Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Tarmizy-rwgCH: Anda takmau letih dan mengantuk masa kerja? nak berjaga malam? atau juga nak awet muda? klik pada http://kedaimuslimsyifa.blogspot.com
U Hayat: Apa maksud mimpi2 saya ye???? http://kamustafsirmimpi.com/
Wagiman: H.SAADIAH BINTI SAID: sila ke laman Darul Shifa di http://www.darussyifa.org/untuk keterangan lanjut. Alamat klinik 1. Alamat Darul Shifa’Lorong 1/BB, Fasa 1,Bangi, Selangor DETel: 0389250443 . No.phon ni saya tak pasti masih boleh guna atau tidak.
H.SAADIAH BINTI SAID: A'kum.Sy nak cuba perubatan dgn Dr Haron Din mencari emak sy yang hilang.Ayah tiri sy melarikan emak sy.Dan ayah tiri sy juga ada mengamalkan ilmu hitam.Hampir 4 tahun emak sy hilang.Tlonglah sy nak sgt jmpa dgn emak sy.Bagaimana kah caranya?Ni no phne sy 0179726465.
LadingEmas: Salam ~ Ziarah, Grenbara, web amat padt dgn iLMU, Tahniah.Mohon Izin sy kepil diWeb sy :) Jazakallahukhairan kathiro
etuza: salam ziarah..paparan anda mengingatkan kita bala menimpa sungai pampang greg 1996..macm tu pula ceritanya ye..masyAllah teruknya maruah..jemput ke blog etuza ya taip etuza cari kat google
Tarmizy-rwgCH: Salam semua, jemput melawat blog saya disini http://tarmizy-rwgch.blogspot.com
u hayat: Dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dgn pembelian ebook Terapi al Quran Ustaz Abd Malek Darul Hikmah: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/produk-kami.html
muin: saya suka dengan kejadian allah
Ahmad Syafiq: Salam ........ saudara......jika ade berita serba sedikit mngenai guru yg mahir untuk mengajar tarannum serta yg mahir mngenai qiraat,diminta email kan dekat email ana........kerana berhajat utk mendalami ilmu ini dengan lebih dalam disamping utk mentarbiyah kan diri ana sendiri.......tidak kira dimana tempat nya.......sila berikan no telephone dan alamat jika ada ke no 0123326909....ataupun hantar ke email ana ini.....ahmdsyfq@yahoo.com......sekian.......
Taniah: Assalamu-Alaikum! Just passing by to spread some love! You have a very nice blog, but its unfortunate (for me) that I didn't understand what anything was about! =( ! On this Friday, may Allah gift you an AMAZING week filled with HAPPY things!!
wagiman: sdri. Liza, spt yg sdri mintaPara pembaca yang mempunyai kemusykilan agama untuk dijawab oleh Ustaz. Mohd Farid Ravi Abdullah bolehlah menghantar e-mail ke agama@utusan.com.my atau faks 03-92224967 atau menghubungi 03-92217955-576
secangkir madu merah: salam jumaat, minta izin link kan blog ni ke blog saya terima kasih....
SIMAAS: Salam wagiman,menarik juga pyampaian tuan ttg mimpi.memang betul kata tuan ttg makna tepat ksahihn tanda & maksud mimpi itu sndiri.Cuma skadar ingin tahu..blh tak lihat maksud mimpi ini pulak.. www.simaas.blogspot.com
liza: kalau ade tolong email pada sy sliza_pdns@yahoo.com. thanks
liza: nak contact number & email ustad farid blh?
amphe: Ada sesiapa yang ada contact email/no fon zabidi mohamed boleh email saya. Tgh mencari beliau utk membuat temuramah (kalau boleh)
mz: salam minta izin
insan: salam.minta kebenaran untuk copy paste artikel.terima kasih tuan
