Sedari tadi, Mastika tertunggu tunggu lelaki bertubuh sederhana ini bersuara. Tetapi dia masih berdiam diri. Sudah hampir lima belas minit kami berda di sebuah warung yang terletak sekitar Pandan Jaya, Kuala Lumpur itu. Selama itu juga kami juga tidak banyak bersembang. Lelaki ini agak serius. Pukul 12.00 tengah malam. Malam itu, warung itu lengang shaja. Tetapi lelali ini cukup sukar untuk memulakan kata katanya, hinggalah 15 minit kemudian. “Okey, boleh kita mula sekarang?” soal lelaki yang berusia sekitar 30-an ini. Mastika sekadar mengangguk. Sebenarnya sudah lama Mastika menunggu agar lelaki yang bernama Kamal ini memulakan ceritanya. Kamal sebenarnya mahu menceritakan sebuah kisah tragis seorang sahabatnya yang bernama Ikhwan. Ikhwan adalah seorang kerabat diraja. "Ikhwan kecewa... kecewa dengan bapanya!" kata Kamal memulakan ceritanya. Apakah yang telah berlaku pada Ikhwan? Mengapa dia kecewa dengan bapanya? Sebelum menjawab pertanyaan itu, terlebih dahulu Kamal menceritakan bagaimana dia boleh mengenali Ikhwan, dan siapakah Ikhwan yang sebenarnya. Kata Kamal, dia mengenali Ikhwan semasa belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar negeri di selatan tanah air. Sewaktu itu, Kamal dan Ikhwan masing-masing berusia 13 tahun. "Saya rapat sangat dengannya. Too closel Di sekolah, Ikhwan seorang yang genius. Dia juga seorang yang segak kerana ibunya berbangsa Cina. Ramai orang yang suka dengannya, dia pun cukup pandai bergaul," jelas Kamal. Menurut Kamal, hidup Ikhwan sangat senang dan mewah. Maklum saja, Ikhwan lahir dalam keluarga kerabat diraja. Serba-serbinya cukup. Tambah pula, dalam keluarganya, Ikhwan adalah anak tunggal. Dia anak yang dimanjakan. Namun, ada satu kekurangan dalam diri Ikhwan. "Ikhwan tak tahu pasal agama," beritahu Kamal. "Sewaktu mula-mula saya kenal Ikhwan, dia memang daif pasal agama. Jangankan mengaji, sembahyang pun tak tau. Kadang-kadang saya kesian tengok Ikhwan, setiap kali sembahyang jemaah di surau sekolah, Ikhwan selalu nak mengelak, nak lari. Dia malu, sebab dia buta agama! "Tapi, Ikhwan bukan looser. Walaupun buta agama, dia sentiasa mau belajar tentang Islam. Ikhwan tak pernah segan- segan minta tunjuk ajar. Saya dan kawan-kawan cuba tolong Ikhwan. Kami ajarkan sedikit-sedikit pasal agama Islam, itu pun setakat yang kami tau saja. "Sebenarnya, ustaz sekolah yang banyak menolong Ikhwan. Dia diajar sembahyang, diajar tentang cara hidup orang Islam. Dia juga diajar mengaji. "Dua tiga tahun lepas itu, Ikhwan dah okey. Sembahyang tak putus, rajin ke surau. Dah pandai mengaji. Masa bulan puasa, dia tak pernah tinggal puasa. Bukan tu aja, dia juga rajin puasa sunat. Dia banyak berubah kalau nak dibartdingkan semasa saya kenal dia mula-mula dulu," cerita Kamal panjang lebar. Pun begitu, Kamal menyambung lagi, "Ada pula masalah lain! Keluarga. Keluarga Ikhwan sendiri yang mendatangkan masalah! Keluarga Ikhwan... nama aja Melayu tapi dia orang hidup macam mat saleh. "Minum, parti, tak pedulikan agama. Itu yang buat Ikhwan tertekan. Kalau cuti sekolah, Ikhwan memang tak suka balik rumah. Dia selalu ikut saya balik kampung," jelas Kamal. Sebenarnya, tegas Kamal lagi, keluarga Ikhwan, terutama bapanya, tidak peraah praktikkan ajaran Islam. Amal ibadat diabaikan. Ibu bapanya banyak terpengaruh dengan cara hidup Barat. "Ibu bapa Ikhwan berpendidikan