhamad Asad memeluk Islam, mereka mengambil keputusan mengerjakan haji.
 
Sebelum itu beliau beroleh pelbagai pengalaman mengenai Islam ketika bertugas sebagai wartawan luar negara bagi akhbar Frankfurter Zeitung yang telah membawanya ke Iran terutamanya Isfahan, Kabul dan Damsyik.
 
Namun Mekah merupakan pengalaman yang baru baginya dan semua itu terkandung dalam bukunya yang terkenal: Jalan ke Makkah.
 
Antara catatan beliau: "Sekali lagi, manusia daripada pelbagai bangsa, pakaian dan pertuturan berkumpul. Jeritan keriuhan orang ramai dari segenap penjuru menyebabkan kamu berasa seolah-olah berada di tengah gelombang yang terputus-putus di mana kamu hanya boleh menangkap beberapa perkataan sahaja tetapi tidak keseluruhan cerita.
 
"Semuanya dialunkan dalam keriuhan berbagai-bagai bahasa, pergerakan yang pantas dan keterujaan - tiba-tiba kami tersedar kami telah berada di hadapan salah pintu gerbang Masjid al Haram…"
 
Muhammad Asad Visionary Islamic Scholar
 
3) LADY EVELYN COBBOLD, BRITAIN (IBADAT HAJI 1933M)
 
Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold (lahir 1867M) dikatakan wanita Eropah pertama yang merekodkan pengalamannya mengerjakan haji. Beliau adalah anak sulung Earl Dunmore yang dipercayai memeluk Islam semenjak kecil.
 
Pemergiannya ke Mekah mendapat keizinan Raja Abdul Aziz Ibnu Saud dan beliau juga menjadi tetamu khas kepada Harry St. John Philby, seorang penjelajah British yang memeluk Islam dan pertama kali mengerjakan haji pada tahun 1931.
 
Ketika usia 66 tahun, Zainab memulakan perjalanannya secara bersendirian ke Mekah dengan menaiki kapal laut yang bertolak dari Kaherah ke Pelabuhan Jeddah.
 
Apabila tiba di Jeddah, Zainab dijaga oleh Harry St. John yang mempunyai hak istimewa sebagai penasihat British kepada Sultan Abdul Aziz Ibn Saud. Oleh kerana Zainab belum mendapat kebenaran memasuki Kota Suci Mekah, beliau mengisi masa lapangnya dengan bersiar-siar di kawasan sekitar kota itu dan merekodkan segala pengalamannya.
 
Antara yang menarik perhatian ialah pergerakan jemaah haji yang menuju ke Mekah. Ketika di Jeddah pada tanggal 28 Februari 1933, beliau menulis;
 
"Kami melepasi jemaah yang dalam perjalanan mereka ke Kota Suci, ada yang menaiki kenderaan berenjin, ada yang terhoyong-hayang di atas unta dan mereka yang miskin hanya berjalan kaki. Golongan lelaki telah siap memakai ihram tanpa penutup kepala.
 
"Golongan wanita yang menuju ke Madinah berpakaian hitam manakala yang menuju ke Mekah pula berpakaian haji berwarna putih. Sesetengah jemaah yang miskin dari negara yang jauh mengambil masa yang lama untuk sampai…"
 
Pada 12 Mac 1933, Raja Ibnu Saud membenarkan Zainab memasuki Mekah.
 
Review of Pilgrimage to Mecca by Lady Evelyn Zainab Cobbold
 
4) LUDOVICO DI VARTHEMA, BOLOGNA ITALI (MENUJU KE MEKAH 1503M)
 
Varthema yang berasal dari Bologna Itali dipercayai telah mengembara ke serata dunia pada sekitar abad ke-16. Selama tujuh tahun beliau mengembara ke Timur Tengah, India, Burma, Tanah Melayu, Siam dan Indonesia yang kesemua catatan pengalamannya itu ditulis dalam bukunya, Itinerario.
 
