Powered by Bravenet Bravenet Blog

23-8-2007

4:23 PM (2567 days, 10h, 26min ago)

Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis

Catatan  w@gim@n** :  Dibawah ni aku sertakan beberapa pusat rawatan yang berteraskan al-Quran dan Hadis.  Ada diantaranya yang mempunyai pusat rawatan sendiri iaitu pejabat dan ruang rawatan yg agak selesa. Tetapi ada juga yang beroperasi dirumah mereka dengan ruang yg agak terhad. Jadi kalau datang tu janganlah bawak satu rombongan sampai 10 orang. Cukuplah datang 2 atau 3 orang dan paling penting pertalian diantara pesakit dan yg mengiringi mereka. Jika lelaki yg sakit  eloklah datang bersama isteri atau anak lelaki atau sahabat lelaki yg boleh membantu semasa rawatan dan jika yg isteri/wanita datanglah bersama suami atau muhrim.
 
Bukannya ada pantang larang, tetapi jika si suami sakit hanya bawa isteri, jika ada apa2 hal takut si isteri tidak dapat membantu. Jika isteri sakit dan suami ada bersama sama, ini akan memudahkan perawat bertugas jika ada apa apa hal yg berkaitan.
 
Tentunya itu semua tidak menjadi hal kepada yang mencari kesembuhan. Apa yang penting dan amat perlu dititik beratkan ialah cara dan kaedah rawatan itu dijalankan dan siapakah perawatnya!  Selagi ianya  dilandasan yang diredhai Allah maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Berserah dan bertawakal padaNYA
 
Jangan lupa bawa air mineral bersama sama, tak kira apa saiz kerana  perawat selalunya hanya membekalkan pesakit dengan  air  jampi sahaja untuk dibawa balik.
 
Tentang bayaran tu, selalunya jika tiada bayaran yg ditetapkan tentunya bukanlah free 100% tetapi kita kenalah fikir sendiri tentang  bil api dan air  yg mereka kena bayar. Letaklah beberapa rm yg kita mampu (di Darussyifa ada disediakan kotak utk sumbangan ikhlas). Kalau rasa malu nak memberi ketika bersalam utk pulang, selitkan je lah dalam buku atau  tempat yg mudah di jumpai perawat. Tetapi janganlah masukkan pula dalam tong sampah.
 
Ada juga pusat rawatan yang menjual produk mereka seperti garam kristal, minyak urut, herba, pil kesihatan atau apa apa bahan yang perlu kita gunakan sepanjang rawatan. Nasihat saya jika berkemampuan beli saja untuk memudahkan proses rawatan dan secara langsung kita membantu perawat dalam usaha mereka meneruskan misi membantu orang orang yang  memerlukan spt kita.
 
Jika ada bayaran ditetapkan untuk apa jua rawatan tetapi sehingga diluar kemampuan, pandai pandailah mengejasnya. Ada sahabat kita yg pergi ke satu pusat rawatan yang dipelopori oleh seorang sir prof (ntah saper bagi dia) yang terkenal, rabak poket RM400 dah tu penyakit tak kebah. Berjaga jagalah.
 
Ada segelintir manusia yang suka mengambil peluang dari kesusahan orang lain untuk kesenangan diri sendiri. Bagi aku manusia seperti ni tak akan dapat bantuan dari Allah kerana niat menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain dah lari dari tajuk asal.  Mereka sebenarnya punya sedikit ilmu dan lebih kepada menjual nama dan temberang. Berhati hatilah.
 
Jika anda punya pengalaman berubat dengan mana mana perawat dibawah ini, sudi sudilah berkongsi pengalaman anda dengan kami. TK
 
Update terakhir
11 Jun  2009
 
PISANG
7 Falcon Mead
Bicester
Oxfordshire OX26 6XE
United Kingdom
The Pisang bomoh
xxxxxxxxxxxxxxx
 
Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) - terbaru
Ustaz Abdul Majid Hassan
Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) - terbaru
Semua rawatan adalah secara temu-janji (appoinment),
sila SMS ke
017-3646461
dengan memberi butiran
nama, lokasi dan jenis penyakit.
Pihak Akrine akan memaklomkan tarikh dan masa rawatan.
Sila tepati masa yang ditetapkan.
Lokasi AKRINE:
Lot 2894, Lorong Beringin,
Kuang, Selangor
(sila cetak peta yang disertakan dalam blog )
 
 
http://www.darussyifa.org/
Darussyifa
Ustaz. Harun Din
Bandar Baru Bangi
Cawangan seluruh Malaysia
 
 

http://www.darussalam.org.my
Darussalam
Ustaz. Ismail Kamus
Gombak Setia, Kuala Lumpur
Cawangan Seluruh Malaysia
 
 
Perubatan Kerohanian Al-Haz
http://perubatanalhaz.tripod.com
Haji Hassan
 
 
~~Pusat Rawatan Gshah Rahsia Hati~~
http://assunnah.fotopages.com/
Ustaz Azizi Misbah
Kluang, Johor
 
 
MORAPIS
http://www.morapis.com.my
Bandar Baru Ampang
Selangor
 
 
http://www.prtsi.enetmyne.com/index.html
Pusat Rawatan Tradisional Ustaz Haji. Hanafi
Ustaz. Haji Hanafi Hj. Abd Rashid
Kedah Darul Aman
 
 
http://www.geocities.com/Athens/Academy/9871/pri1.htm
Pusat Rawatan  "Al-Ikhtiar"
Pokok Sena
Kedah Darul Aman
 
 
Pusat Rawatan Islam Manarah (update 6 Mei 2009)
http://www.primanara.blogspot.com
Jika sesiapa yang hendak mendapatkan rawatan  dengan
Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek
Di Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM)
Sila layari blog berkenaan dan download peta yang disediakan
agar memudahkan perjalanan
 
 
 
http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp?lang=bi
Perubatan Syifa’ Al-Hidayah
 

Darul Ruqiyyah
No. 15-1, Jalan 3D/6
Taman Setapak Indah
Setapak
 
(Belakang Kem Wardirburn Setapak)
(lorong belakang surau)
 
http://grenbara.bravejournal.com/entry/23114/
Waktu Rawatan Dengan Temu Janji
019-2691525
019-2059351
019-3081525
03-40210060
 
Ustaz Suhaimi Rozali
019-2691525
 
Pak Rozali
O19-2059351
 
Terbaru

Alamat Baru: Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah

(berhampiran JPJ Wangsa Maju KL)

(disertakan peta utk ke lokasi)

34 komen.

