Powered by Bravenet Bravenet Blog

07-6-2011

12:08 PM (347 days, 9h, 55min ago)

Masih ada jalan pulang ....... (kalau dicari)

 Cacatan Wagiman:
Kenali siapa Zack. Adakah Zack masih seperti 4 tahun yang lalu? Atau mungkin juga Zack kini dah jadi kaki masjid?
 
 Siapakah yang harus dipersalahkan, Zack atau ‘parents’ nya? Atau mungkin sistem yang kita amalkan secara langsung mencipta ramai Melayu Islam seperti Zack dan ‘parents’ nya ..?? Sama sama kita fikirkan .
Jangan Ganggu Hidup Kami
MY PARENTS ALSO DON’T MIND
 
 
Zack yang kami maksudkan itu ialah seorang pemuda berbadan tegap, sederhana tinggi dan berkulit sowo matang, anak seorang usahawan paling berjaya di Kuala Lumpur.
 
Kami temui Zack, 26, di rumah banglo tiga tingkat keluarganya di kawasan perumahan elit di Damansarea. Dia membantu menguruskan salah sebuah syarikat kepunyaan bapanya di Lembah Klang.
 
Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, kami tercenggang cenggang apabila melihat perhiasan mewah  serta runag tamu banglo tersebut yang cukup besar dan luas.
 
Zack mempelawa kami naik ketingkat satu banglo tersebut. Sebaik masuk kedalam sebuah bilik berhawa dingin, kami tambah terkejut melihat ada sebuah dewan kecil.
 
Dalam dewan tersebut terdapat sebuah mini bar, lengkap dengan dua buah meja pool.  Inilah bilik yang pernah diberitahu Remy, seorang rakan yang memperkenalkan kami dengan Zack.
 
Seperti tidak percaya apabila kami melihat bahagian atas mini bar itu tersusun bermacam macam jenis arak dari pelbagai jenama terkenal.  Bilik tersebut direka khas menyerupai sebuah private club eksklusif.
 
Peralatannya boleh dikatakan lengkap.  Terdapat dua buah TV 29 inci di sudut kiri dan kanan.  Begitu juga lampu yang tergantung gantung di selingnya  dan system audio, tidak ubah seperti yang digunakan di kelab kelab malam.
 
Di bilik eksklisif itulah, kami dieramahkan tentang ….. erti kebebasan dan betapa pentingnya arak, betina dan berfoya foya di kelab malam  dalam hidup Zack.
 
“Okey brother … enjoy yourself. Mak minum soft drink ke …. Atau liquer, semua ada. Minta aja,” beritahu Zack sebaik kami pun duduk disebuah meja berhampiran mini  bar itu.
 
Lalu, kami menerangkan pada Zack, tujuan Mastika datang kerana tertarik dengan kehidupan di sekeluarga yang hidup cara Barat.  Sambil itu kami bertanya, apakah Zack tidak rasa bersalah dengan  cara hidupnya sekarang, bebas dan tidak kenal erti halal haram sedangkan dia seorang Melayu dan beraga Islam.
 
Muka Zack berubah sebaik mendengar soalan pertama kami. Kami menghambil peluang memprovokasinya lagi.  Kami beritahu Zack, mahu tidak mahu sebagai seorang Islam, dia perlu mengakui hakikat bahawa, meminum arak, berzina dan berfoya foya dengan perempuan di kelab malam, berdoasa besar dan ditegah agama Islam.
 
 
Kami menyangka, Zack akur dengan kata kata itu tetapi sebaliknya, dia tiba tiba ketawa berdekah dekah.
 
“Com on bro …. You ni kolot sangat …. Dunia dah moden sekrang ni. Melayu dulu lain, Melayu sekarang lain. Jangan samakan zaman dulu dengan sekarang. Tak mahu pandang ke belakang.
 