Barat. Dia orang pernah tinggal di overseas. Pengaruh kat sana terbawa-bawa sampai ke sini. Saya pernah bermalam di rumah Ikhwan. Saya terkejut... dalam rumah dia ada bar. Bila saya buka peti ais, ada bir! Minum arak memang perkara biasa. "Bukan itu aja, every weekend bapanya selalu buat parti. Lelaki dan perempuan 'bergaul' bebas. Arak tak usahlah nak cakap. Sambut pesta macam orang putih. Cium, peluk, pakai pakaian terdedah sana-sini. Memang teruk! "Ikhwan ada mengadu kat saya, bapanya pernah marah dia masa sembahyang. Cuba bayangkan, kalau bapa sendiri tanya kat kita, mengapa kita perlu sembahyang! Sepatutnya bapa yang suruh kita sembahyang, tapi masalah Ikhwan ialah, bapanya tanya kenapa kita perlu sembahyang. "Masa bulan puasa, Ikhwan "Saya cuba cari Ikhwan tapi tak jumpa. Akhirnya saya dapat berita tentang Ikhwan... berita buruk!" - Kamal. seorang saja yang berpuasa. Mak dan bapanya tak puasa langsung. Takkah teruk macam tu? Kadang-kadang, saya temankan dia berbuka puasa kat luar. Kalau ada masa, saya ajak dia berpuasa kat rumah saya aja. Saya sendiri tak sanggup tengok keadaan Ikhwan! "Adakah patut Ikhwan dimarah oleh bapanya sebab berpuasa! Kata bapa Ikhwan, jangan puasa, nanti sakit. Nonsense. Paling sedih, bila bapanya cakap dia gila sebab berpuasa. Saya cukup kesian dengan Ikhwan. Kadang-kadang dia menangis mengadu kat saya hal-hal begitu! "Ikhwan tak dapat nak buat apa-apa. Kalau nak nasihat bapa dia... ah! memang cari nahas. Bapa dia garang. Ikhwan memang tak berani nak bersuara. "Ibunya pula tak pernah nak melarang, malahan ibunya hampir sama saja dengan bapanya. Dah tak boleh nak kata apa! Ikhwan masa tu masih sekolah, baru belasan tahun. Dia memang tak kuasa nak menegur," cerita Kamal lagi. Menurut Kamal, keadaan tersebut berlarutan sehinggalah Ikhwan belajar di matrikulasi, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jelas Kamal lanjut, perlakuan Ikhwan juga semakin berubah, jauh berbeza sama sekali sebagaimana yang Kamal kenali sebelumnya. "Ikhwan totally different. Dia bertambah alim. Di universiti, kawan-kawan gelar dia 'orang masjid'. Ikhwan bertambah baik. Cuma yang jadi masalah masa tu, famili Ikhwan. Bapanya semakin teruk. Teruk...!" tegas Kamal sambil beristighfar berkali-kali. Mastika bertanya, apakah yang telah .berlaku? "Bapa Ikhwan murtad...!" kata Kamal sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Dia tukar agama supaya sesuai dengan cara hidup dia. Dalam Islam melarang arak, pergaulan bebas, judi... bapa Ikhwan tak suka. Dia tak suka bab sembahyang, puasa, qiamullail, haji, zakat semua tu. Dia nak hidup bebas macam di Barat. Jadi dia masuk agama sesuai dengan cara hidup macam tu. "Sebab tulah, Ikhwan tak pernah lepas jejak kaki ke masjid. Ikhwan sentiasa berdoa supaya bapanya bertaubat dan kembali pada Islam. Ikhwan rahsiakan hal bapanya itu daripada kawan-kawan lain. Dia cuma bagitau saya seorang saja. "Saya cuba membantu, tapi bapa Ikhwan payah untuk dibawa berbincang. Ikhwan sendiri tidak dipedulikannya. Lagipun, saya tak berani terlalu campur tangan. Maklumlah, Ikhwan keluarga kerabat. Apa saya boleh buat? Ikhwan pula tidak mahu hal itu dihebohkan. "Ikhwan selalu tegaskan pada saya, Allah itu tidak buta, semoga satu hari nanti hidayah akan sampai kepada bapanya. Saya sendiri sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu hati bapa