Posted by alman:

salam. Sy dah pernah di Darussyifa (sekitar thn 2000 dan dapat bertemu dangan Ustz. Harun Din dan Dr. Amran Kasimin tetapi masih belum dpt kesembuhan dr Allah. Mereka2 disitu baik2 belaka. Walau tak dpt nak bercakap dgn Ustz Harun kerana pesakit terlalu ramai tetapi wajahnya menampak kan keikhlasan utk membantu. AMin ;)
24-8-2007 @ 12:07 PM (2566 days, 14h, 42min ago)

Posted by misah:

saya dah pergi ke Manarah di Ijok. Personaly di rawat Ustaz.Jahid. memang sakit kena ketuk ranting kayu nona tu, bebirat badan ngan peha . 2 minggu baru hilang kaler purpel.Paling best tang mandi ais , badan memang ringan semacam. Bayaran berpatutan.
24-8-2007 @ 3:08 PM (2566 days, 11h, 41min ago)

Posted by abu hamat:

Aku pun dah gi Manarah. Jauh masuk lorong Beringin tu. Banyak monyet lagi. Memang sakit kena katuk kayu tu. Ada dua org pembantu disitu. Ok dia org peramah. Bab sembuh tu, masing masing punya rezeki
24-8-2007 @ 3:12 PM (2566 days, 11h, 38min ago)

Posted by zul:

berhati hati ngan cakra. bayaran untuk rawatan buleh membuatkan kita sakit semula.
24-8-2007 @ 4:38 PM (2566 days, 10h, 11min ago)

Posted by kak Am:

Akak dah pergi ke Sri Darul Taufiqiah. Ustz Suhaimi dan anak2 murid dia yg merawat akak. Cara rawatan mula2 makan produk yg disyorkan spt air zamm, madu kayu koka dan minyak kayu koka. Alhamdulillah selepas beberapa kali kesana, ada perubahan pd diri akak. Cuma nak ke sana tu agak susah sikit nak cari, selepas kem wadiburn masuk simpang kiri dan masuk lorong kiri lagi, nanti jumpa taman, depan SMK Taman Setapak Indah.Kalu nak kesana elok tpon dulu
27-8-2007 @ 11:35 AM (2563 days, 15h, 14min ago)

Posted by Ina:

2 bulan lepas saya pergi ke Toybah Travel, memula ingatkan silap alamat tapi Ustaz Hj Badran memang ada travel agen, rawatan sakit ni sebagai sampingan. Ganaz jugak ustaz ni, masuk je dlm bilik, si pesakit dah melolong ketakutan padahal dia tak usik lagi pun.
27-8-2007 @ 12:22 PM (2563 days, 14h, 27min ago)

Posted by Rani kg pandan:

Kalau tak kuat semangat jangan suka2 nak tengok rawatan ustz. suhaimi. Meremang bulu roma dengan jerit pekik telolong. Buleh terkencin.
27-8-2007 @ 12:25 PM (2563 days, 14h, 25min ago)

Posted by Ummuharith:

Assalaammualaikum
Akak pernah beberapa kali ke rumah Ustaz Suhaimi membawa saudara-mara dan kawan² ke sana untuk rawatan. Alhamdulillah, sehingga kini, kami (akak & keluarga Ustaz Suhaimi) berkawan rapat. Mulai tahun 2008, Ustaz Suhaimi akan hanya berada di KL pada hari jumaat, sabtu & ahad kerana beliau sudahpun pindah ke kampung halaman mereka di Kedah. Beliau akan berulang-alik dari Kedah ke KL untuk meneruskan kuliah²nya di masjid/surau di sekitar lembah kelang dan juga bagi tujuan rawatan (membuka klinik rawatan pada hari Sabtu & Ahad) di alamat yg sama. Itu saja yg dapat akak kongsi bersama setakat ini. Wallahu'alam
28-12-2007 @ 4:44 AM (2440 days, 21h, 5min ago)

Posted by wagiman:

TK buat Ummuharith yg memberi lapuran terkini tentang Ustz. Suhaimi. Mungkin Ummuharith boleh berkongsi pengalaman dengan pengunjung semua.
28-12-2007 @ 4:19 PM (2440 days, 9h, 30min ago)

Posted by Ummuharith:

Assalammualaikum
Saya mohon maaf kerana tersilap bagi 'jadual' Ustaz Suhaimi di KL. Update: Ustaz Suhaimi akan berada di KL hanya pada hari Jumaat dan Sabtu.
Waktu rawatan terkini adalah seperti berikut:
Jumaat - 3ptg-6ptg & 9mlm-11mlm (harap dapatkan nombor appointment terlebih dahulu)
Sabtu - 10pg-2ptg...insyaAllah. ((harap dapatkan nombor appointment terlebih dahulu) dan setiap cuti umum (tidak termasuk cuti Raya Puasa & Raya Haji), beliau akan berada di KL, insyaAllah.
Saya ada sedikit pengalaman yang ingin dikongsi bersama pembaca laman web ini. Jumaat malam sabtu yang lalu, saya membawa seorang pesakit (teman) ke rumah Ustaz Suhaimi Rozali untuk mendapatkan rawatan dari beliau. Waktu itu agak-agak dalam pukul 11mlm. Perjalan kami ke sana dari ulu kelang, mengambil masa kira-kira 15min (waktu malam). Sampai sahaja berhampiran surau yg terletak di blakang rumah ustaz, tiba² kawan saya tersebut bertanya "Nak pergi mana ni?" dgn nada yg agak keras sedangkan dia sendiri telah bersetuju utk ke situ sebelum kami bertolak ke sana. Kami (saya & 4 org lagi dlm kereta tu, terus baca Ayatul Qursi). Sedang pemandu terus memandu masuk ke lorong rumah ustaz, tiba-tiba kawan saya yg sakit tadi menangis tak terkawal dan setibanya kami di depan rumah ustaz, terus kawan saya tadi menangis dan meronta sambil berkata-kata "Taknak, taknak...taknak". Sebaik shj kereta berhenti, kami terus tarik dengan paksa kawan tadi naik ke rumah ustaz dan masuk ke bilik rawatan & mendapatkan rawatan dari ustaz & perawat-perawatnya. Setelah diruqiyyahkan (dijampi) pesakit tadi pengsan dan beberapa saat sahaja dia seperti sedar kembali dgn air muka yang agak 'garang' sambil berteriakan. Ustaz serta perawat-perawat beliau terus sahaja menjalankan ‘proses rawatan’ dan teman saya itu tadi menjerit-menjerit “sakit…sakiiittt…” terlalak terlolong. Al kisahnya, bukan pesakit itu yg sebenarnya menjerit tetapi jin/makhluk halus yang berada di dlm tubuh badan teman saya itu yang menjerit k
28-1-2008 @ 3:44 AM (2409 days, 22h, 5min ago)