cekgu rohimi: assalamualaikum...salam buat semua pembaca...tingkatkan amalan kita dengan menuntut ilmu demi kebaikan di dunia dan akhirat....terima kasih kepada pembina laman web ini...mudah-mudahan dirahmati Allah....
Ajeri: Assalamualaikum dan salam taaruf. Mudahan dirahmati Allah!
wagiman: Blog ini tidak dapat di update minggu lalu kerana masalah server di AS.
TIAF: Salam Ta'aruf dan salam perjuangan
wagiman: email saya: grenbara@gmail.com
farah: saya ingin menghubungi e-mail tuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat penyelesaian kepada masalah saya ini. harap tuan dapat membantu. sekiranya boleh, hubungi saya di e-mail saya. terima kasih banyak2.
sakinah: sila lawati www.primanara.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com uuntuk maklumat lanjut dan tambahan berhubungDr Hj Jahid Sidek
pakcik: salam..minta izin ambik bahan ya
ustazah: minta izin, saya copy n pastehttp://ctrohanisulaiman.blogspot.com
ustazah: best blog ni.. boleh berkongsi ilmu
Zae: Boleh tak pihak tuan emailkan no tel Datuk Dr Amran Kasimin kerana saya berniat untuk berjumpa dan mendapat nasihat dalam saya menangani masaalah yang dialami oleh bonda saya, TQ
Fir7: http://pusatrawatanimantherapy.blogspot.com/2009/03/rawatan-sessi-10-20-april-2009.html
Fir7: Aslm'kum... Salam perkenalan.
hisham: Uztaz saya ada masalah anak sulong saya sgt malas untuk belajar, anak kedua pula ada penyakit austism dan yang ketiga pula ada masalam lembam. Boleh saya dapatkan pandangan uztaz dari pengubatan islam behubung masalah ini.
wagiman: Sdr. OZD, pengalaman anda di Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis tergantung. Harap dpt sambung semula.
wagiman: mungkin juga anda amat menyayangi rakan anda itu dan simbolik mimpi itu menyampaikan supaya rakan anda itu tahu bahawa anda amat menyayangi beliau sebagai kawan dan sahabat. Insya Allah.
wagiman: Bkn sumer bleh menafsir mimpi & berhati hati bila mimta pendapat tentang mimpi kerana ditakuti tafsiran org itu akan menggangu kehidupan pemimpi. Memberi sesuatu berwarna putih tidak bererti kematian kerana ketulusan hati, baik budi, beriman & apa jua yg menjurus kebaikan diwakili oleh warna putih
nonie: aslkm..saya cume nk bertnya..kawan saya ada menyatakan dia bermimpi ttg dr saya.dlm mimpi tu dia kata sy bg dia kain putih.blh tlg bg maknanyer..adakah itu hnya mainan tdor...
jue: assalamualaikum
canícula: la canícula pele horror drug addict old green man pelele greenpeace.org
joe: assalamualaikum
inal cute: aku takut gila ngan mati
wagiman: ya waras loo
mykrk: Salam ziarah. Kabare?
lebai: salam ziarah buat pertama kalinya...
matjenun: assalamualaikum...
ali mohd: Oooha .. selamat pagi
alina: assalamualaikum
wagiman: ummuharith, apa khabar agaknya ngan perawat di sana? Sampaikan salam pd ustz. Suhaimi, Ustz. Rozali, Ustz.Shukri, Ustz. Sazali dan yg lain (xingat nama)
ummuharith: Ha'ah kan? Anyway, Darul Ruqiyyah akan mula beroperasi di primis baru jumaat ini (1 ogos)
wagiman: ummuharith, sy dah lama xgi darul Ruqiyyah. Kalau ada pun tentunya kita saling xmengenali antara satu sama lain.
ummuharith: Salaamsaudara wagiman, pernah tak kita berjumpa/terjumpa di klinik Darul Ruqiyyah? :-) Malam ni...saya balik dari Darul Ruqiyyah pukul 3pagi.