Catatannya mengenai Mekah dan ibadat haji adalah antara yang terawal dilakukan di kalangan bangsa Eropah.
 
 
Walaupun status dirinya sebagai Muslim masih menjadi persoalan, kelicikannya membolehkan beliau menyertai angkatan tentera Mamluk yang bertanggungjawab mengiringi karavan-karavan haji ke Tanah Suci Mekah pada tahun 1503 M.
 
Dalam perjalanan ke Mekah dari Damsyik, beliau merekodkan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh jemaah haji. Halangan paling besar yang ditakuti adalah ancaman penyamun yang berterusan.
 
Varthema menceritakan bagaimana karavannya berjaya mengatasi penyamun nomad selepas bertelingkah mengenai sumber air.
 
"Pada 11 April, karavan ini bertolak daripada Mezeribe (berkemungkinan Jubb Al Mazarib yang terletak di Syria pada hari ini), di sini terdapat 35,000 ekor unta dengan lebih kurang 40,000 jemaah dan kami askar-askar Mamluk seramai 60 orang bertugas mengawal keselamatan para jemaah.
 
"Satu pertiga daripada jumlah askar Mamluk ini mendahului karavan seperti yang biasa dilakukan, satu pertiga lagi berada di bahagian tengah dan satu pertiga yang lainnya pula berbaris di belakang sekali…"
 
LUDOVICO DI VARTHEMA
 
5) DULI YANG MULIA SIKANDAR, SIKANDAR BEGUM BHOPAL, INDIA (ibadah Haji 1824M)
 
Bhopal, adalah sebuah kerajaan Islam yang wujud sebelum kemerdekaan India. Ia diperintah oleh empat pemerintah wanita iaitu dari tahun 1819 sehingga 1926.
 
Pengalaman perjalanan Nawab Sikandar Begum menunaikan haji ke Mekah adalah pada 1824 M bersama ibunya, Qudsia Begum, bapa saudara dan ratusan pengiringnya yang tiba di Pelabuhan Jeddah pada Januari 1864 dan mereka terus mengupah karavan unta untuk perjalanan ke Mekah.
 
Antara catatan baginda: "Sewaktu beta tiba di Kota Mekah, kedengaran azan berkumandang dari beberapa masjid yang menandakan masuknya waktu solat Isyak. Beta masuk ke kawasan Haram melalui pintu As Salam dan setelah sampai di Makam Ibrahim, beta berdiri dan mengerjakan solat seperti yang telah ditetapkan. Selepas itu beta mengerjakan tawaf Selamat Datang dan mengerjakan saie di Safa dan Marwa…"
 
Turut diceritakan bagaimana Sikandar Begum terpaksa meminta bantuan Sharif Makkah bagi mendapatkan empat pengawal untuk mengawal orang ramai mengerumuni baginda dan selesa untuk baginda mengerjakan haji. Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga Begum turut memakai purdah bagi mengelakkan dirinya daripada dikenali.
 
The Golden Reign Of Bhopal - Sikandar Begum 1847 – 68
 
6) MALCOM X, AMERIKA SYARIKAT (IBADAH HAJI 1964 M)
 
Malcom X atau nama Islamnya El-Hajj Malik El Shabazz adalah antara individu keturunan Afrika Amerika yang paling berpengaruh dalam sejarah moden dan pergerakannya dalam Nation Of Islam sebelum keluar daripada pertubuhan itu pada tahun 1964.
 
 
Pada tahun itu juga beliau menunaikan haji. Di sana beliau menghadapi pengalaman yang agak kurang menyenangkan. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Jeddah disebabkan beliau tidak boleh berbahasa Arab ditambah dengan pasport Amerika Syarikat yang dipegangnya, beliau terkandas hampir 20 jam di lapangan terbang itu walaupun telah lengkap berpakaian ihram.
 
Pihak berkuasa Arab Saudi menguatkuasakan peraturan yang cukup ketat bagi memastikan bukan Islam tidak terlepas masuk ke Mekah. Akhirnya Hajj Committee Court mengesahkan beliau sebagai seorang Islam dari Amerika.
 