Posted by Ummuharith:

sambungan...
Al kisahnya, bukan pesakit itu yg sebenarnya menjerit tetapi jin/makhluk halus yang berada di dlm tubuh badan teman saya itu yang menjerit kesakitan setelah diruqiyyahkan. Setelah agak setengah jam berlalu, teman saya tadi sedar kembali setelah diberi minum air bercampur garam bukit. Dan setelah dia sedar, kami semua bertanyakan pada beliau…mengapa menangis, teriak sakit dan sebagainya…namun sedikit pun beliau tak tahu & tak ingat apa-apa. Malah, dia tak tahu…macam mana dia boleh berada di situ (di rumah Ustaz Suhaimi), yang dia ingat cuma setakat berada di dlm kereta semasa bertolak tadi. Rawatan seterusnya, kawan saya itu tadi diberi beberapa biji buah limau purut dan air kolah masjid untuk dibuat mandi bilasan terakhir selama 2 minggu bagi melemahkan makhluk halus yang berada dalam tubuh badan beliau. Seterusnya, rawatan ulangan serta ayat-ayat Al-Qur'an tertentu akan diijazahkan kepada kawan saya itu untuk amalan harian. Jika ada apa-apa perubahan di masa² yang akan datang, insyaAllah akan saya upload comment di sini lagi. Sehingga itu...wassalam.
29-1-2008 @ 12:14 AM (2409 days, 1h, 36min ago)

Posted by Ummuharith:

SEMINAR PERUBATAN ISLAM Dikelolakan oleh USTAZ SUHAIMI ROZALI
PADA: 9HB MAC 2008 (8am-1pm)
TEMPAT: PUSAT BELIA ANTARABANGSA, CHERAS
TAJUK: akan diberitahu kemudian.
YURAN: akan diberitahu kemudian.
Sila hubungi Darul Ruqiyyah atau email saya "ummuharith@gmail.com" untuk sebarang pertanyaan mengenai seminar tersebut.
29-1-2008 @ 12:21 AM (2409 days, 1h, 29min ago)

Posted by Ummuharith:

Ustaz Suhaimi pernah bertanya kepada saya jika saya kenal siapa yang "mengiklankan" kliniknya di laman web /upload ke internet tanpa pengetahuan & keizinan beliau. Mohon maaf, saya cuma tolong sampaikan sahaja.
04-2-2008 @ 12:26 AM (2403 days, 1h, 24min ago)

Posted by Wagiman (0)v(0):

Kpd: Ummuharith,

Terima kasih kerana rajin melawat dan memberi komen dalam blog ini. Saya amat menghargai.

Mengenai perkara yg ummu tulis diatas, ini lah respon saya:-

Sebenarnya terlalu ramai yang sedang mencari kesembuhan diluar sana. Terlalu ramai. Di pejabat saya sendiri, ada diantara mereka yg telah mencari dan mencari bertahun tahun lamanya tapi masih tiada kesudahan.

Ramai mencari tetapi hanya sedikit yg mampu menyembuh. Atas inisiatif sendiri dan tanpa sikap prajudis saya melihat ini adalah tanggungjawab kita sesama hamba Allah.

Membantu orang sakit tidak semestinya merawat mereka secara terus (contoh: menjadi perawat) tetapi saya melihat dari skop yg luas.

Bersimpati dan memberi dorongan serta semangat kpd pesakit juga satu cara rawatan yg tak langsung. Sebelum ini saya hanya mempunyai itu sahaja

Tetapi cetusan hati menyampaikan akal bahawa, saya tidak boleh berhenti disitu sahaja. Masih banyak ruang utk membantu pesakit.

Dan saya melihat dengan cara ini (blog ini) juga satu cara untuk menyampaikan rawatan secara tak langsung. Tentunya sebelum ini, mereka yg masih tercari cari dimana atau kemana nak mencari perawat terjumpa akan blog ini dan apa jua kandungan juga isi perut blog ini memberi sedikit petunjuk untuk kemana selepas ini!

Saya tidak mempunyai niat selain daripada membantu kerana membantu itu juga bukan saya punya tetapi DIA yg punya. Kalau DIA tak mencetuskan dihati ini untuk membantu maka tidaklah dapat saya membantu.

Perlu juga di ingat sembuh itu juga bukan milik saya, dia, mereka malahan bukan milik perawat. Tetapi Kesembuhan itu milik sah DIA. Sepatutnya tidak timbul minta kebenaran atau perlu kelulusan kerana semua ini milik DIA. Kita hanya musabab.

Jika kita masih beranggap bahawa ini semua kita punya maka sebenarnya kita masih tidak bersyukur kerana musabab yg dipinjamkan ini dimilik peribadikan. Bila merasa ini semua kita punya, secara langsung benih riak itu telah berputik.

Apa pun saya tidak mempunyai halangan untuk mendelete semua posting tentang apa yg ummu maksudkan jika perkara ini mendatangkan masalah atau perbalahan.

Cuma satu pesan saya, ……. Semua yg ALLAH cipta walau sebesar hama sekalipun punya tugas dan tanggungjawabnya. Malahan apa yg saya taip dan sedang ummu baca ini pun atas kemahuan DIA bukan suka suka dari saya.

Renungkanlah.

Maaf seandainya terlancang kata.
15-2-2008 @ 2:13 PM (2391 days, 11h, 37min ago)

Posted by Ummuharith:

Assalammualaikum

Saya mohon maaf jika pertanyaan saya itu menyinggung mana-mana pihak. Saya cuma ingin sampaikan 'pertanyaan' dari Ustaz Suhaimi sendiri kepada saudara Wagiman. Alhamdulillah, dua-tiga hari yang lalu, Ustaz Suhaimi Rozali telah meminta saya memberitahu kepada saudara Wagiman bahawa beliau izinkan saudara teruskan menulis isu-isu yang bermanfaat untuk semua mengenai Darul Ruqiyyah dan telah mengirimkan salam beliau (Assalammualaikum) kepada saudara Wagiman.

Lagi satu perkara yg ingin saya sampaikan di sini kepada para pembaca blog ini, bahawa Seminar Perubatan yg sepatutnya diadakan pada 9hb Mac 2008 telah ditangguhkan kepada suatu tarikh lain (belum ditetapkan lagi) memandangkan ianya terlalu dekat dengan tarikh Pilihanraya Umum (8hb Mac '08). InsyaAllah, akan saya bagitahu kemudian. Wallahu'alam.
24-2-2008 @ 9:25 PM (2382 days, 4h, 25min ago)

Posted by mak andak:

Terima kasih atas makluman disini. Sejak 2 minggu mengikuti program expose mistik di astro saya membuat search di internet dan dapat site ini. Sekarang saya mendapat sedikit penjelasan akan perkara2 aneh yang berlaku kepada ahli keluarga saya. Kami akan cuba usaha mendapatkan penawarnya. Semoga Allah permudahkan.