Please type in the four characters shown in the black box.

22-10-2009

12:20 PM (38 days, 14h, 0min ago)

Tragedi Padang:- Balasan kemurkaan Tuhan??

 

Gempa Padang, peringatan Tuhan
Oleh
MOHAMAD FIKRI ROSLY
(Mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman
oleh Bank Muamalat ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia, baru-baru ini.)
 
Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat," kata seorang sukarelawan tempatan ketika menceritakan tentang bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, baru-baru ini.
 
Cerita itulah diluahkan secara spontan oleh salah seorang sukarelawan tempatan bagi menceritakan perasaannya selepas berlakunya bencana pada 30 September lalu itu, yang meragut lebih 1,000 nyawa.
 
Sebenarnya banyak cerita yang menjadi perbualan masyarakat setempat berhubung bencana itu dan penulis sempat merakamkan beberapa cerita yang diluahkan oleh penduduk sepanjang dua hari mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman oleh Bank Muamalat, baru-baru ini.
 
Kebanyakan cerita itu dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri, yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda, wallahua'lam.
 
Untuk pengetahuan pembaca, hampir 90 peratus penduduk di wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau yang beragama Islam.
 
Rahmat Hidayat (dua dari kanan) bergambar bersama sepupunya sewaktu kariah Surau Mutiara Damansara menyampaikan bantuan ke Solok Pintu Gabang, Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia.
 
Delegasi kemanusiaan Bank Muamalat dan jemaah Surau Mutiara Damansara dianggotai seramai 31 orang termasuk wakil media dan jurugambar dari Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan 10 Oktober lalu.
 
Misi selama dua hari itu bertujuan menghantar bantuan makanan, minuman, khemah, selimut, kain sarung dan lilin ke beberapa kampung yang terjejas teruk di pedalaman.
 
Pasukan bantuan itu telah menyewa tujuh kenderaan bagi menghantar bantuan seberat empat tan itu terus kepada mangsa gempa di beberapa kampung termasuk Kampung Koto Rajo, Kampung Simpang Marapalam dan Kampung Palak Aneh.
 
Petugas yang merupakan lulusan tinggi agama itu melanjutkan ceritanya menceritakan perihal gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini, selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.
 
Selepas hampir tiga minggu Padang, bandar utama Sumatera Barat dengan jumlah penduduk hampir sejuta orang ini digegarkan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa gempa itu merupakan musibah kerana maksiat yang berleluasa di wilayah itu.
 
Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi.
 
Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang dengan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa' (17:16 dan 17:5 bagi mengukuhkan pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan.
 
Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui.
 
Lima Koto, Padang
 
Sepanjang perjalanan mengikuti misi menghantar bantuan itu ke kampung-kampung terjejas, penulis sebak melihat kesan bencana yang turut membawa kerosakan harta benda.
 
Selain itu, lebih 3,000 lagi penduduk dilaporkan hilang dalam bencana itu, selain beratus-ratus lagi cedera.
 
Semakin jauh ke pedalaman, kesan kerosakan pada kediaman dan infrastruktur seperti jambatan dan bangunan semakin jelas kelihatan.
 
Kenderaan-kenderaan kami tidak dapat berjalan lancar kerana jalan yang rosak teruk dan sesak dengan misi-misi kemanusiaan lain serta kanak-kanak yang membawa kotak derma sambil menjerit, "Bantu kami pak! Bantu kami!".
 
Setiba di kampung pertama, Kampung Solok Pintu Gabang, bantuan diturunkan di rumah ketua kampung sebelum ia dibahagi-bahagikan kepada kira-kira 50 buah keluarga.
 
Seorang pemandu kenderaan sewa yang enggan dikenali, turut menceritakan gejala maksiat muda-mudi yang sering menjadikan pantai untuk berasmara, bermula waktu senja hingga awal pagi.
 
Menurutnya, beberapa kawasan pantai di Padang, Purus, Pasir Jambak dan Bukit Lampu, terdapat tempat duduk bertutup dengan kain dipanggil 'warung kelambu' yang menjadi tumpuan anak muda memadu kasih.
 
Beberapa penduduk lain pula menceritakan tentang kegiatan pelacuran yang berleluasa bertopengkan perniagaan salon serta sarang maksiat dan judi di kawasan Chinatown. Kawasan itu adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.
 
Amaran keras
 
Menurut sebilangan penduduk, walaupun pihak penguatkuasa memberi amaran keras dan menampalkan notis di pantai-pantai memberi peringatan dan melakukan serbuan demi serbuan ke atas premis-premis yang 'menaja' kegiatan maksiat tetapi gejala maksiat tetap berleluasa.
 
Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara, Prof. Dr. Abdullah Syah dalam laman web berita Kompas berkata, gempa yang terjadi merupakan cubaan dan peringatan (Allah), baik bagi warga tempatan mahupun daerah lain.
 