Ikhwan supaya bertaubat satu hari nanti," terang Kamal panjang lebar. Bagaimana dengan keluarga terdekat Ikhwan, adakah mereka tidak ambil peduli? tanya Mastika lagi. "Murtad bukan perkara main-main. Bila bapa Ikhwan jadi begitu, keluarga Ikhwan memang ambil serius. Mereka minta bapa Ikhwan supaya bertaubat. "Tapi, masalahnya bapa Ikhwan dah tak boleh nak diajar lagi. Ibu Ikhwan tak dapat terima suaminya murtad. Dalam hal ini, ibu Ikhwan walaupun mualaf dan hidup cara Barat, tapi tidaklah keterlaluan. Dia sayangkan Islam, cuma tidak buat amal ibadah sebab tak ditunjuk ajar oleh bapa Ikhwan. "Ibu Ikhwan pujuk suaminya supaya kembali kepada Islam, tapi tak dilayan. Saya dapat tahu, bapa Ikhwan melarikan diri selepas itu," jawab Kamal. Cerita Kamal seterusnya, selepas beberapa lama menamatkan pengajian di universiti, dia terputus hubungan dengan Ikhwan. Hal ini berlaku selepas kematian ibu Ikhwan. Sahabatnya itu tidak muncul-muncul lagi selepas itu. Khabarnya, Ikhwan sengaja menghilang diri daripada pengetahuan kenalannya. "Ibu Ikhwan terlalu kecewa sehingga jatuh sakit. Khabarnya, ibu Ikhwan bukan saja kecewa sebab suaminya murtad, tapi terlalu sedih kerana ditinggalkan begitu saja. "Tidak lama selepas ibu Ikhwan meninggal dunia, Ikhwan terus menghilang. Saya tak tau apa perkembangan Ikhwan selepas itu. "Sebagai kawan rapatnya, saya cuba cari Ikhwan. Saya faham, Ikhwan terlalu kecewa dengan bapanya, sebab itu dia menghilangkan diri. Tetapi masalahnya, keluarga terdekat Ikhwan rahsiakan ke mana dia pergi. "Selepas beberapa tahun saya cari, akhirnya saya dapat berita Ikhwan berada di Amerika Syarikat. Dia bekerja di sana. Saya cuba nak hubungi Ikhwan, tapi tak dapat. Keluarganya juga tak tau macam mana nak menghubungi Ikhwan sebab selalunya Ikhwan yang hubungi mereka. Sebab tu problem nak konteks Ikhwan. "Tidak lama selepas itu, saya dapat berita buruk tentang Ikhwan. Ikhwan accident. Dia meninggal dunia. Ikhwan dikebumikan di sana. Itulah khabar terakhir yang saya dapat dengar pasal Ikhwan. "Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, Allah sentiasa sayangkan umatnya. Apa yang berlaku terhadap Ikhwan adalah kehendak Allah," kata Kamal, sedih. Lelaki ini menopang dagu sambil tertunduk, nyata Kamal begitu sedih dengan kehilangan sahabatnya itu. Bagaimana pula dengan bapa Ikhwan? "Saya tak tahu. Selepas bapa Ikhwan larikan diri, saya tak dengar khabar berita tentang bapa dia lagi. Bapa Ikhwan tak pernah muncul-muncul sampai sekarang. Ada yang mengatakan bapa Ikhwan sudah berpindah ke luar negara, tapi tak tahu sama ada berita tu betul atau tidak. "Saya ceritakan semua ini sebab saya tengok Mastika serius bangkitkan isu murtad ke tengah masyarakat. Bagi saya isu ini dah lama, tapi masih tak selesai. Yang salah pun kebanyakannya adalah diri kita juga. Iman tak kuat, mudah terpengaruh. "Dalam hal inilah saya puji sikap Ikhwan. Dia jadi orang yang begitu kuat imannya selepas melihat kekurangan dalam diri ibu dan bapanya. Tak ramai orang macam tu. "Cuma satu saya harapkan, semoga bapa Ikhwan dapat petunjuk dan kembali kepada Islam," ujar Kamal mengakhiri perbualan dengan Mastika. Mastika Februari 2007 <<<<<<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. Penulis: xxxxxxxxxxxxxxxx
Terbitan asal: Mastika Februari 2007 hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
1 komen.