Terima kasih sekali lagi.
28-4-2008 @ 10:43 AM (2318 days, 16h, 6min ago)

Posted by nizam:

Alhamdulillah semenjak mengikuti kursus Ustaz Sharhan Shafie dan Ustaz Shuhaimi Rozali banyak yang dapat dipelajari untuk mendekatkan lagi Ilmu didalam mengenal gangguan makhluk halus, Alhamdulillah sekiranya ingin berjumpa Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bolehlah melayari laman web www.zamdurrani.dumei.com alamat perubatan beliau di pandan jaya
12-5-2008 @ 12:33 AM (2305 days, 2h, 16min ago)

Posted by jazreen:

assalamualaikom..
terlebih dahulu kami mohon maaf sekiranya kata-kata ni terlaluan.kami dari kl.ustaz suhaimi serik disebut2 dan dipuji2 kerana perubatannya.tapi sayang akhirnya kecewakan,sepantutnya bila ada kelasnya tidak dapat hadir sudah beberapa kali,seandainya ustaz suhaimi taknak ceramah dekat kl lagi terus-terang tidak seperti buah tak jatuh2,sebab ramai mengharap,kami faham ustaz suhaimi sekarang ini duduk di kedah tapi tidak salahkan? sebulan sekali turun kl.:-(
14-5-2008 @ 8:57 PM (2302 days, 5h, 52min ago)

Posted by miki_mom:

untuk makluman :-kalau berubat dengan ustaz badran skrang dah dikenakan bayaran. RM 30 sekali rawatan. sekiranya lebih 30 minit maka bayaran yang dikenakan RM 50.
27-6-2008 @ 1:17 PM (2258 days, 13h, 32min ago)

Posted by wagiman:

miki_mom,

secara peribadi, 2 thn lepas saya pernah berurusan dengan Ustz. Hj. Badran. Ketika itu tiada bayaran tetap dikenakan. Bila ditanya tentang bayaran, beliau kata 'seikhlas yg ada'.

Waktu berlalu .... dan adakala nya manusia akan hanyut dengan pujian dan kebendaan.

Bagi saya, jika ilmu Allah itu diperdagangkan sehingga mendatangkan kesukaran kpd insan yg memerlukan pertolongan, maka secara langsungnya manusia yg telah diberi sedikit kelebihan itu telah mengkhianati amanat Allah itu.

Apa pun jika merasakan rawatan itu membebankan, maka berusahalah untuk mencari suatu yg tidak menyukarkan.

Saya sendiri pernah mengalami situasi sukar. Sehingga kali terakhir saya berjumpa dengan perawat ianya adalah untuk perawat yg ke 23 dan jika nak dikira jumlah keseluruhan ulangan, dah melebihi 300 kali.
27-6-2008 @ 5:32 PM (2258 days, 9h, 18min ago)

Posted by miki_mom:

saudara wagiman,

rasanya mmg berat sikit la tentang bayaran tu. saya ni sakit kanser payudara dan dah diberhentikan kerja jadi hanya bergantung pada suami yang berpendapatan tak seberapa. saya dah byk kali mendpt rawatan dgn ustaz badran, stiap kali rawatan mmg suami saya bagi RM 10 je kalau ada duit lebih RM20. agaknya sebab kenaikan harga minyak skrg ni yg membuatkan harga rawatan pun naik.

saudara ada tak maklumat tentang perawat lain yang tak mahal sangat? kalau ada boleh tak tolong syorkan pada saya?

terima kasih
28-6-2008 @ 3:42 PM (2257 days, 11h, 7min ago)

Posted by wagiman:

miki_mom,

saya faham akan kedudukan yg sdri hadapi, walau wang bukan kesemuanya didunia ini tetapi dizaman materialistik ini tanpa wang kita tak dpt kemana mana atau mendapat apa2.

Dah dicuba ke Darussyifa (Ustz. Haron Din),Darussalam (Ustz. Ismail Kamus) atau Darul Ruqiyyah (Ustz. Suhaimi Rozali)

Jangan putus asa. Setiap penyakit yg Allah turunkan pasti disertakan sekali dengan penawarnya.

Terus berserah padaNYA. Jangan sekali kali mempertikaikan mengapa kita mendapat penyakit itu kerana hanya DIA yg tahu mengapa penyakit itu diberi kepada kita.

Sebenarnya .... penyakit itu bukan musibah tetapi satu ingatan kepada manusia bahawa Allah itu sentiasa memerhati ciptaanYA.

Selalunya bila sedang sakit, barulah manusia mencari PENCIPTANYA. Tidak salah kerana secara langsung sesiapa yg kembali kepada PENCIPTANYA adalah antara manusia terpilih yg akan mendapat nikmat dari sakit itu asalkan kita REDHA dengan apa yg diberi.

Sakit dan sembuh itu milik mutlakNYA.

Berusahalah.
30-6-2008 @ 9:46 AM (2255 days, 17h, 4min ago)

Posted by K.Ri:

Seminar/Kursus dan Aktiviti Terkini

1)SEMINAR /KURSUS PERUBATAN ISLAM
BERSAMA AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE
TAJUK : KAEDAH & RAWATAN MENGIKUT AJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
(MENYINGKAP RAHSIA SAKA & KETURUNAN / PENYAKIT LUMPUH
(RIHUL AKHMAR) DAN ILMU SUSUK)

-Berkenalan dengan Alam jin
-Membincangkan definasi penyakit SAKA dan keturunan
-Amalan masyarakat melayu sebelum Islam
-Amalan Tok Bomoh/dukun/pawang dalam masyarakat melayu
-Angkara saka (jin) rumahtangga hancur
-sejarah rihul akhmar (Penyakit Lumpuh)
-Rawatan/Petua menghindari penyakit Lumpuh
-Defenasi Susuk dan jenis-jenis susuk
-Perbincangan susuk dalam perubatan kecantikan traditional dan moden
-Kaedah Rawatan Al-Quran (SAKA/SUSUK/LUMPUH)
-Pengijazahan Ayat-Ayat amalan dan Al-Quran
-Sesi Rawatan (petang selepas seminar)

Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi Bukit Damansara
Kuala Lumpur.
Tarikh : 26hb Julai 2008 (Sabtu) pkl 9.00 pagi- Pkl 4.30 petang
Pendaftaran : RM60-00 (termasuk buku seminar sarapan pagi/Tgh Hari dan
Petang)
Untuk pendaftaran sila hubungi pihak SINAR ZAMDURRANI
Pendaftaran boleh dibuat melalui sms/email (Nama penuh dan No. H/P)
Untuk maklumat penyertaan sila hubungi :-
En. Helmy 017-6955909/017-6499818
En. Khari 019-9100911/017-4411070
En. Syariman 012-3048910