Malcom kemudiannya menerima undangan khas dari Putera Faisal.
 
http://en.wikipedia.org/wiki/Malcolm_X
 
Utusan Malaysia 2 November 2009
 
Link dan image adalah atas  usaha pemilik blog ini
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online  2 November 2008
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

13-11-2009

10:26 AM (14 days, 6h, 33min ago)

Karim Sulaiman: Penyakit bukan halangan

Lambaian Kaabah
Penyakit bukan penghalang jalani ibadah
Oleh
Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
 
DERITA! Karim Sulaiman yang mengidap papular mucinosis
sejenis penyakit kulit, kelihatan dibantu isterinya Siti Hawa Mohd Arif
meredakan kesakitan yang ditanggungnya di kediaman mereka
di Taman Sri Gombak. Foto: Rushdan Abdul Manan
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=237174
 
 PANGGILAN Allah tiada siapa dapat menolak dan pasti ada kemudahan selepas segala kepayahan terutama apabila tarikh untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci semakin hampir sementara beberapa hal perlukan tindakan segera.
 
Pengalaman melakukan persediaan akhir ada ketika memberi cabaran terutama apabila terpaksa mendapatkan suntikan influenza A H1N1 dalam masa singkat kepada pasangan Karim Sulaiman dan Siti Hawa Mohd Arif dan anak kelima mereka, Khair Naqib.
 
Namun, itu tidak menghalang kolumnis Berita Harian itu memenuhi impian menjadi tetamu Allah pada musim haji 1430 hijrah ini. Apatah lagi dengan keadaan kesihatan yang membataskan pergerakan, hatinya tetap cekal untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
 
“Keadaan fizikal pada tahap ini bagi saya adalah saat terbaik untuk menunaikan fardu haji kerana saya tidak tahu apa akan terjadi nanti. Oleh itu, saya bersyukur apabila permohonan serta rayuan kami untuk ke Makkah mendapat pertimbangan pihak Tabung Haji,” katanya pada pertemuan di rumahnya kelmarin.
 
Beliau berkata, walaupun peluang untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci sebelum ini masih samar-samar, beliau dan isteri serta anaknya Naqib, 13, yang akan membantu ketika berada di sana tetap mengikuti kursus haji sebagai persediaan sejak tahun lalu lagi.
Desas desus mengatakan kononnya mereka yang menghidap penyakit kemungkinan tidak dibenarkan menunaikan haji musim ini disebabkan langkah berjaga-jaga terhadap virus H1N1, juga tidak mematahkan semangat walaupun terdetik perasaan gusar di hati.
 
Justeru, apabila menerima panggilan telefon mengesahkan pemergian mereka pada Sabtu ini, beliau berasakan memang sudah rezeki menyahut seruan Allah dan menjadi antara jutaan tetamunya yang bakal membanjiri kota Makkah.
 
Menceritakan mengenai tahap kesihatannya, Karim berkata, pada mulanya agak sukar untuk meyakinkan doktor yang merawat beliau supaya memberi kebenaran memandangkan belum ada pengalaman penghidap penyakit scleromyxedema menunaikan haji.
 
Bagaimanapun, melalui maklumat kumpulan sokongan yang sentiasa berkongsi maklumat mengenai penyakit dihidapi itu serta keazaman ditunjukkan selain persediaan sudah dilakukan, akhirnya doktor bersedia membenarkan beliau pergi.
 
“Saya sudah merujuk kepada panel kesihatan Tabung Haji dan mereka memerlukan pengesahan doktor yang merawat kerana tidak pernah berdepan penyakit seperti ini. Alhamdulillah doktor menyediakan laporan lengkap mengenai langkah yang perlu diambil jika sesuatu berlaku.
 