“Itu tak boleh, ini tak boleh. Tengok macam mat saleh, senang aje hidup. Mereka tak banyak pantang larang. Kalau time enjoy, mereka enjoy. They also having a party, but at the same time, they are more towards to the future than us!” balas Zack.
 
Zack meminta Mastika jangan membuang masa menemu ramah atau mengambil tahu tentang kehidupan orang sepertinya. Baginya,  setiap manusia ada cara hidup mereka tersendiri. Begitu juga dengan dirinya.
 
Zack mempunyai hak mutlak dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Orang luar seperti kami tidak berhak masuk campur urusannya!
 
“Tak payah nak bagi tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Itu privasi masing masing. Tak payah la kita nak sibuk sibuk, jaga tepi kain orang. Selagi I tak buat apa apa kesalahan ….it’s okay. Sekatak arak dan betina, it’s not an issue at all,” beritahu Zack menyindir.
 
Ketika sedang mendengar ceramah Zack, tiba tiba muncul seorang lelaki berusia 50an, berbaju batik sutera  menuruni tangga dan terus menuju kearah kami.
 
“Kenalkan, this is my dad …” ujar Zack. Kami bersalam.
 
“Daddy nak  keluar dengan mummy. Ada dinner …. Donn’t get too drunk. Semua dah keluar, tinggal Zack saja. Jaga rumah,” beritahu lelaki tua itu  terus berlalu.
 
“Okay dad ..” balals Zack sambil meneguk wiski.
 
Ibu bapa Zacik tidak pernah mengambil kisah  dengan cara hidupnya. Pernah ada saudara maranya menegur Zack, tapi bapanya hanya berkata: “Biasalah, anak jantan ….”
 
“My parents also don’t mind bila bawa rakan rakan balik rumah, dengan syarat jumpa mereka dulu. My parents just nak kenal kawan kawan aku. Lelaki ke, perempuan ke, mereka tak kisah.
 
 
“Tapi, I tak bawa balik sembarangan orang. I dah pernah kena. Habis telefon bimbit dan jam tangan I kena kebas. Lepas itu dah serik nak bawa balik orang  luar yang baru kenal,” cerita Zack lagi.
 
Kebanyakan kawan yang selalu ke rumah Zack sudah lama dikenali keluarganya. Ada antaranya rakan rakan lama Zack ketika menetap di luar Negara. Sewaktu mencecah usia lima tahun, keluarga Zack terpaksa berhijrah ke London kerana tugas.  Mereka sekeluarga dinggal di London sehingga Zack berusia 15 tahun.
 
Oleh kerana lama tinggal di luar Negara, Zack mengakui, budaya Barat banyak mempengaruhi kehidupannya sekeluarga.  Dia membesar dalam budaya bebas, bergaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.
 
Arak, betina dan berfoya foya di kelab amalm bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka sekeluarga.  Sejak berusia belasan tahun lagi, Zack sudah biasa dengan kehidupan  sebegitu.  Ibu bapanya tahua tabiatnya,  minum arak dan kaki betina, tetapi mereka tidak ambil kisah.
 
addy pun minum jugak.  So ….what’s a big deal? There is no problem abaut that.  Mya parents ara very understanding and I’am happy to live with them.  Cuma mereka pesan, jangan malukan keluarga.  Jangan terlibat jenayah dan jangan sesekali hisap dadah.  Lain lain perkara, semuanya mun and dad boleh pejam mata,” betitahu Zack lagi.
 
Bagi Zack, dunia hari ini segala galanya sudah berubah.  Ini abad baru. Zaman milineum.  Adat resam budaya Melayu, Cuma bagi orang dulu dulu. Manusia sekarang sudah advance dan moden.
 
Sambil rancak berbual, Zack meneguk cawan wiskinya hingga habis. Kemudian dia bangun menuju ke mini bar dan mengambil sebotol lagi wiski berjenama Chivac Regall.
 