2)SEMINAR PERUBATAN ISLAM
BERSAMA AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE AT-TOBIBI
ANJURAN BERSAMA MASJID PUTRA NILAI
Tajuk : Pengenalan SAKA-(Siri 1)
Tempat : Dewan Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh : 02 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Pendaftaran Sila Hubungi Ustaz Mazlan Bin Abu Bakar 019-3217641


3)KURSUS PERUBATAN ISLAM
KAEDAH & RAWATAN SIHIR,HISTERIA,RASUK DAN BENTENG DIRI.
Tempat : Dewan Perpustakaan Tawau, Sabah.
Tarikh : 16hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00ptg
Untuk Pendaftaran sila hubungi Pihak Sinar Zamdurrani atau Ustaz Amin
(Tawau) 013-5515880

4)SEMINAR PERUBATAN ISLAM
PENGENALAN (RAHSI
04-7-2008 @ 2:10 AM (2252 days, 0h, 39min ago)

Posted by DINdang:

Asalamualaikum wbt>>

Kepada saudara seagamaku memang kita hidup di dunia ni akan diuji Allah Taala dengan pelbagai dugaan Ust Suhaimi adalah muri kpd Ust Sharhan. Adalah baik jika kita tahu latar belakang perawat.. Sekarang klinik beliau di kawasan Utara ada di Pendang..
Ust Sharhan memang rawat simple tapi jika beliau Ruqyah memang power Tuan guru beliau Ust Manan dan Sheikh Wahid. Kepada pesakit-pesakit jgn putus asa rahmat Allah kita Usaha Allah yang bagi kesembuhan. Yang penting kesembuhan hati
12-1-2009 @ 11:07 PM (2059 days, 2h, 43min ago)

Posted by wagiman:

PERINGATAN:

Manusia yang dilihat atau kelihatan hebat adalah sekadar musabab kepada KEHEBATAN YANG MAHA AGUNG lagi PERKASA, iaitu MAHA SUCI ALLAH SWT, Penguasa sekalian alam.

Jangan kita lari dari memahami kalimah LA ILLAH HAILALLAH (Tiada Tuhan melainkan ALLAH)

Dari itu segala pujian selayaknya hanya milik YANG MAHA PENCIPTA tetapi manusia yang bersifat baru ini jangan sesekali didewa dewakan mengatasi yang HAQ.

Bila kita melihat kehebatan manusia maka secara HAQnya kita melihat KEHEBATAN ALLAH
14-1-2009 @ 10:30 AM (2057 days, 15h, 20min ago)

Posted by OZD:

salam semua,
saya hendak berkongsi sedikit pengalaman saya tentang gangguan jin ini.
Anak perempuan saya baru lepas STPM mengalami gangguan di percayai selepas membantu seorang rakan sekelas yang kerasukan. Lepas dari itu anak saya kerap kekejangan tangan hingga kaki selang 1-2 bulan sekali dalam masa 10-15 minit. Saya sangka stress sebab menghadapi STPM.. sehinggalah pada 19/02/09 baru ni kekejangan begitu teruk pada jam 0100 pagi hingga berlarutan 1 jam. Saya bawa anak ke hospital. Hampir jam 0500 anak saya barulah beransur pulih.
Pagi tu saya cuba tanya apa sebab yang dia kerap kejang .. sebab stress ke?, salah makan ke?
Anak saya jawap setiap kali hendak berlaku kekejangan pasti terbau ubat-ubatan hospital yang kuat di dalam rumah.
Berderu darah saya mendengar penjelasan ini. Petang tu juga saya jumpa seorang kawan dan berbincang. Dia bawa jumpa seorang imam lepas isyak. Imam beri saya air penawar.. dlm jam 1100 mlm saya beri anak minum dan suruh dia masuk tidur..
Bagaimana pun anak gelisah.. terdengar orang langgar kerusi meja. Dia keluar bilik dan ketuk bilik saya. Lepas tu saya suruh dia duduk di sofa. Dia berselimut.. kakinya sejuk tapi basah sebab berpeluh. Saya dan isteri bacakan ayat kursi dan hembus ke badannya.
Mata nya semakin liar, dia mula menangis dan memjerit2. Pulih 3 jam kemudian selepas ada seorang ustaz yg membantu.
Selama 3-4 hari anak kerap mengamuk. menjerit menangis, bercakap cina ..ustaz ni juga yang datang membantu setiap kali anak kerasukan.
Hampir 3 minggu semua ahli keluarga di ganggu. dengar org menangis, dengar guli jatuh, dengar bola di lontar ke dinding, suara anak2 memanggil. Malah anak bungsu saya umur 10 tahun terlihat seorang yg hitam dlm ketinggian 3 kaki, rambut kerinting, tak pakai baju tapi cuma berseluar pendek lalu depan TV sekitar jam 1000 mlm.. tu yg sy pesan ke anak, kalau jumpa lagi.. sebut ALLAH pelan2, lepas tu cungkil biji mata nya ..
07/03/09 kami sekeluarga ke gombak rumah adik sebab ada kenduri doa se
05-4-2009 @ 1:13 PM (1976 days, 13h, 37min ago)

Posted by OZD:

07/03/09 kami sekeluarga ke gombak rumah adik sebab ada kenduri doa selamat. Semasa tahlil .. anak sy kerasukan lagi. Menjerit-jerit.
Kebetulan abg ipar kenal Ustaz Rozali Zahari (dari kumpulan Darussalam) dan lepas talipon, ustaz pun sampai .. 30 minit lepas di rawat (perlu sediakan 30 biji limau nipis), anak menampakkan pulih dan sedar walaupun makhluk jin sebenarnya masih ada dalam badan.
Mandi dengan 3 biji limau nipis setiap lepas asar selama 7 hari. ¼ biji limau nipis di perah dan buat air minum pada sebelah malam sebelum tidur..
Lepas tu guna pula limau purut untuk mandian selama 7 hari juga dengan mengikut proses sama (sebenarnya ada detail lagi dan perlu rujuk pada ustaz seperti spray semua penjuru rumah, baca 3 qul sebelum tidur dll).
Selama hampir 2 minggu selepas sy balik johor, semua kembali seperti sedia kala .. anak seperti boleh tidur lena .. walau pun masih terasa seram di beberapa bahagian rumah seperti dlm tandas dan bilik tidur anak. Asal masuk bilik je .. kembang bulu tengkok dgn sendiri.
Sehinggalah pada jam 0600 ptg 2/04/09 anak saya kerasukan lagi.. sy dan isteri baca ayat kursi, beri anak minum air limau nipis, gosok seluruh badan dengan limau nipis dan palit baju yg di pakai dgn minyak atar kasturi.. alhamdulillah anak pulih dengan sendiri selepas 30 minit. Lepas sedar anak buka cerita .. ada rasa bau ubat hospital tetapi lalu sesekali dan tidak sekuat dulu baunya.
Sy talipon ustaz Rozali .. dan kami buat temujanji pagi esoknya jam 0800 pagi 3/4/09 di rumah ustaz di Taman Melewar. Mlm tu sy tolak ke Gombak lepas jam 1200 mlm.