“Dalam laporan itu doktor menjelaskan secara terperinci seperti saya tidak boleh dibius daripada mulut tetapi menerusi hidung dan prosedur itu memang susah. Lagi satu, keadaan tubuh saya menyebabkan susah nak cari salur darah,” jelasnya.
 
Karim dirujuk ke Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2007 dan selepas menjalani pelbagai ujian serta pemeriksaan, pakar mendiagnosa beliau menghidap scleromyxedema. Penyakit itu juga dikenali sebagai lichen myxedematosus atau papular mucinosis.
 
Pada asasnya di peringkat awal, penyakit itu menyebabkan kulit menjadi tebal dan mengeras yang disebabkan kecelaruan kronik tisu. Pada peringkat seterusnya menyebabkan pergerakan pada sendi menjadi semakin sukar.
 
Lengan, tangan, kaki, jari dan muka adalah bahagian utama yang menerima kesan daripada scleromyxedema, seterusnya menyebabkan perubahan kepada anggota terbabit. Tanda scleromyxedema mudah dikenali termasuk kulit tebal, ketat, menegang, merah dan berkilat.
 
Menyedari cabaran bakal dihadapi sebagai jemaah haji yang pergerakan agak terbatas berbanding jemaah lain disebabkan penyakit dihidapi, Karim dengan semangat kental tergambar di wajah berkata, beliau akan berusaha mencapai haji sempurna berbekalkan doa dan tawakal kepada Allah.
 
“Cabaran awal yang saya jangkakan ialah perubahan cuaca kerana saya tidak boleh tahan panas kerana kulit akan merah serta merekah. Begitu juga dengan cuaca sejuk tetapi dengan izin Allah saya dan keluarga sudah bersedia dan akan mengikut semua nasihat doktor.
 
“Saya berdoa yang terbaik untuk saya dan keluarga di Tanah Suci nanti. Berdasarkan pengalaman ini dapat saya katakan kepada yang lain, sementara tubuh badan masih sihat dan kemampuan sudah ada, tanamkan niat menyahut seruan Allah,” katanya yang dijangka kembali ke tanah air pada 27 Disember nanti.
 
Berita Harian online 6 November 2009
 
Link berkaitan
Pemenang Anugerah Kajai Terlantar Akibat Penyakit Kulit
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Hasliza Hassan 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online  6 November  2008
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen

11-11-2009

11:31 AM (16 days, 5h, 29min ago)

Ustaz Farid Ravi: Salam adalah doa

Salam adalah doa
Kemusykilan Agama
Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
 
Soalan:
APAKAH perbezaan menjawab salam dengan Waalaikumsalam dan Alaikumsalam. Bagaimanakah cara menjawab salam yang sebenar?
 
 
Jawapan:
Perbezaannya dari sudut bahasa. Kalau dijawab salam yang diucapkan kepada kita dengan lafaz assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuhu hendaklah dijawab dengan wa alaikumussalam. Huruf wau yang membawa bunyi wa dalam ucapan balas salam membawa maksud dan kesinambungan ucapan salam. Ini kerana ucapan salam adalah ungkapan doa kita kepada sesama orang Islam. Sekiranya ada orang memberi salam dengan ucapan Assalamulaikum warahmatullah… membawa maksud: “Salam sejahtera ke atas kamu…” dan di jawab dengan alaikum salam tanpa wa… akan membawa maksud ke atas kamu kesejahteraan.
 
Sekiranya salam itu dijawab dengan wa alaikumussalam akan membawa maksud: “Dan ke atas kamu juga kesejahteraan. Wau dalam jawab salam itu adalah bermaksud dan ke atas kamu juga (semoga kamu juga peroleh apa yang kamu minta ke atasku ). Mungkin juga ketiadaan wa dalam jawab salam dengan alasan mustatir (disembunyikan). Namun adalah lebih tepat kalau dijawab dengan wa alaikumussalam….
 
Dalam al-Quran, Allah SWT menyarankan agar kita menjawab salam dengan ungkapan yang lebih sempurna firman Allah SWT yang bermaksud:
 
 “Apabila kamu diberikan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama.)
 