"Kerana itu, semua pihak harus mampu membuka mata hatinya terhadap musibah tersebut.
 
 
"Pemerintah harus sadar, banyaknya tempat maksiat justeru mengundang bala bagi daerah itu," katanya.
 
Selain Padang, pengalaman di Pariaman, kawasan yang terletak di pedalaman yang terjejas teruk akibat gempa, benar-benar menimbulkan rasa insaf setelah melihat sendiri kesan kemusnahan gempa bumi di kawasan itu.
 
Misi kemanusiaan itu turut melawat salah sebuah daripada tujuh kampung yang diisytiharkan sebagai kubur besar selepas kampung-kampung tersebut terkambus di bawah tanah runtuh bersama-sama penduduknya semasa berlaku gempa bumi itu.
 
Seorang penduduk dari Desa Cumanak yang terselamat, Mukhtar Satu, 61, ketika kejadian itu semasa menceritakan pengalaman ngerinya semasa bencana itu berkata, dia sedang duduk di luar warungnya sambil memerhatikan padi huma yang ditanamnya di tebing sungai di kampung tersebut.
 
"Kira-kira pada pukul lima satu per empat (pukul 5.15 petang waktu tempatan), bumi bergoncang menyebabkan warung dan rumah saya runtuh.
 
AFP – An aerial picture shows a damaged house on top of the landslide area in Pariaman. The US is sending aircraft …
 
"Saya hanya sempat membawa dua cucu saya menyelamatkan diri. Anggota keluarga yang lain tewas (terbunuh) dan tertimbus apabila tanah longsor beberapa minit selepas gempa," kata Mukhtar, sambil menitiskan air matanya mengenang nasib anak dan cucunya yang maut dalam bencana itu.
 
Menurut Mukhtar seramai sembilan anak dan cucunya terbunuh dalam gempa itu.
 
Beberapa orang penduduk di kampung itu pula menceritakan bagaimana mereka lari bertempiaran ke kawasan sawah, dan ada yang naik ke atas bukit dan pergi ke kampung lain berdekatan untuk menyelamatkan diri.
 
Desa Cumanak yang dikelilingi tiga bukit 'ditelan bumi', dalam gempa itu, apabila dua lereng bukit itu runtuh, menghalang aliran sungai menyebabkan air bertakung selama lebih dua jam menyebabkan kampung itu tenggelam sedalam 37 meter dan usaha menyelamatkan penduduknya sukar dilakukan.
 
Setelah air di kampung itu surut, pasukan menyelamat hanya menemui beberapa mayat yang sudah reput termasuk ada yang terputus kaki atau tangan.
 
Penulis juga dapat melihat betapa penduduk yang menjadi mangsa gempa itu hidup dalam keadaan daif dan menderita di khemah-khemah sementara tanpa makanan yang cukup, terutama golongan kanak-kanak dan warga emas.
 
Kebanyakan mereka trauma dengan bencana itu dan menyuarakan kebimbangan mereka gempa akan berulang semula.
 
Earthquake survivors perform Friday prayer at a damaged mosque in Padang Pariaman, West Sumatra, Indonesia, Friday, Oct. 9, 2009. A 7.6-magnitude temblor devastated a stretch of more than 60 miles (100 kilometers) along the western coast of Sumatra island last week. (AP Photo/Binsar Bakkara)
 
Mereka rasa bimbang untuk pulang semula ke rumah masing-masing dan menunggu arahan pemerintah untuk memindahkan mereka ke kawasan lain yang lebih selamat.
 
Walaupun, lawatan itu hanya lawatan singkat, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menginsafkan dan penulis pasti setiap seorang anggota misi bantuan tersebut turut membawa pulang kenangan masing-masing yang sukar dilupakan.
 
Yang pasti, gempa kali ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk di Padang. Semoga musibah yang diturunkan oleh Allah ini dapat memberi petunjuk kepada kelalaian yang selama ini dilakukan oleh penghuninya.
 
Utusan Malaysia online 20/10/2009
 
*sebahagian image adalah atas usaha pemilik blog ini
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    Mohamed Fikri Rosly 
Terbitan asal:    Utusan Malaysia online 20 Okt 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2009  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

0 komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see