(Dalam 2-3 minggu ini pun macam2 mimpi kami lalui, sy mimpi perang dgn satu kumpulan yg berkubu dlm banguna seperti KLCC .. kapal terbang tembak keliling kaca bangunan hingga bangunan runtuh. Hari lain sy mimpi sekumpulan truck tentera berpindah keluar dari satu bandar kepinggir hutan.. tempat tu nampak mcm satu perkemahan pulak.
Isteri mimpi jumpa makhluk hitam rambut kerinting tu, kali ini boleh pegang da
08-4-2009 @ 9:12 AM (1973 days, 17h, 38min ago)

Posted by OZD:

Isteri mimpi jumpa makhluk hitam rambut kerinting tu, kali ini boleh pegang dan dapat cungkil kedua-2 biji mata. Anak bungsu pun mimpi jumpa makhluk hitam mcm yg dia nampak nyata depan TV tak lama dulu di satu taman.. anak pun dapat cungkil biji mata makhluk tu dan ramas hingga pecah)

Pagi tu di rumah ustaz .. lepas scan nampak semakin pulih, tenang, tidak seperti scan sebelumnya ..
Sebelum ni bila scan seluruh badan menggigil .. kedua kaki bergerak2. bunyi suara seperti menderam.. tapi kali ni bahu belakang, pinggang dan tangan kanan rasa ringan, dada & anak tekak lapamg dan tak sesak nafas seperti dulu. Kaki kanan ok, Cuma kaki kiri ada sedikit gerak .. anak kata rasa sedikt sakit pada tengah tapak kaki.
Pada kali ini ini anak perlu mandi air limau purut bersama daun pokok bidara selama 7 hari juga. Proses mandi sama seperti yg lepas2 juga. Air yg di bekalkan pun perlu di minum.

Alhamdulillah .. 4-5 hari ini suasana dalam rumah tidak rasa seram. Dlm tandas dan bilik anak langsung tidak ada tanda seram .. sy cuba rasa2 dgn berdiri dan pandang keliling tapi mmg rasanya semakin baik.
Sy akan ulang temujanji mingkin 1-2/05/09 nanti. Kali ini sy perlu bawa 7 botol air dari 7 kolah masjid yg berlainan.

Apa pun sy jangan rasa puas hati. Jin nampak kita tapi sy tak nampak mereka. Dgn sekelip mata, mereka boleh merasuk semula. Sy pesan pada anak2.. jin suka tinggal dlm rumah kosong, dalam keadaan skg diri anak sy sebenarnya kosong dgn amalan.. sy ingatkan mereka supaya jaga amal. Sembahyang awal waktu, doa, wirid 4 qul setiap lepas asar, baca kitab manzil. Buat adab tidur dengan baca 3 qul dan sapukan seluruh badan, beri salam masa nak masuk rumah, baca doa masuk tandas dan masuk dgn langkah kaki kiri dll amalan mudah dan ringkas.

Semoga allah memberi kesembuhan pada anak saya. Sy cuma ikhtiar dan bertawakal.
09-4-2009 @ 5:26 PM (1972 days, 9h, 24min ago)

Posted by wagim@n:

Terima kasih sdr. OZD kerana sudi berkongsi pengalaman. Tiap manusia yg dilahirkan kedunia ini punya sejarah tersendiri yg telah dicatat di Loh Mahfuz. Tiap urutan sejarah punya rahsia yg tidak dapat ditafsir oleh minda sedar kita.

Berusahalah mencari kesembuhan kerana sembuh itu milik Allah dan sakit itu juga ketentuanNYA. AMin
10-4-2009 @ 11:50 AM (1971 days, 15h, 0min ago)

Posted by maznah:

Salam. ingin bertanyakan bolehkah ustaz memulihkan penyakit cancer payudara. untuk komen, saya rasa tidak lagi. t.k.
03-6-2009 @ 8:39 AM (1917 days, 18h, 11min ago)

Posted by kalok bin pari:

saya mengidap 3 saluran jantung tersumbat dan akan membuat pembedahan pada bulan september 2010 seminggu selepas hari raya akan datang Apakah Ustaz dapat menolong saya melalui kaedah rawatan beliau ? t.k
12-5-2010 @ 5:29 PM (1574 days, 9h, 20min ago)

Posted by wagiman:

Salam. Sdr Kalok, sy bukan ustaz. Cuba gi ke klinik Ustz Suhaimi - Darul Ruqiyyah di Gombak. Sy pernah bersembang dengan beliau dan dalam sembang itu beliau ada kata bahawa pihak IJN pernah menawarkan beliau membuka klinik di IJN sebagai rawatan alternatif sakit jantung. Insya-Allah cubalah kesana.
14-5-2010 @ 8:00 AM (1572 days, 18h, 49min ago)

Posted by shasha:

saya pergi zamdurrani dekat sungai besi sana....sy ingat bayar utk harga barang jerk....madu rm25, air zam zam kecil dalm 400ml 4 botol. Saya ingat semua tuh dalam rm80....tp masa dekat kaunter kena charge sampai rm200. Terkejut saya........bukan x ikhlas nak memberi....tp terkejut dengan perubatan islam yg perlu bayaran sampai 200 ringgit sedangkan masuk bilik bersama ustaz masuk bersama pesakit ramai2 dalam 8 0rang pesakit.....sy pergi darul syifa' bagus.......ustaz2 semuanya x kebendaan....terima kasih
03-7-2010 @ 8:33 PM (1522 days, 6h, 17min ago)

Posted by nana:

the same thing happened to me..saya pun ada ke sinar zamdurrani..bukan nak ckp n x ikhlas, tp bayran yg dikenakan bg saya agak melampau..bygkan dgn keadaan bilik yg sgtlah tidak selesa..bilik sempit..org ramai terpaksa beratur kat tangga..n x ada privacy,tp bayaran sgtlah mahal..mgkin alasannya nak byr sewa kedai n so on tp berpada2la..just a bit of opinion
21-7-2010 @ 10:57 PM (1504 days, 3h, 53min ago)

Posted by Zuraidah B.:

Salam...Sy pernah mendapatkan rawatan di Darul Syifa' kerana mengalami gangguan dari jin(seperti yg 'didiagnose' oleh ustaz Husin-Darul Syifa'). Sy berpuashati dgn kaedah rawatan beliau. Walaupun terpaksa menunggu lama dan kdg2 sampai pukul 2pg baru selesai rawatan, tp sy amat kagum dgn usaha dan kesungguhan beliau utk membantu pesakit. Tentang bayaran,..tidak ditetapkan..SEIKHLAS HATI..
22-7-2010 @ 6:51 PM (1503 days, 7h, 58min ago)