Firman Allah:
 
Sesungguhnya Allah menghitung tiap-tiap sesuatu. (al-Nisa’:86).
 
Dalam mentafsirkan ayat ini Ibnu Kathir menyebut:
 
“Tambahan dalam salam adalah sunat manakala menjawab dengan ungkapan yang sama adalah fardu.” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld:1,hlm:706).
 
Dalam memahami galakan dalam ayat ini apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Jarir al-Tabari dalam menjelaskan cara baginda Rasulullah SAW menjawab salam. Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi berkata:
 
“Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada baginda dengan ungkapan: “Assalamulaika ya Rasulullah” lantaran baginda menjawab: “Wa alaika assalam wa rahmatullah, kemudian baginda telah didatangi oleh seorang lelaki yang lain dan mengucapkan salam kepada baginda dengan ungkapan: “Assalamulaika ya Rasullah wa rahmatullah” lalu baginda menjawab salam lelaki itu dengan: “Wa alaika assalam wa rahmatullahi wa barkatuh”, kemudian lelaki lain pula datang lalu memberi salam kepada baginda dengan ucapan: “Assalamu alaika ya Rasulullah wa rahmatullahi wa barakatuh”, lalu baginda menjawab: “Dan ke atas kamu (bagi kamu seperti mana yang doakan).”
 
Lelaki yang terakhir kehairanan lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, demi sesungguhnya telah datang dua orang lelaki sebelum ini mereka memberi salam dan tuan telah membalasnya dengan lebih daripada apa yang diucapkan oleh kedua mereka berbanding dengan ucapan balas salam tuan kepada saya. Baginda menjawab: “Sesungguhnya engkau tidak tinggalkan untukku apa-apa”. Ini bermaksud bila seseorang beri salam kepada orang lain hendaklah memberi salam dengan: “Assalamulaikum atau Assalamulaikum wa rahmatullah,” supaya orang yang menjawab mempunyai peluang untuk jawab lebih daripada orang yang memulakan salam.
 
Seperkara yang jelas dalam riwayat ini ialah, sekiranya ada ungkapan yang lebih baik dan lebih panjang sudah pasti akan disebut oleh Rasulullah SAW. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld:1,hlm:707)
 
Daripada huraian ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkara memberi dan menjawab salam itu bukanlah juga mudah, kerana atas tanggapan ia sudah menjadi perkara biasa, tetapi ia mempunyai huraian dan permasalahan yang patut difahami oleh masyarakat kita.
 
Islam mengajarkan umatnya supaya menanamkan dalam diri dan menjadikan budaya memberi salam sebagai salah satu cara hidup bermasyarakat. Islam menyeru umatnya agar mendoakan saudaranya dengan kesejahteraan. Oleh sebab itu, untuk memupuk amalan memberi salam, kita harus menanamkan budaya memberi salam di kalangan anak-anak kita sejak kecil lagi.
 
Allah SWT telah mengaturkan cara salam untuk umat Islam bagi menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang penuh kedamaian, ketenteraman dan ketenangan. Dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
 “Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi umat…” (al-Baihaqi)
 
Dalam memberi salam ada beberapa keadaan yang dimakruhkan memberi salam yang sepatutnya diketahui umum. Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya.
 
Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:
 
- Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.
 
- Orang yang sedang tidur atau mengantuk.
 
- Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.
 
- Orang yang makan sedang makanan berada dalam mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.
 
- Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jemaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.
 
- Orang yang sedang membaca al-Quran, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qurannya dimulai lagi dengan Isti‘adzah.
 
- Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).
 
- Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan alaikassalam. Ini kerana mengikut riwayat ungkapan itu biasa ucapkan kepada jenazah.
 
- Makruh memberi salam dengan isyarat.
 
- Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ia akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.
 
01/08/2008
 
 
* Para pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Ustaz Farid Ravi 
Terbitan asal:   Utusan Malaysia online  1 Ogos 2008
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
0 komen / Hantar Komen