“Takkan dari tadi munum coke. Rasalah wiski ni … baru sedap sikit nak bersembang,” pelawa Zack sambil menghulurkan botol wiski tersebut.
 
Kami menolak ajakannya dengan sopan.  Alasan kami, kalau minum, nanti susah nak memandu bila kepala sudah penig lalat.  Lagipun kami memang tidak pernah minum arak.
 
Sambil menuang wiski ke dalam cawan, Zack kemudiannya menyambung ceritanya.  Dia mengaku, duit tidak boleh membeli segala galanya dalam hidup ini tetapi wang ringgit dan kemewahan mampu memberikan kesenangan dan keselesaan.
 
 
“Bukan nak berbangga, tetapi contoh macam my life. I senang hari ini sebab my parents work hard in the early days. But, that an example for me to work hard for my future.
 
“Sebab mak bapak I kerja keras.  Hari ini I tak payah pening pening nak cari duit  bayar duit rumah dan kereta.  Kalau I nak enjoy macam mana sekalipun, tak jadi masalah,” jelals Zack lagi.
 
Zack memberitahu dia diberikan kebebasan untuk menentukan cara hidupnya sendiri.  Segala kemewahan dan wang ringgit sudah disediakan.  Yang penting kata Zack, ikut saja haluan yang ditetapkan keluarganya.
 
“Tak ada masalah …. Nak kereta besar, motor besar, rumah besar … apa saja yang besar besar, you named it, you get it,” kata Zack lagi.
 
Zack mengakui walaupun dia hidup ala Barat, tetapi itu tidak bermakna dia tidak mengenal langhsung hal agama.  Malahan, Zack mengakui dia tahu perkara perkara asas hukum hakam agama kerana pernah mempelajarinya secara formal di sekolah.
 
“Tapi, hidup masa muda memang macam ini. Ini normal beb. Nanti bila kita dah tua, kita taubat la. Macam daddy I. Dia pun dah okey berbanding dulu. Banyak tabiat buruk yang sudah ditinggalkan.  Bila dah tua, I rasa setiap semua orang akan berubah,” luahnya.
 
Zack berhujah, situasi yang sama juga berlaku terhadap seorang pakciknya. Sewaktu mudanya lagi havoc, kaki betinba dan minum tetapi selepas bersara, mula berubah.  Banyak benda benda yang menjadi kesukaan pakciknya telah ditinggalkan dan sekarang jadi orang alim.
 
“Entahlah …. Dalam hal ini, I malas nak komen lebih lebih.  Tetapi kita ada hak peribadi masing masing. I tak kisah orang lain nak cakap.  I pun jarang menyibuk tentang  halo rang lain.  Apa yang pepnting, life must go on and we can enjoy it in peace and harmony,” ujar Zack sambil tersenyum.
 
Sedang asyik mendengar ceramahnya, tetiba telefon bimbit Zack berbunyi.
 
 
“Hello …. in KL? So where are u? Hmmm … so you already check in? Okay … wait for me. I’ll be there in 20 minutes …. Bye …” jawab Zack memutuskan perbualan.
 
“Sorrylah …. I ada hal sikit.  My girlfriend dari Jakarta baru sampai, dah tungu kat hotel. So, nice to meet you. I don’t care if you want to write abaout my life, but … do not expose who I am … if not, I’ll sue you …” pesan Zack kepada kami.
 
Hanya setakat itu ceramah Zack pada Mastika sebab dia bergegas menaiki kereta mewahnya menuju ke sebuah hotel lima bintang.  Di sana, buah hati Zack sedang menunggu …..
 
Kami beredar sebab ada satu lagi ‘ceramah’ yang ingin Mastika dengar. Kali ini  bukan dari golongan mewah seperti Zack tapi orang sederhana saja. Namanya Pak cik Zali ….
 
bersambung ……………
 
MASTIKA Februari 2007
 <<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   MASTIKA Februari 2007
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
 

 

0 komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see