Posted by adamervina:

salam...sy pn mengalami situasi yg sama. Bayaran yang dikenakan tidak munasabah langsung. Tetapi terpaksa lah bayar juga. kepada perawat yang dihormati jgnlah kerana wang anda menjadi "gelap mata". Ingatlah ilmu yang anda miliki adalah anugerah Allah kepada anda, tidak mustahil Allah akan menariknya drp anda. Janganlah mengambil peluang atas kesusahan org lain. Tidak mustahil jg kalau suatu hari nanti anda pula yang akan diuji oleh Allah dengan penyakit yang berat. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Jawab Wagiman
Saya faham dengan apa yg anda maksudkan dan bersimpati. Sebenarnya telah banyak komen yg saya terima mengenai perkara ini tetapi siapalah kita ...
27-10-2010 @ 2:44 PM (1406 days, 12h, 5min ago)

Posted by kpah:

Ada sesiapa tahu tempat rawatan berkesan dan brpatutan untuk penyakit depression/putus asa?
30-12-2010 @ 9:38 PM (1342 days, 4h, 12min ago)

Posted by NORHASHIMAH BINTI OMAR:

Sinar Zamdurrani yang dipelopori oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan bin Shafie juga adalah salah satu At Thobibi Team yang merawat berlandaskan Perubatan Islam:)
21-2-2011 @ 2:39 PM (1289 days, 11h, 10min ago)

Posted by Baayah osman:

Saya tidak boleh berjauhan dgn suami, bila suami out station, fikiran saya bercelaru dan runsing hinggakn tidak boleh lena pd waktu malam, asyik risau dan takut tak tentu pasal membuatkan saya runsing dgn keadaan begini, sudah puas berubat tapi belum ada rezeki. Ingin berubat tetapi suami semacam berputus asa. Saya tak tahu apa nak buat lagi. Ada tak perubatan secara islam di ipoh, ni?

Saya tidak boleh berjauhan dgn suami, bila suami out station, fikiran saya bercelaru dan runsing hinggakn tidak boleh lena pd waktu malam, asyik risau dan takut tak tentu pasal membuatkan saya runsing dgn keadaan begini, sudah puas berubat tapi belum ada rezeki. Ingin berubat tetapi suami semacam berputus asa. Saya tak tahu apa nak buat lagi. Ada tak perubatan secara islam di ipoh, ni?

Jawapn wagiman
Perawat Ustz Raja Ahmad - klinik mereka berhadapan dengan masjid Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh. Sila hubungi En Sabudin 016-5644321 utk temu janji.Jika phon tidak diangkat cuba pergi sendiri spt alamat diatas dan jika xjumpa tanyalah pada imam masjid disitu. Insyaalah jika ada rezeki... ALLAH akan sentiasa memberi ruang.
16-5-2011 @ 4:28 PM (1205 days, 10h, 21min ago)

Posted by nur:

sya da pena pegi sekali kat zamdurrani..mula2 sya dan suami sya mmg respect kat die tp entala tbe2 rse terkilan lak..mse brubat tu lapan org masuk sekali rawat sekali ingtkn seorg2..die tnya satu persatu sakit ape..sya nk bgtau pun malu gak nanti ape tggpn org thdp sya..sya x ckp byk psl skit sya..lain orang lain sakit takan rawatan die sama kot tp die rawat semua sama je...lps berubat sya terkejut jgk bole menjejak RM200 air penawar pun kene caj yg agak tk berbaloi...kalau orang susah la nak berubat dan orang tu da sakit teruk..bole ke orng tu nak mintak rawatan?itu yg sya tak phm..yg sya pelik ade seorg pesakit tu die cuma dpt byr seratus je..pastu pembantu perawat tu kata takpe bile dtg lagi nanti byr baki hutang tu sekali...sya mmg kesian ngan makcik tu...

Jawab Wagiman
Dah banyak diperkatakan tentang beberapa pusat rawatan Islam yg bila dah terkenal, cara rawatannya berubah spt sebelumnya. Tak taulah sy nk cakap camana ngan pemikiran mereka ni .. sy nampak nilai2 KEIKHLASAN dalam rawatan telah hilang perlahan lahan ditelah kekormeselan (kebendaan).
27-5-2011 @ 11:23 AM (1194 days, 15h, 27min ago)

Posted by Hamba Allah:

Jika seseorang itu ada saka, macamana cara nak berubat.

Jawab Wagiman
Carilah pusat rawatan Islam yg berhampiran tentunya mereka punya cara untuk menyelesaikan kemuskilan anda. Yang penting jangan sesekali berjumpa bomoh, pawang atau yg sewaktu dengannya.
02-6-2011 @ 6:37 PM (1188 days, 8h, 13min ago)

Posted by rohayu:

as salam.cb hbgi pak razak di bndr baru bangi.mudahan boleh sembuh.0193981461.

Jawab wagiman
Assalamualaikum Rohaya ... nombor phon diatas untuk siapa dan kenapa agaknya?

This comment has been moderated by the blog owner

15-7-2011 @ 2:22 AM (1146 days, 0h, 28min ago)

Posted by ieda:

salam,

saya diberitahu waktu saya belum lahir lagi ada orang iri hati terhadap keluarga saya. ada benda syirik tertanam di rumah sejak dulu lagi..kini saya pun dah berusia 25 tahun. yang menyihir keluarga saya pun dah meninggal dunia..keluarga saya tiada yang sakit kronik..tetapi kebanyakannya hidup mereka tidak menentu. kesemua adik beradik saya belum berkahwin dan saya adalah anak yang ke-6..adakah ia kerana sihir. Adakah kemungkinan saya terkena sihir itu sekali..

Jawab Wagiman
W'salam. Sentiasalah berpegang kepada .." .. ajal maut jodoh rezeki itu milik Allah ..." Mempercayai sesuatu yg berlaku selain dr kekuasaanNYA boleh meruntuhkan aqidah. Sihir tidak akan menjadi tanpa izin Allah dan selainnya kita sebagai manusia hanya perlu berserah mengikut panduan KalamNYA.

This comment has been moderated by the blog owner

08-9-2011 @ 8:59 PM (1090 days, 5h, 51min ago)

Posted by nue_rul:

sy dh beberapa minggu selalu demam pd waktu mlm saja...x rasa nk demam tp badan memang panas..sampai suami sy sendiri tegur x selesa nk pegang saya dan sy sendiri jd rimas bila dia pegang saya sbb terasa kulit sy ni panas bila besentuhan dgn dia...luar badan panas tp dlm bdn terasa sejuk sgt...pegi klinik dia asyik bg sy mkn panadol...kenapa agak nye sy jd camni ye?

Jawab Wagiman
Assalamualaikum Puan Nue. Sudahkah puan mendapatkan rawatan lanjut di hospital? .. jika belum lakukan dengan segera, spt ujian air kencing, jantung, tekanan darah dll. Agak sukar hendak menentukan yg puan menghadapi simptom gangguan sihir. Utuk kepastian, carilah rawatan dimana mana pusat yg dipercayai ... jgn jumpa bomoh atau pawang atau dukun. Jauhkan diri dr kesyirikan. Tk

This comment has been moderated by the blog owner

19-9-2011 @ 9:49 PM (1079 days, 5h, 0min ago)

Posted by fairus:

knp bila kaitan ibadah islam kita berkira psl duit..walhal bila anda fikir, klu pergi doctor anda mampu bayar ratusan ribu, utk berhibur ke bomoh anda sanggup berhabisan.. tp bila sesuatu perkara berkaitan ibadah islam anda merasakan berkira utk berhabisan duit..

Jawab Wagiman
Tidak salah meminta upah atas usaha membantu org lain tetapi apa yg dipertikaikan ialah "Keterpaksaan" membeli suatu produk yg dikaitkan dengan rawatan sedangkan belum terbukti produk itu mampu menyembuhkan. Bukan semua pesakit yg mencari rawatan alternatif ini berkemampuan ... tentunya wang ringit tidak menjadi masalah bagi saudara tetapi bagaimana dengan org lain?? Memang tidak dinafikan bila berjumpa dengan doktor pakar terutama diklinik swasta, upah yg perlu dibayar memang tinggi akan tetapi apa yg dipertikaikan ialah rawatan alternatif ini telah terlalu dikomersilkan.

Sebagai contoh.. seorang pesakit perlu membayar wang pendaftaran sehingga setinggi RM20 ... kemudian perlu beli produk PR spt Kismis, minyak sapu, garam gunung, air zam zam dll hingga menjangkau RM300 ... sedangkan rawatan belum dijalankan, malahan ada pula ustaz2 ini yg menjual cincin yg dikatakan mampu menjauhkan jin. Ustaz sendiri yg mengajar pesakit jadi syirik ... jadi macamana agaknya mereka ni nak merawat pesakit?

This comment has been moderated by the blog owner

09-12-2011 @ 2:10 PM (998 days, 11h, 39min ago)

Posted by nayza:

Asslm, sy ada kwn yg berubat dgn ustaz badran dlm thn ni krn kanser payudara, rsnya ustaz badran masih lagi meletakkan harga 'seikhlas hati'.. itulah seperti yg diperkatakan oleh kwn sy tu... kpd maznah, kalo tak silap saya, penyakit kanser ni merupakan salah satu penyakit yg dtgnya dari jin/syaitan... itu yg sy pernah baca, kalo salah harap maaf yer.. boleh cari info dlm internet...tq

This comment has been moderated by the blog owner

27-12-2011 @ 7:41 PM (980 days, 6h, 8min ago)

Posted by norliza:

Assalam..ada sape2 yg pnh berubat ngan ust hj Hanafi Hj Rashid? bole share pengalaman x. tk:)

This comment has been moderated by the blog owner

05-2-2012 @ 7:06 AM (940 days, 18h, 44min ago)

Posted by :

salam, ada tak sape2 yg pnh berubat ngan ust hj hanafi hj Rashid di kedah? boleh kongsi pengalaman tak? TK

This comment has been moderated by the blog owner

09-2-2012 @ 8:03 AM (936 days, 17h, 47min ago)

Posted by kasturi:

salam,saya dah enam kali berubat kat ustz sarhan.saya redha je berapa yg kena bayar,untuk kali ketiga,cuma baya duit air zam zam saja empat botol(satu rm20).yg lain lain ti kalau nak beli madu,minyak urut dll,tiada kemestian.biasa la orang hantar tuju-tuju ni kat kita,ari ni berubat esok diaorang hantar lagi....ini bermakna Allah belum nak izin kita sembuh lagi,jangan putusasa je lah.rawatan dengan ustaz memang ada kesembuhan.cuma kita kena bersabar dari segi masa,tenaga dan wang ringgit.sakit kan penghapus dosa.sangka baik saja pada Allah dan pak ustaz....aminnn.

This comment has been moderated by the blog owner

09-4-2012 @ 3:09 PM (876 days, 11h, 41min ago)

Posted by jamiah:

saya nak tanya, ada kah pusat perubatan syifah yg terdekat di Sabah, seperti di Sandakan yg boleh di kunjungi..

Jawab Wagiman
Assalamualaikum. Hanya di Lahat Datu saja sy jumpa.

PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK LAHAD DATU SABAH
ZULKIFLE ABD KAYUM
BANGUNAN KEDAI KG DENGAN TUNGKU LAHAD DATU, SABAH, Malaysia
NO TEL : 0198026080

This comment has been moderated by the blog owner

03-5-2012 @ 8:46 PM (852 days, 6h, 3min ago)

Posted by fid:

Kebanyakan pusat rawatan sekarang mengenakan bayaran.Ada pendaftaran je $50,$75 dsbnya.Rawatan pula lain harga.(cuba bayangkan kalau seorang $50, 1 keluarga yang kena penyakit 4 orang ,pendaftaran je $200.Belum lagi yang lain....Sebelum popular dulu lain bayaran dan bila popular lain harganya. Sampai beratus-ratus .Orang yang byk duit mungkin itu jumlah yang sikit.Memang kita nak sihat perlukan berkorbankan jumlah yang x seberapa kata separuh org.Tapi kita ketahui orang yang sakit ini dah byk berubat mungkin dah susut duitnya.(mungkin orang yag tak berkemampuan)Manusia dlm kesusahan.Orang yang kaya ,wang ringgit is a small matter .

This comment has been moderated by the blog owner

27-12-2012 @ 4:18 PM (614 days, 9h, 31min ago)

Posted by nurain samadi:

assalamualaikum..
sy nk tanya ada tak pusat perubatan syifah di area-area segamat dan yg berdekatn dgn nya..

Jawab Wagiman

Terapi Islam Al Barokah

ALAMAT :
NO 20 JALAN BISTARI 5/2
TAMAN YAYASAN
85000 SEGAMAT
JOHOR

TELEFON/SMS untuk temujanji
019 700 2278 - MUALIJ FAIZAL
019 700 8595 - MUALIJ DAUD
019 721 6404 - MUALIJ PAK WAHAB

WAKTU RAWATAN
SELASA, RABU, SABTU, AHAD - 3:00pm - 11:30pm ( rehat 7:00pm - 8:45pm )
JUMAAT - 5:00pm - 11:30pm

CUTI
ISNIN DAN KHAMIS

This comment has been moderated by the blog owner

18-4-2013 @ 10:22 PM (502 days, 4h, 27min ago)

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see